Selamat Datang

Kami menyediakan sistem pangkalan data perniagaan untuk industri ,perniagaan runcit serta cafe.
Http://Urusstok.blogspot.com

Friday 24 November 2017

PERTEMPURAN TANJUNG KUNYIT, BINTANGOR, SARAWAK


BILA Koperal Nyawin dihalakan muncung senapang tepat di kepalanya oleh seorang gerila komunis wanita dari arah belakang, secepat kilat beliau mengambil 'duku' iaitu pedang tradisional Iban yg tersisip di pinggangnya lalu meradak perut komunis wanita itu tanpa belas ihsan. Pertempuran di Tanjung Kunyit, Binatang @ Bintangor menyaksikan 6 orang 'bujang berani" anak dayak Sarawak melawan 30 orang gerila komunis pada tanggal 22 Mei 1972.
PERTEMPURAN DI TANJUNG KUNYIT, BINATANG 1972
“SIAPA anak jantan, ikut saya!!”.. itulah antara laungan cabaran seorang renjer anak Sarawak kepada rakan seperjuangan ketika berhadapan dengan musuh. Cabaran ini dibuat kerana mereka hanyalah berenam sahaja sedangkan yang harus ditentang pula kekuatannya lima kali ganda daripada jumlah mereka.
Menguak pintu sejarah di ketika zaman komunis bermaharajalela di negara kita, banyak operasi ketenteraan yang telah dikerahkan oleh pasukan keselamatan Malaysia demi memastikan keamanan terus dikecapi oleh kita semua pada waktu itu. Untuk konteks Sarawak tidak pernah kurang dengan pengkisahan mengenai pengorbanan anggota keselamatan kita cuma ianya amat jarang diwar-warkan kepada umum.
Kesemuanya bermula sekitar Mei 1972, apabila Batalion 1 Renjer, Kompeni D, Kem Pagar Ruyung di Sibu telah dihantar ke Tanjung Kunyit, Binatang atau nama sekarang Bintangor untuk menyertai satu operasi ketenteraan menghapuskan si komunis durjana di sana. Dek kerana kawasan yang terlibat cukup besar, maka setiap anggota Kompeni D telah dibahagikan untuk menjadi beberapa unit platun dengan jumlah keanggotaan antara 10 ke 11 orang sahaja.
Dikala inilah satu platun yang dipanggil Platun 11 dibawah platun komander, PWII Chambai anak Gawan mengambil tempatnya. Turut menganggotai platun tersebut adalah Sarjan Indang anak Engkas, Koperal Matu anak Liban, Koperal Ranggau anak Pasang, Koperal Nyawin anak Nyandang, Lans Koperal Anyai anak Ranggi, Lans Koperal Ayor anak Gawing, Renjer Ason anak Jampi, Renjer Makau anak Ijam, Renjer Kintan anak Bakap, Renjer Emak anak Ditang dan Renjer Masing anak Berasap.
Diperkira kesemua unit platun 11 adalah anak kelahiran Sarawak dari etnik Iban yang sememangnya sudah gah namanya sebagai pakar penjejak di hutan. Dek kerana kepakaran itulah, maka platun 11 telah diberikan tanggungjawab yang besar iaitu untuk menjadi unit platun yang pertama membuat kerja-kerja rondaan di sekitar kawasan utara-barat Tanjung Kunyit.
Setelah mendengar segala taklimat daripada platun Komander iaitu PWII Chambai maka Sarjan Indang sebagai platun sarjan membawa lima daripada anggotanya untuk memulakan tugasan rondaan. Ketika di dalam rondaan itulah, mereka telah menemui beberapa kesan adanya kewujudan musuh di kawasan sekitar tersebut. Kesan-kesan musuh itu diekori oleh mereka sehinggalah mereka terhenti di satu kawasan rumah yang dipunyai oleh seorang kaum Cina.
Bagi mempersiapkan diri pada sebarang kemungkinan, pada ketika itulah Sarjan Indang mengarahkan agar Koperal Ranggau bersama dengan dua lagi anggota platun 11 untuk membuat penyiasatan ke atas rumah tersebut. Sementara menanti laporan siasatan daripada Koperal Ranggau itu, Sarjan Indang secara solo telah meneruskan penjejakan beliau sekitar 500 meter dari rumah tersebut manakala dua lagi anggota diarahkan untuk bersiaga.
Sewaktu membuat rondaan itulah, Sarjan Indang telah menjumpai sesuatu yang pelik iaitu kawasan rumah tersebut dipenuhi dengan beras yang berselerakan. Dan sekali lagi apabila Koperal Ranggau menyudahi kerja siasatannya turut melaporkan bahawa rumah cina yang dihuni oleh beberapa orang kaum Cina juga mempunyai kesan beras yang bertaburan di sana sini. Walaupun musykil dengan hal yang berlaku, Sarjan Indang membiarkan sahaja kemusykilan itu bermain di benaknya dan mengarahkan agar unit platun yang bersamanya untuk makan tengahari dahulu. Ini kerana sejak ketibaan mereka di Tanjung Kunyit mereka belum lagi menjamah apa-apa makanan.
Sekitar jam 2.00 petang iaitu di ketika mereka sedang menjamu selera dengan bekalan makanan yang dibawa, tiba-tiba Sarjan Indang dan rakan-rakannya mendengar bunyi bising iaitu seperti pohon kayu ditebang. Lantas Sarjan Indang mengarahkan yang lain untuk bersiaga sementara beliau sendiri dengan langkah yang diatur dalam senyap menghampiri kawasan dari mana bunyi bising itu bermula.
Keberadaan Sarjan Indang rupa-rupanya langsung tidak dapat dikesan oleh pihak musuh dan berselindung di sebalik semak samun hutan itulah beliau mampu mengesan adanya sekumpulan lelaki yang siap dengan senjata serta berpakaian warna hijau sedang melakukan kerja-kerja mendirikan tapak khemah untuk mereka. Dari pengamatan beliau sudah menjangka bahawa kumpulan ini bukanlah dari pasukan anggota keselamatan Malaysia kerana turut kelihatan beberapa orang wanita yang menyertai kumpulan tersebut.
Selepas memantau buat seketika akhirnya Sarjan Indang mengatur langkah berhati-hati berundur untuk mendapatkan unit platunnya yang menunggu beliau dengan penuh sabar. Setelah membuat taklimat ringkas mengatur strategi sebaik mungkin dan dengan semangat yang berkobar-kobar, Sarjan Indang dan lima rakannya telah mara mendekati kumpulan tersebut. Perancangan mereka adalah untuk membuat serangan hendap ke atas musuh.
Setelah siaga segalanya dan kesemua anggota platun 11 dibawah Sarjan Indang betul-betul berada di kedudukan masing-masing, maka beliaulah yang memulakan tembakan pertamanya dengan menggunakan laras senjata M16. Di kala itulah hutan Tanjung Kunyit yang senyap sunyi menjadi riuh dengan bunyi peluru daripada anggota keselamatan Malaysia.
Di pihak anggota musuh pula terkesima dengan serangan hendap tersebut cuba menyelamatkan diri dengan berselindung dengan apa jua yang ada. Diceritakan juga, bagi memberi impak yang maksima, Sarjan Indang sempat melontarkan bom tangan (grenade) ke arah kedudukan musuh namun sayang ia tidak meletup. Tidak tertahan dengan asakan bertali arus, musuh berjaya meloloskan diri dengan mencapai apa sahaja senjata yang mampu mereka bawa pergi.
Sementara itu, bunyi hamburan peluru dari senjata Sarjan Indang dan rakan-rakannya telah membawa kepada PWII Chambai dan seorang lagi rakannya bekejaran ke arah mereka. Sayangnya apabila sampai ke lokasi, serang hendap sudahpun reda dan komunis berjaya meloloskan diri. Operasi pembersihan langsung dilakukan dan ternyata serang hendap Sarjan Indang telah berjaya membunuh dua orang komunis berjantina lelaki dan perempuan serta lima buah senjata pelbagai jenis turut dirampas.
Boleh dikatakan kemenangan sudahpun memihak kepada Platun 11 pada ketika itu dan mereka sebenarnya boleh sahaja untuk menunggu anggota yang lain berkumpul bersama mereka. Namun tiada siapa boleh menahan desakan semangat agi idup agi ngelaban di dalam jiwa kental anak Iban Sarawak ini, Sarjan Indang mencabar anggotanya iaitu hanya anak jantan sahaja yang berani menentang musuh yang ramai waima mereka hanya sedikit jumlahnya.
Sudah menjadi lumrah, tiada sesiapa yang mahu dipanggil bacul atau pengecut ditambahlagi kesemua mereka adalah barisan anggota tentera yang terkenal dengan keberanian mereka. Cabaran Sarjan Indang sebenarnya disahut oleh kesemua anggota Platun 11 tetapi Sarjan Indang hanya memilih mereka yang benar-benar pakar di dalam senjata sahaja. Disinilah hanya lima orang sahaja yang terpilih iaitu Koperal Nyawin, Lans Koperal Anyai, Renjer Makau, Renjer Kintan, Renjer Masing dan Renjer Emak. Tanpa menunggu lama, keenam-enam “Bujang Berani” ini terus menjejak kumpulan komunis tadi sementara yang tidak terpilih diminta untuk menunggu di satu kawasan agar senang untuk kumpulan bantuan menjejaki mereka kelak.
Tepat jam 4 petang, di dalam suasana hutan yang semakin menggelap itulah, Koperal Nyawin sebagai penjejak musuh barisan hadapan mendapati bahawa kesan tapak musuh berakhir di satu anak sungai. Sekali lagi kepakaran anak Iban sebagai penjejak hutan itu digunakan oleh Sarjan Indang iaitu dengan mengarahkan anggotanya untuk mengikut arah sungai mengalir dan berjalan menyusuri tebingan sungai. 50 meter daripada jejak itu hilang iaitu disebelah seberangnya dengan penuh jelas kesan tapak kaki musuh dalam jumlah yang banyak dilihat.
Sarjan Indang dan lima lagi anggota Platun 11 menyeberangi anak sungai dengan penuh berhati-hati. Mereka mengetahui bahawa kedudukan musuh sudah semakin mendekat. Langkah diatur dengan penuh senyap dan tatkala sampai di tebingan sungai di seberang itulah mereka mampu melihat musuh dari kejauhan iaitu kira-kira pada jarak 300 meter sahaja. Dan pada kali ini musuh bertindak bijak dengan membahagikan diri mereka kepada dua kumpulan dan berada di sebelah kiri dan kanan.
Strategi serangan diatur yang mana Sarjan Indang dan dua anggota akan menyerang dari sebelah kiri manakala Koperal Nyawin dan dua lagi akan menyerang dari sebelah kanan. Siaga segalanya mereka menghampiri kawasan musuh dengan merangkak. Senjata sentiasa digenggam erat di tangan mereka dan tatkala berada di satu kedudukan iaitu Sarjan Indang yang mana pada diceritakan pada ketika itu sedang cuba melihat peta untuk mengetahui kedudukan mereka, tiba-tiba satu tembakan diarahkan kepada beliau. Rupa-rupanya pergerakan Indang sudah diketahui oleh musuh.
Sarjan Indang bernasib baik sebenarnya kerana peluru musuh tidak mengena beliau sebaliknya sipi ke sebatang pohon tempat dimana beliau berlindung. Namun aksi peluru tidak diundang itu menyebabkan kesemua anggotanya terus memuntahkan peluru ke arah kumpulan musuh. Sekali lagi hujan peluru dari kedua-dua arah memecah suasana petang di hutan Tanjung Kunyit tanpa belas ihsan.
Ada satu masa iaitu di ketika hebat dengan muntahan peluru itu, Koperal Nyawin pula diserang secara senyap dari arah belakang. Pada ketika itu diceritakan, Nyawin sedang sibuk mengisi peluru ke dalam senjatanya dan seorang komunis wanita telah meletakkan hujung senjatanya betul-betul tepat di kepala Nyawin sambil meminta beliau menyerah diri. Umpama kata bidalan lama, biar putih tulang jangan putih mata, menyerah kalah tidak sekali, sepantas kilat Nyawin mengambil “duku” iaitu pedang tradisional Iban yang tersisip di pinggangnya lantas meradak perut komunis wanita tersebut.
Komunis wanita itu belum lagi mahu beralah, Nyawin terus bertingkah menggunakan pedang ibannya dan setiap kali beliau mengangkat dukunya pasti anggota badan wanita itu tercedera. Akhirnya komunis wanita itu mati juga apabila Lans Koperal Anyai yang berada dekat di kedudukan Nyawin berjaya menembaknya dari jarak dekat. Usai itu semua, kumpulan Koperal Nyawin, Lans Koperal Anyai dan Renjer Emak berkumpul semula dan terus-terusan membalas tembakan musuh.
Sementara kumpulan Sarjan Indang, Renjer Makau dan Renjer Masing pula terus berbalas tembakan dengan musuh tanpa henti. Setelah bergelut hampir 15 minit itulah, tiba-tiba hutan Tanjung Kunyit senyap semula. Kesemua enam anggota platun 11 masih siaga di kedudukan masing-masing walaupun sudah mengetahui bahawa kumpulan komunis sudah berjaya kabur dari lokasi pertempuran.
Tidak lama kemudian barulah bantuan dari platun yang lain tiba dan diketika operasi pembersihan dilakukan didapati Sarjan Indang dan lima lagi “Bujang Berani” telah berjaya membunuh lima gerila komunis iaitu dua lelaki dan tiga perempuan selain beberapa senjata milik komunis dan dokumen mereka dirampas.
Kisah pertempuran di Tanjung Kunyit, Binatang ini berlaku pada tanggal 22 Mei 1972 dan ia melibatkan enam orang “Bujang Berani” dari Platun 11 Kompeni D, Batallion 1st Ranger. Enam orang melawan 30 orang kekuatan musuh komunis tanpa sedikitpun calar mahupun korban di pihak mereka. Benarlah seperti cabaran yang diungkap oleh Sarjan Indang anak Engkas, bahawa hanya yang benar-benar anak jantan akan berani menghadapi pertempuran seperti ini.
Agi Idup Agi Ngelaban.
-HB-
Nota: Artikel Jejak Pahlawan Sarawak; PW2 Indang Anak Engkas akan menyusul selepas ini.
Rujukan:
1. Sergeant Indang ak Engkas, P.G.B. In A Firefight At Tanjung Kunyit
http://renjervalour.blogspot.my/…/sergeant-indang-ak-engkas…
2. Star Online, 26 Ogos 2007 - Bold and Fearless Veteran
https://www.thestar.com.my/…/…/26/bold-and-fearless-veteran/
3. Sejarah Pingat Gagah Berani Malaysia
http://un2ukdia.blogspot.my/…/sejarah-pingat-panglima-gagah…
sumber Borneo Oracle

Pertempuran Udara Yom Kippur

Pertempuran udara El Mansoura 60 jet Mesir berhadapan 164 jet Israel.
Merupakan pertempuran udara terbesar dalam sejarah siri peperangan udara dunia ia terjadi sewaktu perang Yom Kippur 1973.Israel berniat nak hancurkan pangkalan tentera udara Mesir di Tanta dan Mansoura kedua pangkalan tersebut home base bagi skuadron jet pejuang Mig-21 Mesir.Israel memandang 2 pangkalan itu sebagai ancaman dan ia wajib dimusnahkan.Serangan udara dilancarkan jam 3 suku petang 14 Oktober 1973 radar pertahanan Mesir mengesan 20 jet F-4 Phantom Israel ceroboh melalui Port Said.Hosni Mubarak ketika itu marsyal tentera udara Mesir merangkap timbalan menteri pertahanan memberi arahan 16 buah Mig-21 berlepas lindungi El Mansoura.Mubarak juga memberi arahan kepada pilotnya supaya berhati2 dgn helah licik Israel dan jgn sekali2 mengejar jet Israel Mubarak anggap pencerobohan jet Phantom Israel itu satu perangkap untuk Mesir.Mubarak yg pernah mendapat latihan dari Britain dan Soviet yakin jet Phantom Israel hanya memancing Mig-21nya agar jet Mig mengejar jet Israel dan base Mansoura tak terjaga.
Telahan Mubarak tepat jet2 Israel mula menjauh dari El Mansoura Mesir dah dapat tahu strategi Israel.Ia semua perangkap supaya El Mansoura kosong tanpa jet pejuang.Beberapa minit selepas itu radar Mesir mengesan gelombang besar jet Israel.Dalam air strike ke El Mansoura Israel mengerakkan 164 jet tempur 160 buah darinya F-4 Phantom gelombang besar ni terpaksa dilakukan kerana El Mansoura gagal dihancurkan sejak awal2 perang Yom Kippur lagi.Mubarak berikrar akan hancurkan jet Israel dgn apa cara sekali pun dalam masa yg sama sedar jumlah kecil jetnya berbanding jet Israel.Israel menyerang Mesir dari Port Said,Damieta dan Baltim.Bantuan jet tempur Mesir segera digerakkan dari pangkalan udara Tanta dan Abu Hamad.Mulalah pertempuran terbesar dan terhebat dalam sejarah perang Yom Kippur.Jet Mesir mengejar jet Israel begitu juga jet Israel ruang udara sekitar El Mansoura bingit dgn deruman enjin jet dan tembakan meriam dari jet tempur.AA Gun Mesir terus menembak jet2 Israel sambil diperingatkan jgn terkena jet sendiri ruang udara El Mansoura menjadi pertempuran udara menakutkan.El Mansoura menjadi huru hara dan terjadi pertarungan sengit beberapa jet tempur kedua pihak sampaikan jet Mig-21 Mesir terpaksa mendarat isi minyak dan peluru re armed dan henjut ke udara hambat jet Israel lagi seluruh proses itu hanya memakan 7 minit sahaja.
Radar Mesir mengesan lagi gelombang jet musuh kali ini jet Israel menuju Kaherah.Mig-21 menunjukkan prestasi lasaknya dgn gagahnya Mig Mesir berjaya patahkan serangan ke Kaherah.Tentera udara Israel mula sedar misi nak hancurkan base El Mansoura gagal lagi.Tepat jam 5 petang hanya 1 jam lebih bertempur Israel menarik keluar jetnya dari Mesir.Mesir mengistihar berjaya menembak jatuh 15 jet Israel dan hanya kehilangan 6 jet tempurnya itupun 3 darinya jatuh terhempas kehabisan minyak.Pertempuran El Mansoura hanya 2 juruterbang Mesir terkorban lagi 4 selamat mendarat mengunakan kerusi lenting disebelah Israel pula tiada jumlah tepat bagi kematian pilot Israel nak tutup malu agaknya.Atas kemenangan Mesir di El Mansoura tarikh hari angkatan udara Mesir yg selalu disambut 2 November ditukar pada tarikh 14 Oktober satu tarikh keramat bagi tentera udara Mesir EAF.