TDM telah menggunakan senjata dari jenis L1A1
yang dibuat oleh syarikat syarikat British dimana ia menrupakan
pengeluaran berlesen dari syarikat FN di Belgium sekitar tahun 1960-an.
Senjata ini juga digunakan
oleh tentera
British dan negara Komanwel. Senjata ini menggunakan peluru 7.62mm x 51
mm. Ia hanya menggunakan mod separuh automatik kerana menurut
orang-orang lama ia mempunyai tendangan (recoil) yang kuat. Ia juga
merupakan senjata yang 'panjang' dengan panjang senjata ialah 1.14 m.
Apabila dibuat perbandingan dengan saiz tentera kita yang rata-ratanya
berbadan kecil, senjata ini seolah-olah hampir sama tinggi dengan
tentera kita. Senjata ini menggunakan isian peluru dari kelopak 20
butir. Senjata ini dikatakan mempunyai reputasi yang baik dikalangan
veteran kerana ketepatannya dan kemusnahan yang dapat dilakukan oleh
senjata ini. Namun ia merupakan senjata yang berat dengan berat besama
kelopak adalah 5.07 kg dan ianya adalah sangat lasak untuk digunakan
dalam kawasan hutan di negara kita.
No comments:
Post a Comment