Selamat Datang

Kami menyediakan sistem pangkalan data perniagaan untuk industri ,perniagaan runcit serta cafe.
Http://Urusstok.blogspot.com

Sunday, 28 October 2012

Ops 79 Delta One

KISAH INI DICERITAKAN OLEH SEORANG BEKAS ANGGOTA VAT 69
(Terima kasih kepada beliau yang enggan di kenali )

Kejayaan menangkap Komunis Dalam Ops 79 Delta One

Tentunya sebagai anggota Unit 69 Komando, banyak tugas khas yg harus dipikul. Begitu juga pengalaman saya dalam melakukan operasi, terlalu banyak pahit maung & kenangan manis yg pernah saya
alami. Dalam Ops 79 Delta One pada tahun 1979, kami bergerak dari Kem Ulu Kinta & sempat transit di kem PPH BN-4 Sg.Petani untuk persiapan kelokasi operasi & makan malam. Sebelumnya kami sudah diberi taklimat bahawa ada beberapa pasukan sahabat yg sedang stabd-by diMartak Army ATM & kami akan masuk kekawasan operasi melalui map square yg berbeza.

Malam itu hujan renyai2. Kesibukan suasana diMartak jelas terlihat dengan askar2 berponco berlari anak menuruti arahan. Lori tentera dan polis saling melintas membawa muatan dan infantry. Kami yg terdiri dari 3 seksyen unit 69 sedang standby panggilan ‘general roll-call pukul 2 pagi. & akan bergerak kelokasi masing2 mulai jam 3 pagi. Aku mengetuai seksyen Delta One, manakala Delta 2 dipimpin PakLah (Dollah Ketil) berasal dari Kuala Ketil & Delta 3 dipimpin olih Din Siam.


Keadaan diluar ketika itu hujan masih turun, jelas ku lihat rintik2nya dibawah sinaran deretan mentol lampu di luar khemah. Semboyan general-roll- call berbunyi kami mengambil tempat masing2. Apa yg dapat ku dengar arahan yg disampaikan Komander Tek ialah semua pasukan akan berangkat masuk ke bumi Thailand membantu polis Thailand bersama2 dengan Bn 1 PPH.


Dalam pagi yg kelam itu, pembacaan doa dilakukan sebelum kami berangkat … “ Ya, Allah, ya Tuhan kami, dengan namaMu Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Kau lindungi barisan pasukan keselamatan ini yg akan berangkat bertugas di Thailand, semoga mereka ini selamat pergi dan selamat pulang. Aku mengaminkan doa2 itu tidak ku sedar menitis air mataku seperti titisan air hujan turun pagi itu. Entahkan selamat sepanjang bertugas nanti aku hanya bertawakal pada Allah. Bacaan doa selamat mengakhiri perhimpunan pagi itu. Aku dan rakan2 bergegas menaikkan barang2 kami atas lori.


Konvoi Bn. 1 PPH telah bergerak menuju ke lokasi yg telah diarahkan, sementara kami akan masuk dari Ban Parakob (Thai) melalui Padang Sanai. Hujan masih lagi turun. Kami dah tak kisah pakaian kami basah lencun, yg penting pack kami tidak basah kerna pocho di gunakan untuk membalut pack. Jelas, kami masing2 kesujukkan atas lori. Memang terasa sejuk sampai ke tulang terkena angin pulak. Lori terus menyusur laju di malam yg gelap pekat. Aku melihat konvoi lori berpecah masuk jalan simpang. Tidak berapa selepas itu diikuti satu konvoi membelok masuk jalan lain. Cuaca beransur cerah ketika lori membelok masuk jalan ladang getah. Konvoi terakhir terus meluncur melintasi konvoi kami. Keadaan jalan tidak mengizinkan kami duduk kerana kami bagaikan dilambung terhentak kerana jalan tidak rata.


Jalan ladang getah semakin sempit dan akhirnya kami terpaksa turun kerna lori tidak mampu mendaki bukit disebabkan jalan licin. Aku member arahan, kami harus bergerak masuk ke dalam ladang getah sebelum matahari terbit, supaya pergerakan kami tidak dapat dihidu orang2 kampung disitu. Kami masuk seramai 7 orang termasuk seorang anggota komando Polis Thai (Comnan) ada bersama kami. Kami teruskan perjalanan melalui trek ladang getah yg didahului olih Comnan. Aku melihat sekeliling ladang getah seperti tempat asing bagiku, tidak sama keadaannya seperti ladang getah dikampungku. Akhirnya baru aku sedar yg aku sudah ada dibumi Thailand.


Kami sempat berehat seketika di tanah tinggi. Dihadapan aku kawasan lapang dan nun jauh dibawah bukit ada sebuah teratak, tidak ada lagi pokok getah. Penat memanglah penat rasanya kerana memikul pack yg berat padat dan ada ‘treler’ lagi. Sebenarnya dalam polis & tentara, pack itu rumah kami, dapur/makanan dan almari/ pakaian semua ada. Selepas melepaskan lelah, kami terus bergerak masuk jauh kedalam map square kami. Tiba2 Comnan berteriak … bandit! …bandit! ... jing! … jing!!! Sepantas itu jugak aku terdengar letusan dan tembakan rifle dari arah depanku. Keadaan ketika itu jadi gawat & kami terus ‘take-cover’ diperdu balak tumbang dilereng bukit itu sambil membalas tembakan.


Akhirnya aku mengarahkan berhenti tembak bila tiada lagi tembakan balas dari pihak musuh. Comnan berkata dia telah terlihat 2 anggota komunis lelaki dan perempuan sedang bercakap dengan tiga orang kampung di sabuah pondok usang. Setelah buat clearance, kami menghampiri pondok using itu & menemui 3 orang kampong Thai yg masuk mahu memanjat petai. Comnan terpaksa mengambil aleh komunikasi & aku diberitahu oleh Comnan bahawa 2 orang komunis itu sedang menjalankan misi propaganda seperti mana dikatakan oleh penghuni pondok itu.


Penghuni pondok itu menunjuk arah 2 orang komunis lari ke kawasan semak belukar. Aku mengambil alih tanggungjawab memburu 2 orang komunis itu. Aku memberi taklimat ringkas kepada seksyen aku & kami bergerak berpecah dalam kumpulan yg lebih kecil dan bergerak berjarak dapat dilihat antara kami. Aku bersama seksyenku kemudian bergerak kembali menuju ke kawasan kebun sehingga akhirnya kami menemui hutan lalang yg menghijau. Kami berhenti sebentar & aku mencari akal.


Kemudian aku menjerit memberi arahan..”mara…mara”, dengan disahut mara juga olih anggota seksyen aku yg lain. Sebelumnya aku sudah member taklimat bahawa itu adalah tektik supaya komunis itu bergerak keluar dari dalam kawasan lalang. Lagi pun tidak selamat masuk dalam semak lalang itu kerna tidak ada perlindungan. Kami menunggu. Sebentar kemudian kami mula bergerak di tepi kawasan lalang. Aku terjumpa topi(cap) komunis warna kelabu kekuningan ada logo bintang 3 warna merah. Topi itu terjatuh dicelah2 batang lalang diperbatasan sabuah parit kecil. Sudah jelas bagi ku, komunis masih ada bersembunyi disitu.


Tiba2 aku melihat kelibat seorang bandit berlari keluar dari persembunyian & aku terus berteriak ….Mara-mara!! Kami lantas berlari ke arah bandit itu, dan kami bersatu semula disimpang 2 trek. Kami berpecah semula, sarjan bersama yg lain ikut trek kiri dan aku bersama koperal ikut trek terus ke hadapan. Aku berpesan kepada anggota seksyen ku supaya‘jangan lupa password & cabar password!! Kami terus bergerak laju keihadapan mencari jejak komunis. Ditanganku sudah tergenggam sebutir PRB Granade (bom tangan).


Langkah kami terhenti kerna ada sebatang tali air dalamnya sejengkal. Kami perhati sekeliling mengesan tapak kasut komunis. Kesan tapak kasut masih baru kerna tanah becak. Kami perhati sekeliling semak. Aku mendapat akal, aku menjerit …‘komunis!! Keluar…keluar ... kalau tidak aku akan baling grenade ini!!, di ikuti Comnan yg turut memekik dalam bahasa Thai. Akhirnya seorang komunis lelaki keluar dengan mengangkat tangan dari celah2 semak samun lalang itu. Lantas kami take-cover down sambil menghalakan senjata ke arah komunis itu. Komunis itu lantas mencampakkan senjatanya dan berjalan keluar dengan kedua belah tangan diatas kepala. Aku sepantas kilat meluru dan menangkap komunis tadi dan dibantu segera oleh anggota seksyen aku.


Comnan datang buat soal jawab, setelah komunis itu kami ikat disebatang pokok. Hari pun dah menghampiri petang. Bimbang jugak malam nak sentry komunis, bimbang juga kalau2 platun komunis lain akan datang. Operator kami sibuk dalam set melapurkan kejayaan menawan 1 komunis dan meminta bantuan untuk membawa komunis keluar. Aku terus buat introgasi dengan komunis tadi. Rupanya komunis itu adalah seorang pelajar dari universiti Bangkok. Mereka terpengaruh dengan dakyah komunis semasa rusuhan pelajar2 universiti di bandaraya Bangkok suatu ketika dahulu. Mereka di letak di bawah unit propaganda kerna genius mereka! Aku selongkar pack komunis itu (packnya sama dengan beg poncut hitam yg dibekalkan masa di depoh KL) & aku menemui banyak risalah2 propaganda komunis. Gambar2 komunis dalam ‘kem’ menceritakan mereka adalah pasukan yg mampu berkuasa memerintah. Gambar mereka meraikan hari ulang tahun komunis berkawad dengan senjata juga ada. Tidak lama kemudian terdengar bunyi heli datang. Bunyi heli macam bunyi bot tongkang dan aku kenal sangat bunyi itu tandanya heli siam. Heli itu ‘hover’ hampir ke lereng tanah dan krewnya memberi signal supaya membawa komunis itu dengan segera.


Lega rasanya bila komunis itu telah diterbangkan. Kami teruskan perjalanan meninggalkan tempat tadi dengan kadar seberapa segera. Walau apapun kami sentiasa berhati2 bimbang bandit perempuan yg terlepas lari tadi buat counter attack dengan membawa lebih ramai ahlinya menyerang kami. Arah tuju kami seterusnya ialah C.T Camp ‘Khau Nang Kang’! Kem komunis yg dikhabarkan paling kebal. Melalui taklimat sebelumnya, aku tahu Kompeni C BN 1 PPH ada ditempatkan dipinggir C.T Camp. Misi aku ialah assault kearah kem itu, sedangkan tidak jauh diatas bukit itu terletak Markas dan unit meriam tentera darat Malaysia.


Pada ka esokkan harinya, setelah seharian mendaki bukit menjelang senja, akhirnya kami sampai disatu puncak yg ada dua permatang curam dikiri kanan bukit itu. Kami pun bercadang membuat base kami dipuncak bukit itu kerana keadaannya yg lebih selamat. Kedaan pokok2 disitu pun amat tinggi yg mana pucuk pokok balak ditengah hutan belantara itu pu
n sayup2 mata memandang. Kerana ketinggian lokasi base kami tu minyak masak menjadi beku, tanah base kami sentiasa basah berbecak. Kami mengambil keputusan membuat keputusan hanya mengikat hammock antara dua pokok saja untuk mengelakkan terlalu banyak meninggalkan kesan.

Sebelum masuk ke tapak base aku mengarahkan anggota buat pembersihan terlebih dahulu. Kami buat ‘proding’ setiap langkah memastikan setiap inci tanah dibase, laluan ke water-point itu bebas dari bobby-trap! Selepas masing2 siap buat khemah kami pasang tali parimeter sekeliling sempadan base, siap dengan sermuly flare dan clay more di lokasi yg sesuai. Aku buat briefing ringkas mengingatkan anggota tentang pass-word & giliran sentry malam.

Aku lihat setiap sudut bumbung base teman2 ku tergantung bekas plastik ration untuk tadahan air khusus untuk membasuh sisa makanan. Kabus tebal menyelubungi base sehingga terasa titisan air di muka aku. Air minuman menjadi sukar terpaksa berjimat. Kami terpaksa menuruni bukit selepas sarapan dengan membawa bersama pack lunch dan 3 jerikin dalam pack besar. Untuk mendaki semula ke base waktu dah masuk waktu petang. Kami hanya turun mengambil air 3 hari sekali. Memang tak larat memikul 3 jerikin dalam pack, sebelah tangan 1 jerikin dan sebelah tangan lagi senjata. Bila naik mendaki lutut dah hampir bercantum dengan dagu!! Aduh mak terasa peritnya tika itu ... terkadang aku terkenangkan ibubapa dan adik-adikku dikampung, tapi kesusahan yg ku tanggung ini mengajar aku bersyukur nikmat yg aku ada sekarang.

Malam itu, tiba2 aku dapati Comnan (rakan dari komando Thailand) itu tiba2 buat gila dia. Selepas kami stand-to malam, Comnan pula nak buat ‘camp-fire’! Ya Allah … apa nak buat ni … sedangkan api besar boleh membahayakan nyawa kami semua.
Dalam hati aku, memang Polis Thai ini lansung tak ada disiplin. Comnan ini pulak Polis Thai berpangkat sarjan. Memang apa yg aku lihat, Polis Thai ini tak ada yg berpangkat ‘konstabal atau koperal’. Rata2 pangkat Sarjan & Sarjan Mejar. Dari maklumat yg aku dapat, mereka itu akan naik pangkat setiap kali mereka bertempur dengan musuh. Dalam hati aku kata, kalau 20 kali bertempur, pangkat apa mereka dapat pun tak tahulah. Uniform wes molen mereka agak cantik kerana kainnya sedikit gelap dari uniform 69 kita yg sedikit cerah … ada gambar gajah dan bendera negara Thailand. Kain baju dan seluarnya tebal dan coraknya cantik. Comnan kata dia nak masak musang malam itu. Aku hanya tersenyum tawar … dalam hati aku berkata, sudah tentu Comnan lebih mengetahui kawasan itu kerana kami memang jelas2 sudah jauh kedalam Thailand. Rupa2nya baru aku tahu yg rata2 pack Polis Thai ini penuh dengan Mekong, arak murah Thailand. Sekali lagi aku bersangka baik, tak apalah, yg jelas kami memang memerlukan Comnan sebagai recee & Comnan memang seorang yg berani walaupun gila2.

Malam itu kami sukar tidur, kerana terdengar bunyi tembakan meriam dari atas bukit sebelah dan dalam beberapa saat terdengar juga desingan peluru bom melalui atas base kami dan dalam sesaat itu aku terdengar ledakan bom jauh di gunung CT Camp. Sejak itu, tembakan meriam mula bertubi2 siang dan malam, dan setiap tembakan dilepaskan bermakna setiap butir meluru meriam melintasi atas base kami. Kekadang jet pejuang (F5E kalau tak silap) kita melintasi atas base kami menggugurkan bom.

Esoknya kami buat rondaan. Kali ini rondaan jarak jauh. Aku tersenyum memandang ‘rakan’ Thai ku itu yg turut bersama dalam rondaan pagi ini. Jauh juga kami buat rondaan ikut trek melalui celah2 hutan. Banyak jugak kami jumpa tanda2 komunis seperti riben merah diikat melilit batang pokok. Mungkin itu tanda sempadan. Ada juga kami terjumpa bekas tapak rehat komunis bumbungnya diperbuat dari daun2 yg disusun rendah. Kami teruskan rondaan balik semula ke base mengikut trek lain pula & begitulah setiap hari.

Hari ka enam semasa membuat rondaan jarak jauh, tiba2 aku terdengar bunyi bom meletup dihadapanku. Tanah trek bertabur jatuh dari atas mengenai kepalaku. Aku tidak nampak siapa yg ‘kena’ kerna situasi trek berbelok ke arah kiri dan dilindungi pula pokok2. Kami terus ambil situasi stand-to luar trek. Aku dimaklumkan ‘rakan’ku Din Siam terkena jerangkap samar. Kecederaannya patah kaki dan cedera parah kedua belah matanya. Hatiku benar2 sayu hiba.

Kami sudah sering membuat gerakan bersama, & aku dapat merasakan sopan dan baik budi pekertinya walau pun rata2 anggota 69 gila2 belaka. Aku benar2 hairan, macam mana boleh ada bobby trap di trek tanahnya keras dan tidak ada tanda2 langsung kehadiran bobby trap itu. Setelah meminta bantuan luar, Din Siam terus di bawa keluar oleh heli Siam. Sementara rakan2 lain yg tinggal malam itu tidak kelihatan ungun api. Mungkin sedih agaknya.

Masuk minggu kedua, tibalah masanya kami harus merapati CT Camp untuk mengumpul maklumat lokasi kem musuh. Tugas inilah yg paling mencabar dalam komando kerana kita harus merapati kem musuh sedekat yg mungkin, untuk membaca kekuatan pasukan mereka, berapa anggota mereka, kekuatan senjata serta tempat2 dijangka mereka akan lari bila serangan dilakukan nanti. Percaya atau tidak, kami memerlukan masa 4 hari untuk merapati kem tersebut kerana dikhuatirkan banyak booby-trap disekitarnya. Alhamdulillah, kami Berjaya melakukan tugas risikan keselamatan itu tanpa sebarang kemalangan pada hari kelima minggu kedua itu. Maaf saya tidak dapat menceritakan secara detail tektik yg kami gunakan atas sebab2 keselamatan.

Setelah tiga minggu menjalankan operasi itu, kini sampailah masanya untuk kami bergerak kelokasi lain. Base kami itu kemudiannya diganti dengan platun 8, 1 PPH. Pagi itu kami menunggu kedatangan pengganti kerana disitu akan didirikan static base camp sebagai pasukan codern, apabila serangan dilakukan nanti. Dari jauh di trek sebelah LP terpandang oleh aku anggota PPH berjalan menuju ke arah base kami. Akhirnya setelah selesai taklimat serah menyerah, kami bergerak menuju ke Martak atas bukit untuk menerima arahan selanjutnya dari Comander Batalion Tek kami diluar.

Pagi esoknya cuaca terang, sejuk dan tidak berkabus. Kami sedang standby menunggu heli membawa kami ke lokasi operasi lain. Sudah 2 hari kami terdengar bunyi heli tapi heli terpaksa berpatah balik kerana kabus terlalu tebal dan sukar membuat pendaratan. Tiba2 sayup2 terdengar bunyi heli. Dari jauh aku nampak titik hitam seperti agas terapung2 ...heli dah datang!! Harap2 hari ini kami boleh keluar dari tempat ini. Dah tak larat nak memikul jerikin air…tak larat nak intai2 ular kapak sebelum tidur …!! Comnan pula akan ditugaskan kepasukan lain … aku tertarik melihat jam tangan digital yg dia pakainya. Masa itu aku belum terjumpa jam jenis digital di Ulu Kinta. Kami pun menambah satu lagi koleksi tukar jam tangan. Walau pun ia bukan jan original … ia sudah cukup memuaskan hati ku …. Benarlah kata orang, Thailand memang terkenal dengan barang2 palsu.

No comments: