Racun santau ialah sejenis sihir iaitu
racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu
melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu
dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita
berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam
jangka masa tertentu.
Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan
racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang),
bisa dan pedih.
Bahan-Bahan Yang Digunakan:
- Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
- Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
- Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Dalam pengalaman penulis mengubati
pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau
dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga
tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.
Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai ‘santau angin’ atau ‘santau
seru’, santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan
bantuan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.
Jenis-Jenis Santau:
Terdapat 2 jenis santau -
1. Santau yang disediakan dan diberi
makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini
semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun
santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui
saluran najis seperti proses makanan biasa.
2. Santau yang disediakan daripada bahan
dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini
bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau
jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam
badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau
walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan
akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.
TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:
Tanda-tanda awal seseorang itu terkena
santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk.
Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena
santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan
deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia
merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit
akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12
tengah malam hingga 5 pagi.
Pesakit juga akan merasa lesu dan deman,
tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir
seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar
adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat
terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.
Apabila batuk sampai ketahap serius,
pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang
akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini
terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam
badan.
Sintom & Kesan Santau:
- Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
- Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
- Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
- Kurang daya ingatan.
- Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
- Sakit di bahagian tengkuk.
- Kesan lelah atau asthma.
Bahan-bahan racun santau ini akan
bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di
sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan.
Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini
menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini
pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.
Bahan santau yang diperbuat daripada
bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ
tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis.
Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan
lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru,
buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini
menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah
pinggang, hati (liver) dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment