Selamat Datang

Kami menyediakan sistem pangkalan data perniagaan untuk industri ,perniagaan runcit serta cafe.
Http://Urusstok.blogspot.com

Wednesday 31 October 2012

KISAH SERAM DI JALAN KARAK LAMA




Kata orang jalan karak lama (Bentong) ini banyak cerita dan kisah misterinya. Macam-macam benda yang telah ditemui dan telah dijumpa orang. Jom baca beberapa kisah yang telah dicerita orang memang seram
.

1.Cerita seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni. Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik. Apa lagi, polis terebut terus melarikan diri la sampai genting sempah (petronas).

2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak (nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3.Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi.. Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?…jalan lama karak

4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5.Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa,Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature” naik. Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang.. Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur! - Sumber asal : Muka Buku Network Facebook.

Kelengkapan Senjata Komando 69


Artikel ini sumbangan bekas anggota VAT69

Sebagaimana pasukan khas yang lain, Pasukan Gerakan Khas semestinya dilengkapi dengan persenjataan khusus dan peralatan khas bagi penugasan khas menangani keganasan dan kegiatan jenayah berat. Disini ialah se
narai senjata api dan peralatan yang digunakan oleh unit ini.

Senjata Api - Data Kelengkapan Senjata Api

Pistol Senapang Patah Submesingan Raifal Tempur/Karbin Penembak Tepat Mesingan P. Grened
Glock 17 Benelli M3 Super 90 HK MP5A5 Colt M4A1 SOPMOD Block I Acc-Int. PM FN Minimi HK AG-364
Glock 18 Franchi SPAS-12 HK MP5-N HK 416 Commando1 Acc-Int. AWM M60E2 M79
Glock 19 Remington M870 HK MP5K-A4 HK G36C HK PSG-1A1 M203
HK Mark 23 Mod 02 Remington M1100 HK MP5SD3 Steyr AUG A2 Remington M700
HK USP Compact HK MP7A11
HK USP Tactical 9 HK UMP 9
Sig Sauer P2022
STI Grandmaster

Diawal tahun 2007, dipercayai PDRM akan dibekalkan sistem persenjataan terbaru oleh Syarikat Persenjataan Heckler & Koch yang terdiri daripada senjata HK MP7 PDW, HK 416 Commando, HK 417 Sniper dan HK XM8 Commando kepada unit Pasukan Gerakan Khas dan unit-unit lain setelah menjalani uji nilai pada bulan Disember 2006 bagi meningkatkan keperluan sistem persenjataan yang ada didalam PDRM.

Difahamkan, pistol separa automatik Heckler & Koch Mark 23 berkaliber .45 ACP turut dibekalkan kepada 69 Komando PDRM ini bagi menggantikan pistol Colt M1911 yang telah usang, tetapi hanya segelintir kecil sahaja yang menggunakannya. Ini kerana, majoriti dikalangan pegawai dan anggota elit ini lebih gemar menggunakan pistol berkaliber 9 mm namun Mark 23 ini masih mendapat tempat terutamanya jika digunakan dalam pertempuran jarak dekat memandangkan ia begitu efektif dan mampu memberikan kuasa tembakan yang amat jitu (stopping power) sungguhpun menggunakan kaliber yang berkuasa tinggi.

Turut difahamkan, HK UMP 9 yang menggunakan peluru 9 mm ini turut digunakan oleh pasukan respon krisis yang ada di dalam unit aturgerakcepat Pasukan Gerakan Khas serta cawangan-cawangan PDRM dalam menangani sebarang krisis yang melibatkan keganasan dan jenayah. Submesingan Heckler & Koch MP5 adalah sistem persenjataan ringan yang paling cukup sinonim dengan persenjataan pasukan khas seluruh dunia termasuk PGK sendiri.

Peralatan Sokongan - Data Kelengkapan Sokongan

Grened Kuasa Tinggi Grened Cahaya Gas Pemedih Mata Perisai Taktikal Sistem Pandang Malam Penanda Laser
T - Baton Gari Flexi Topeng Gas Taser Penyembur Lada Pejera Teleskopik
Kamera Optik Lampu Suluh Battering Ram Ves Kalis Peluru Bahan Letupan C4 Kamera Jarak Jauh
Tangga Gempur Peluru Tambahan Topi Balistik SPECTRA Pejera Titik Merah ML2 Aimpoint CompM2 Aimpoint CompM4
A/Pertolongan Cemas Gari Skop Inframerah Peluru Kekacang2 Alat Pemusnah Bom AN/PEQ-6

Peluru kekacang atau bean bag shells merupakan peluru senapang patah yang biasanya digunakan oleh polis khasnya di Amerika Syarikat bertujuan untuk menyuraikan rusuhan yang tidak mampu dikawal dengan gas pemedih mata. Ia tidak sama dengan kaliber Buckshoot, bebola kekacang peluru yang diperbuat daripada plastik dan getah ini hanya boleh mendatangkan kecederaan minima dan ia tidak membunuh. Bagi kegunaan 69 Komando, peluru ini digunakan untuk mencederakan penjenayah sekiranya diarahkan oleh pihak atasan untuk menangkap penjenayah itu hidup-hidup.

Penembak Tepat ataupun Sniper


Untuk bergelar sniper atau penembak tempat, seseorang anggota 69 Komando itu perlu mahir menggunakan senjata terutama PM Accuracy International. Bila berlaku situasi genting seperti penculikan dan penahanan tebusan, ia pasti memerlukan kepakaran dan kemahiran bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Bagi PDRM apa pun jua bentuk penyelesaian, ia mestilah dilakukan dengan cepat dan panta
s dan lebih penting nyawa tebusan perlulah selamat. Sehubungan itu, pasukan 69 Komando telah diberi tanggungjawab berat terutama dalam melahirkan anggota sniper.

Melalui anggota sniper inilah, situasi seperti penahanan tebusan dalam diatasi dengan berkesan. Dalam hal ini, peranan sniper sebagai penembak tepat amat penting bagi menyelesaikan sesuatu situasi. Ketika keadaan genting inilah, seseorang sniper perlu memperlihatkan kebolehan sebenarnya kerana kesilapan yg kecil bakal mengundang padah pada nyawa tebusan.

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa seseorang sniper itu sebenarnya bukan sahaja perlu mahir menembak secara tepat pada sasaran, malah setiap keputusan dan pergerakannya juga harus mengambil kira banyak faktor lain seperti keadaan sekeliling.
Ini kerana, tiupan angin yg kuat juga boleh menyebabkan tembakan yg dilepaskan tersasar.

Begitu juga halnya dengan pergerakan angin, sama ada ia datang dari arah hadapan atau belakang, mahupun dari kiri atau kanan.
Semua ini bakal menentukan arah peluru yg mungkin tersasar dari sasaran sebenar. Bila berlaku situasi sedemikian, seseorang sniper itu perlu menjadikan keadaan sekeliling seperti baju yg disidai pada ampaian dan sebagainya sebagai penunjuk keadaan serta arah angin.

Di samping itu, seseorang sniper juga perlu berada dalam keadaan tenang dan sabar sebelum sesuatu tembakan itu dilepaskan. Apa pun jua keadaannya, kejayaan seseorang sniper itu bergantung kepada kerjasama berpasukan dengan rakan2 setugas lain.

Bagi memantapkan kemahiran sebagai sniper, pasukan 69 Komando sering mengadakan latihan untuk para jurulatihnya di dengan menggunakan senjata jenis PM Accuracy International dan M16. Latihan itu bertujuan memahirkan setiap jurulatih dan ia diadakan dalam pelbagai situasi supaya setiap anggota dan pegawai benar2 bersedia terutama apabila berhadapan dengan situasi sebenar. Latihan tersebut diadakan berterusan bagi memahirkan setiap anggota dan pegawai. PM Accuracy International senjata buatan Britain itu mempunyai ketepatan walaupun pada jarak 1,000 ela.

Setiap anggota 60 Komando perlu mempamerkan disiplin yg tinggi dengan mematuhi arahan jurulatih sniper bagi menguasai kebolehan sebagai penembak tepat. Untuk bergelar seorang anggota sniper, disiplin yg tinggi amat penting. Kita tidak boleh silap langkah. Setiap arahan dan pergerakan harus dipatuhi dan diamati. Ini kerana operasi yg dijalankan melibatkan nyawa tebusan. Kita perlu mengutamakan nyawa tebusan dan orang awam.

Antara latihan diterapkan pada anggota sniper 69 Komando ialah jangan sekali2 bongkak dengan kebolehan yg dimiliki. Malah, mereka turut digalak supaya sentiasa merendah diri dan terus belajar bagi memahirkan diri.

Empat faktor utama perlu ada pada setiap anggota jika mahu menjadi bergelar sniper. Pertama, seseorang itu perlu cergas dan sihat dari segi mental dan fizikal. Ini kerana, keadaan tersebut memerlukan anggota berkenaan sentiasa bersedia pada bila2 masa termasuk dalam membuat sesuatu keputusan genting.

Faktor kedua ialah seseorang sniper itu pada asal atau semula jadinya adalah seorang penembak yg baik. Ini diikuti seseorang sniper itu hendaklah seorang penyabar dan tenang walaupun berada dalam situasi tertekan atau terdesak.

Faktor seterusnya, seseorang sniper juga adalah seorang yg pintar. Ini termasuk dalam membuat keputusan kerana situasi yg dihadapi sentiasa berubah. Kesilapan membuat keputusan, bukan sahaja bakal menggagalkan operasi menyelamat, malah boleh menyebabkan nyawa tebusan melayang.

Selain mahir menembak secara tepat, seseorang sniper turut dilatih membuka dan memasang senjata. Seseorang sniper perlu tahu mengenai senjata yg diguna. Buka hanya tahu menembak. Dia perlu tahu kelebihan dan kekurangan yg ada pada senjata itu apabila berada dalam situasi tertentu. Semua pengetahuan ini termasuk kemahiran ilmu yg berada di sekeliling seperti keadaan angin dan sebagainya perlu ada pada diri anggota sniper.

Selain itu, para jurulatih 69 Komando itu turut dilatih cara2 `stalking’ iaitu menghendap dan menyusup. Latihan stalking amat penting kerana ia melibatkan pergerakan anggota dari satu tempat ke tempat lain. Ketika stalking, seseorang sniper perlu memastikan dia tidak dilihat oleh musuh sama ada secara mata kasar atau ketika musuh menggunakan teropong.

Latihan stalking ini penting bagi membolehkan seseorang sniper menghampiri kawasan musuh sebelum tembakan boleh dilepaskan. Dalam hal ini, anggota 69 perlu memastikan pergerakan yg dibuat harus secara senyap dan tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun.

Sunday 28 October 2012

Ops 79 Delta One

KISAH INI DICERITAKAN OLEH SEORANG BEKAS ANGGOTA VAT 69
(Terima kasih kepada beliau yang enggan di kenali )

Kejayaan menangkap Komunis Dalam Ops 79 Delta One

Tentunya sebagai anggota Unit 69 Komando, banyak tugas khas yg harus dipikul. Begitu juga pengalaman saya dalam melakukan operasi, terlalu banyak pahit maung & kenangan manis yg pernah saya
alami. Dalam Ops 79 Delta One pada tahun 1979, kami bergerak dari Kem Ulu Kinta & sempat transit di kem PPH BN-4 Sg.Petani untuk persiapan kelokasi operasi & makan malam. Sebelumnya kami sudah diberi taklimat bahawa ada beberapa pasukan sahabat yg sedang stabd-by diMartak Army ATM & kami akan masuk kekawasan operasi melalui map square yg berbeza.

Malam itu hujan renyai2. Kesibukan suasana diMartak jelas terlihat dengan askar2 berponco berlari anak menuruti arahan. Lori tentera dan polis saling melintas membawa muatan dan infantry. Kami yg terdiri dari 3 seksyen unit 69 sedang standby panggilan ‘general roll-call pukul 2 pagi. & akan bergerak kelokasi masing2 mulai jam 3 pagi. Aku mengetuai seksyen Delta One, manakala Delta 2 dipimpin PakLah (Dollah Ketil) berasal dari Kuala Ketil & Delta 3 dipimpin olih Din Siam.


Keadaan diluar ketika itu hujan masih turun, jelas ku lihat rintik2nya dibawah sinaran deretan mentol lampu di luar khemah. Semboyan general-roll- call berbunyi kami mengambil tempat masing2. Apa yg dapat ku dengar arahan yg disampaikan Komander Tek ialah semua pasukan akan berangkat masuk ke bumi Thailand membantu polis Thailand bersama2 dengan Bn 1 PPH.


Dalam pagi yg kelam itu, pembacaan doa dilakukan sebelum kami berangkat … “ Ya, Allah, ya Tuhan kami, dengan namaMu Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Kau lindungi barisan pasukan keselamatan ini yg akan berangkat bertugas di Thailand, semoga mereka ini selamat pergi dan selamat pulang. Aku mengaminkan doa2 itu tidak ku sedar menitis air mataku seperti titisan air hujan turun pagi itu. Entahkan selamat sepanjang bertugas nanti aku hanya bertawakal pada Allah. Bacaan doa selamat mengakhiri perhimpunan pagi itu. Aku dan rakan2 bergegas menaikkan barang2 kami atas lori.


Konvoi Bn. 1 PPH telah bergerak menuju ke lokasi yg telah diarahkan, sementara kami akan masuk dari Ban Parakob (Thai) melalui Padang Sanai. Hujan masih lagi turun. Kami dah tak kisah pakaian kami basah lencun, yg penting pack kami tidak basah kerna pocho di gunakan untuk membalut pack. Jelas, kami masing2 kesujukkan atas lori. Memang terasa sejuk sampai ke tulang terkena angin pulak. Lori terus menyusur laju di malam yg gelap pekat. Aku melihat konvoi lori berpecah masuk jalan simpang. Tidak berapa selepas itu diikuti satu konvoi membelok masuk jalan lain. Cuaca beransur cerah ketika lori membelok masuk jalan ladang getah. Konvoi terakhir terus meluncur melintasi konvoi kami. Keadaan jalan tidak mengizinkan kami duduk kerana kami bagaikan dilambung terhentak kerana jalan tidak rata.


Jalan ladang getah semakin sempit dan akhirnya kami terpaksa turun kerna lori tidak mampu mendaki bukit disebabkan jalan licin. Aku member arahan, kami harus bergerak masuk ke dalam ladang getah sebelum matahari terbit, supaya pergerakan kami tidak dapat dihidu orang2 kampung disitu. Kami masuk seramai 7 orang termasuk seorang anggota komando Polis Thai (Comnan) ada bersama kami. Kami teruskan perjalanan melalui trek ladang getah yg didahului olih Comnan. Aku melihat sekeliling ladang getah seperti tempat asing bagiku, tidak sama keadaannya seperti ladang getah dikampungku. Akhirnya baru aku sedar yg aku sudah ada dibumi Thailand.


Kami sempat berehat seketika di tanah tinggi. Dihadapan aku kawasan lapang dan nun jauh dibawah bukit ada sebuah teratak, tidak ada lagi pokok getah. Penat memanglah penat rasanya kerana memikul pack yg berat padat dan ada ‘treler’ lagi. Sebenarnya dalam polis & tentara, pack itu rumah kami, dapur/makanan dan almari/ pakaian semua ada. Selepas melepaskan lelah, kami terus bergerak masuk jauh kedalam map square kami. Tiba2 Comnan berteriak … bandit! …bandit! ... jing! … jing!!! Sepantas itu jugak aku terdengar letusan dan tembakan rifle dari arah depanku. Keadaan ketika itu jadi gawat & kami terus ‘take-cover’ diperdu balak tumbang dilereng bukit itu sambil membalas tembakan.


Akhirnya aku mengarahkan berhenti tembak bila tiada lagi tembakan balas dari pihak musuh. Comnan berkata dia telah terlihat 2 anggota komunis lelaki dan perempuan sedang bercakap dengan tiga orang kampung di sabuah pondok usang. Setelah buat clearance, kami menghampiri pondok using itu & menemui 3 orang kampong Thai yg masuk mahu memanjat petai. Comnan terpaksa mengambil aleh komunikasi & aku diberitahu oleh Comnan bahawa 2 orang komunis itu sedang menjalankan misi propaganda seperti mana dikatakan oleh penghuni pondok itu.


Penghuni pondok itu menunjuk arah 2 orang komunis lari ke kawasan semak belukar. Aku mengambil alih tanggungjawab memburu 2 orang komunis itu. Aku memberi taklimat ringkas kepada seksyen aku & kami bergerak berpecah dalam kumpulan yg lebih kecil dan bergerak berjarak dapat dilihat antara kami. Aku bersama seksyenku kemudian bergerak kembali menuju ke kawasan kebun sehingga akhirnya kami menemui hutan lalang yg menghijau. Kami berhenti sebentar & aku mencari akal.


Kemudian aku menjerit memberi arahan..”mara…mara”, dengan disahut mara juga olih anggota seksyen aku yg lain. Sebelumnya aku sudah member taklimat bahawa itu adalah tektik supaya komunis itu bergerak keluar dari dalam kawasan lalang. Lagi pun tidak selamat masuk dalam semak lalang itu kerna tidak ada perlindungan. Kami menunggu. Sebentar kemudian kami mula bergerak di tepi kawasan lalang. Aku terjumpa topi(cap) komunis warna kelabu kekuningan ada logo bintang 3 warna merah. Topi itu terjatuh dicelah2 batang lalang diperbatasan sabuah parit kecil. Sudah jelas bagi ku, komunis masih ada bersembunyi disitu.


Tiba2 aku melihat kelibat seorang bandit berlari keluar dari persembunyian & aku terus berteriak ….Mara-mara!! Kami lantas berlari ke arah bandit itu, dan kami bersatu semula disimpang 2 trek. Kami berpecah semula, sarjan bersama yg lain ikut trek kiri dan aku bersama koperal ikut trek terus ke hadapan. Aku berpesan kepada anggota seksyen ku supaya‘jangan lupa password & cabar password!! Kami terus bergerak laju keihadapan mencari jejak komunis. Ditanganku sudah tergenggam sebutir PRB Granade (bom tangan).


Langkah kami terhenti kerna ada sebatang tali air dalamnya sejengkal. Kami perhati sekeliling mengesan tapak kasut komunis. Kesan tapak kasut masih baru kerna tanah becak. Kami perhati sekeliling semak. Aku mendapat akal, aku menjerit …‘komunis!! Keluar…keluar ... kalau tidak aku akan baling grenade ini!!, di ikuti Comnan yg turut memekik dalam bahasa Thai. Akhirnya seorang komunis lelaki keluar dengan mengangkat tangan dari celah2 semak samun lalang itu. Lantas kami take-cover down sambil menghalakan senjata ke arah komunis itu. Komunis itu lantas mencampakkan senjatanya dan berjalan keluar dengan kedua belah tangan diatas kepala. Aku sepantas kilat meluru dan menangkap komunis tadi dan dibantu segera oleh anggota seksyen aku.


Comnan datang buat soal jawab, setelah komunis itu kami ikat disebatang pokok. Hari pun dah menghampiri petang. Bimbang jugak malam nak sentry komunis, bimbang juga kalau2 platun komunis lain akan datang. Operator kami sibuk dalam set melapurkan kejayaan menawan 1 komunis dan meminta bantuan untuk membawa komunis keluar. Aku terus buat introgasi dengan komunis tadi. Rupanya komunis itu adalah seorang pelajar dari universiti Bangkok. Mereka terpengaruh dengan dakyah komunis semasa rusuhan pelajar2 universiti di bandaraya Bangkok suatu ketika dahulu. Mereka di letak di bawah unit propaganda kerna genius mereka! Aku selongkar pack komunis itu (packnya sama dengan beg poncut hitam yg dibekalkan masa di depoh KL) & aku menemui banyak risalah2 propaganda komunis. Gambar2 komunis dalam ‘kem’ menceritakan mereka adalah pasukan yg mampu berkuasa memerintah. Gambar mereka meraikan hari ulang tahun komunis berkawad dengan senjata juga ada. Tidak lama kemudian terdengar bunyi heli datang. Bunyi heli macam bunyi bot tongkang dan aku kenal sangat bunyi itu tandanya heli siam. Heli itu ‘hover’ hampir ke lereng tanah dan krewnya memberi signal supaya membawa komunis itu dengan segera.


Lega rasanya bila komunis itu telah diterbangkan. Kami teruskan perjalanan meninggalkan tempat tadi dengan kadar seberapa segera. Walau apapun kami sentiasa berhati2 bimbang bandit perempuan yg terlepas lari tadi buat counter attack dengan membawa lebih ramai ahlinya menyerang kami. Arah tuju kami seterusnya ialah C.T Camp ‘Khau Nang Kang’! Kem komunis yg dikhabarkan paling kebal. Melalui taklimat sebelumnya, aku tahu Kompeni C BN 1 PPH ada ditempatkan dipinggir C.T Camp. Misi aku ialah assault kearah kem itu, sedangkan tidak jauh diatas bukit itu terletak Markas dan unit meriam tentera darat Malaysia.


Pada ka esokkan harinya, setelah seharian mendaki bukit menjelang senja, akhirnya kami sampai disatu puncak yg ada dua permatang curam dikiri kanan bukit itu. Kami pun bercadang membuat base kami dipuncak bukit itu kerana keadaannya yg lebih selamat. Kedaan pokok2 disitu pun amat tinggi yg mana pucuk pokok balak ditengah hutan belantara itu pu
n sayup2 mata memandang. Kerana ketinggian lokasi base kami tu minyak masak menjadi beku, tanah base kami sentiasa basah berbecak. Kami mengambil keputusan membuat keputusan hanya mengikat hammock antara dua pokok saja untuk mengelakkan terlalu banyak meninggalkan kesan.

Sebelum masuk ke tapak base aku mengarahkan anggota buat pembersihan terlebih dahulu. Kami buat ‘proding’ setiap langkah memastikan setiap inci tanah dibase, laluan ke water-point itu bebas dari bobby-trap! Selepas masing2 siap buat khemah kami pasang tali parimeter sekeliling sempadan base, siap dengan sermuly flare dan clay more di lokasi yg sesuai. Aku buat briefing ringkas mengingatkan anggota tentang pass-word & giliran sentry malam.

Aku lihat setiap sudut bumbung base teman2 ku tergantung bekas plastik ration untuk tadahan air khusus untuk membasuh sisa makanan. Kabus tebal menyelubungi base sehingga terasa titisan air di muka aku. Air minuman menjadi sukar terpaksa berjimat. Kami terpaksa menuruni bukit selepas sarapan dengan membawa bersama pack lunch dan 3 jerikin dalam pack besar. Untuk mendaki semula ke base waktu dah masuk waktu petang. Kami hanya turun mengambil air 3 hari sekali. Memang tak larat memikul 3 jerikin dalam pack, sebelah tangan 1 jerikin dan sebelah tangan lagi senjata. Bila naik mendaki lutut dah hampir bercantum dengan dagu!! Aduh mak terasa peritnya tika itu ... terkadang aku terkenangkan ibubapa dan adik-adikku dikampung, tapi kesusahan yg ku tanggung ini mengajar aku bersyukur nikmat yg aku ada sekarang.

Malam itu, tiba2 aku dapati Comnan (rakan dari komando Thailand) itu tiba2 buat gila dia. Selepas kami stand-to malam, Comnan pula nak buat ‘camp-fire’! Ya Allah … apa nak buat ni … sedangkan api besar boleh membahayakan nyawa kami semua.
Dalam hati aku, memang Polis Thai ini lansung tak ada disiplin. Comnan ini pulak Polis Thai berpangkat sarjan. Memang apa yg aku lihat, Polis Thai ini tak ada yg berpangkat ‘konstabal atau koperal’. Rata2 pangkat Sarjan & Sarjan Mejar. Dari maklumat yg aku dapat, mereka itu akan naik pangkat setiap kali mereka bertempur dengan musuh. Dalam hati aku kata, kalau 20 kali bertempur, pangkat apa mereka dapat pun tak tahulah. Uniform wes molen mereka agak cantik kerana kainnya sedikit gelap dari uniform 69 kita yg sedikit cerah … ada gambar gajah dan bendera negara Thailand. Kain baju dan seluarnya tebal dan coraknya cantik. Comnan kata dia nak masak musang malam itu. Aku hanya tersenyum tawar … dalam hati aku berkata, sudah tentu Comnan lebih mengetahui kawasan itu kerana kami memang jelas2 sudah jauh kedalam Thailand. Rupa2nya baru aku tahu yg rata2 pack Polis Thai ini penuh dengan Mekong, arak murah Thailand. Sekali lagi aku bersangka baik, tak apalah, yg jelas kami memang memerlukan Comnan sebagai recee & Comnan memang seorang yg berani walaupun gila2.

Malam itu kami sukar tidur, kerana terdengar bunyi tembakan meriam dari atas bukit sebelah dan dalam beberapa saat terdengar juga desingan peluru bom melalui atas base kami dan dalam sesaat itu aku terdengar ledakan bom jauh di gunung CT Camp. Sejak itu, tembakan meriam mula bertubi2 siang dan malam, dan setiap tembakan dilepaskan bermakna setiap butir meluru meriam melintasi atas base kami. Kekadang jet pejuang (F5E kalau tak silap) kita melintasi atas base kami menggugurkan bom.

Esoknya kami buat rondaan. Kali ini rondaan jarak jauh. Aku tersenyum memandang ‘rakan’ Thai ku itu yg turut bersama dalam rondaan pagi ini. Jauh juga kami buat rondaan ikut trek melalui celah2 hutan. Banyak jugak kami jumpa tanda2 komunis seperti riben merah diikat melilit batang pokok. Mungkin itu tanda sempadan. Ada juga kami terjumpa bekas tapak rehat komunis bumbungnya diperbuat dari daun2 yg disusun rendah. Kami teruskan rondaan balik semula ke base mengikut trek lain pula & begitulah setiap hari.

Hari ka enam semasa membuat rondaan jarak jauh, tiba2 aku terdengar bunyi bom meletup dihadapanku. Tanah trek bertabur jatuh dari atas mengenai kepalaku. Aku tidak nampak siapa yg ‘kena’ kerna situasi trek berbelok ke arah kiri dan dilindungi pula pokok2. Kami terus ambil situasi stand-to luar trek. Aku dimaklumkan ‘rakan’ku Din Siam terkena jerangkap samar. Kecederaannya patah kaki dan cedera parah kedua belah matanya. Hatiku benar2 sayu hiba.

Kami sudah sering membuat gerakan bersama, & aku dapat merasakan sopan dan baik budi pekertinya walau pun rata2 anggota 69 gila2 belaka. Aku benar2 hairan, macam mana boleh ada bobby trap di trek tanahnya keras dan tidak ada tanda2 langsung kehadiran bobby trap itu. Setelah meminta bantuan luar, Din Siam terus di bawa keluar oleh heli Siam. Sementara rakan2 lain yg tinggal malam itu tidak kelihatan ungun api. Mungkin sedih agaknya.

Masuk minggu kedua, tibalah masanya kami harus merapati CT Camp untuk mengumpul maklumat lokasi kem musuh. Tugas inilah yg paling mencabar dalam komando kerana kita harus merapati kem musuh sedekat yg mungkin, untuk membaca kekuatan pasukan mereka, berapa anggota mereka, kekuatan senjata serta tempat2 dijangka mereka akan lari bila serangan dilakukan nanti. Percaya atau tidak, kami memerlukan masa 4 hari untuk merapati kem tersebut kerana dikhuatirkan banyak booby-trap disekitarnya. Alhamdulillah, kami Berjaya melakukan tugas risikan keselamatan itu tanpa sebarang kemalangan pada hari kelima minggu kedua itu. Maaf saya tidak dapat menceritakan secara detail tektik yg kami gunakan atas sebab2 keselamatan.

Setelah tiga minggu menjalankan operasi itu, kini sampailah masanya untuk kami bergerak kelokasi lain. Base kami itu kemudiannya diganti dengan platun 8, 1 PPH. Pagi itu kami menunggu kedatangan pengganti kerana disitu akan didirikan static base camp sebagai pasukan codern, apabila serangan dilakukan nanti. Dari jauh di trek sebelah LP terpandang oleh aku anggota PPH berjalan menuju ke arah base kami. Akhirnya setelah selesai taklimat serah menyerah, kami bergerak menuju ke Martak atas bukit untuk menerima arahan selanjutnya dari Comander Batalion Tek kami diluar.

Pagi esoknya cuaca terang, sejuk dan tidak berkabus. Kami sedang standby menunggu heli membawa kami ke lokasi operasi lain. Sudah 2 hari kami terdengar bunyi heli tapi heli terpaksa berpatah balik kerana kabus terlalu tebal dan sukar membuat pendaratan. Tiba2 sayup2 terdengar bunyi heli. Dari jauh aku nampak titik hitam seperti agas terapung2 ...heli dah datang!! Harap2 hari ini kami boleh keluar dari tempat ini. Dah tak larat nak memikul jerikin air…tak larat nak intai2 ular kapak sebelum tidur …!! Comnan pula akan ditugaskan kepasukan lain … aku tertarik melihat jam tangan digital yg dia pakainya. Masa itu aku belum terjumpa jam jenis digital di Ulu Kinta. Kami pun menambah satu lagi koleksi tukar jam tangan. Walau pun ia bukan jan original … ia sudah cukup memuaskan hati ku …. Benarlah kata orang, Thailand memang terkenal dengan barang2 palsu.

Thursday 25 October 2012

Kisah Mat Indera



Nama Mat Indera, salah seorang pemimpin kanan Parti Komunis Malaysia tiba-tiba menjadi hangat selepas Timbalan Presiden PAS, Ahmad Sabu menongkah sejarah dengan mengatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan wira yang harus dikenang.
“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung”. – Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011.
Kenyataan Ahmad Sabu ini dibantah oleh Barisan Nasional dan Karpal Singh sendiri dan banyak laporan polis dibuat kepada kenyataan ini.
Ini kerana Mat Indera adalah ketua operasi komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Saya terlupa samada watak Mat Indera ini ada dalam filem Bukit kepong Arahan Tan Sri Jins Shamsudin. Siapa sebenarnya Mat Indera? Artikel ini dikutip dari forum detikdaily yang diambil dari arkib artikel Berita Harian pada 13/12/2010.


Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak.
Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.


Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu
Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmydan Ishak Haji Mohammad; Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga.

Maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.


Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.
Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.
Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

 Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.
Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.
Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semasa ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri.
Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa ditangkap, apabila beliau menyentuh rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari