Selamat Datang

Kami menyediakan sistem pangkalan data perniagaan untuk industri ,perniagaan runcit serta cafe.
Http://Urusstok.blogspot.com

Sunday 21 July 2013

Kenderaan Berperisai Cougar

Kenderaan berperisai keluaran US ini beratnya 14 tan. Kelebihan Cougar ialah ia dibina untuk tahan daripada serangan IED ( Periuk api ).

Tayarnya juga tidak mudah untuk mengalami kerosakan akibat daripada serangan.

Untuk keselamatan jurutekmbak,ia menggunakan Sistem Crows.




Sistem Pertahanan Crows
Jurutembak akan berada di bahagian dalam kenderaan, tidak seperti kenderaan lain yang mana jurutembak akan berada di bahagian atas kenderaan dan terdedah kepada serangan.




Boleh di operasi bersama mesingun 50mm.







Jurumeriam hanya perlu melihat kepada skrin, sasaran boleh di zoom, boleh beroperasi pada waktu malam menggunakan night vision camera.

Friday 19 July 2013

PASKAU

Pasukan Khas Udara atau PASKAU merupakan sebuah pasukan elit yang diletakkan di bawah tanggungjawab Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang biasanya menjalankan tugas-tugas mengekang sebarang bentuk serangan dan keganasan dari pihak musuh dan anasir-anasir luar yang melibatkan senario rampasan pesawat-pesawat TUDM dan awam serta tawanan ke atas pengkalan tentera udara dan lapangan terbang awam.

Pasukan ini ditubuhkan dalam tahun 1980 selepas satu serangan oleh anasir pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya ke atas pangkalan TUDM Kuala Lumpur menyebabkan kemusnahan sebuah pesawat DHC-4 Caribou pada bulan Mei 1975. Serangan itu dilakukan oleh ejen-ejen Parti Komunis Malaya dengan menggunakan sepucuk mortar yang dipasangkan di atas sebuah lori kecil atas tujuan melambatkan bantuan pasukan sahabat yang sedang berada di medan tempur. Semuanya bermula apabila sebuah lori yang tidak dikenali melalui diluar pangkalan udara Sungai Besi, Selangor dan berhenti di situ. Beberapa orang lelaki Cina yang disyaki ejen komunis turun dari kenderaan dan melepaskan beberapa das tembakan mortar ke pangkalan menyebabkan sebuah pesawat DHC-4 Caribou musnah dan beberapa buah kemudahan TUDM rosak teruk serta mencederakan beberapa orang petugas dipangkalan tersebut.

Atas insiden inilah, TUDM memperkenalkan satu doktrin khusus untuk menubuhkan sebuah pasukan elit bagi mengawal keselamatan pangkalan udara TUDM yang sebelum ini diletakkan dibawah tanggungjawab Kor Polis Tentera Diraja. Maka dengan secara rasminya, pada 1 April 1980, sebuah pasukan elit yang dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Darat dan Udara atau singkatannya HANDAU ditubuhkan. Rejimen ini bukan sahaja mendapat latihan kerahan tenaga daripada pasukan elit anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas (yang terdiri daripada Komando 69 dan Unit Tindakan Khas PGK) PDRM, malahan turut mendapat latihan khas daripada Special Air Service British dan pasukan elit Amerika Syarikat.

Skuadron 102 HANDAU yang ditubuhkan merupakan skuadron pertama yang mengambil alih tugas-tugas keselamatan Pangkalan TUDM Kuala Lumpur dari Kor Polis Tentera Diraja, diikuti dengan Penubuhan Markas Rejimen Keselamatan TUDM (MAREJ) pada 1 April 1981 sehingga tertubuhnya 10 lagi skuadron Rejimen HANDAU TUDM pada 1 Mac 1993.

CL-41G Tebuan 6 Skuadron TUDM Dan Kempen Insurgensi

Pada 16 April 1976 Skuadron Keenam telah terlibat dengan operasi iaitu OPS KOTA GUBIR untuk membuat serangan udara ke atas sasaran pengganas komunis yang telah dikenalpasti oleh pasukan Tentera Darat di sekitar sempadan Malaysia-Thailand dan ia merupakan operasi terbesar yang melibatkan pesawat Tebuan.

Semua pesawat telah dilengkapkan dengan mini-gun dan roket manakala sebahagian daripada fleet dilengkapkan dengan bom 500 Ib untuk digugurkan di kawasan musuh dan dalam misi berkenaan helikopter Alouette di terbangkan ke kawasan musuh yang bertindak sebagai Forward Air Controller (FAC) untuk memberi panduan kepada pesawat pejuang untuk membuat serangan.

Serangan bersepadu itu melibatkan pesawat pejuang F5-E, helikopter Nuri untuk mengangkut pasukan Tentera Darat ke barisan hadapan dan semua pergerakan dibuat begitu rapi mengikut jadual dan dengan cuaca yang baik sepanjang masa operasi pesawat Tebuan yang kecil dapat menyelinap dengan pantas ke kawasan musuh dan memulakan serangan dan pengeboman.

Serangan pertama pesawat Tebuan didapati tidak memberi banyak kesan untuk memberi tamparan kepada musuh kerana keadaan hutan yang tebal memberi masalah untuk memuntahkan semua senjata yang dibawa oleh pesawat pejuang Tebuan dan serangan tersebut merupakan pengalaman operasi terbesar pesawat Tebuan.

Serangan bertubi-tubi terus dilakukan dengan pertolongan helikopter Alouette yang terbang rendah memberi panduan arah serangan yang patut dilaksanakan dan laporan yang diterima pada keesokan harinya menunjukkan terdapat kesan darah tetapi pengganas komunis telah lari meninggalkan Malaysia.

Operasi pengeboman ke atas kawasan yang disyaki menjadi persembunyian pengganas komunis diteruskan oleh pesawat Tebuan pada 17 April 1976 dan hasil daripada serangan daripada udara telah memberi semangat kepada pasukan Tentera Darat untuk bergerak ke lokasi musuh dan menawan kawasan perkhemahan yang telah ditinggalkan.

Banyak lagi operasi yang dilaksanakan oleh skuadron Tebuan semasa era insurgensi komunis kali kedua iaitu setelah darurat pertama 1948-1960 berakhir itu dengan penglibatan dalam OPS INDRA, OPS CABUT, OPS NESAN, OPS BANTU SEGERA, OPS DOAYAI MUSNAH, OPS CAHAYA BENA dan OSP SELAMAT SAWADEE.
+Sumber TUDM+

SEDIKIT SEJARAH MENGENAI JET TEBUAN

Pesawat F-86 Sabre Jet milik TUDM adalah sebahagian dari 112 buah variasi F-86 Mk.32 yang telah dibina oleh Commonwealth Aircraft Corporation (CAC) Avon di Fishermen's Bend, Victoria, Australia di bawah lesen yang diberikan oleh NAAC pada tahun 1954-1957. Sabre Mk. 32 menggunakan enjin turbojet Rolls Royce/CAC Avon RA7 Mk26 yang dibina oleh CAC yang lebih berkuasa menghasilkan 7,500 lb daya tujahan. perbezaan fizikal yang ketara Mk. 32 dengan Sabre yang yang adalah rongga persenjataannya. Sabre Mk. 32 menggunakan sepasang meriam Aden 30mm berbanding dengan 6 x mesingan .50 caliber. Daya tembakan dan 'recoil' yang lebih kuat memerlukan bahagian muncung Sabre Mk. 32 diperkukuhkan.

Sebahagian dari pesawat-pesawat ini pernah berkhidmat di Asia Tenggara dan berpengkalan di Pengkalan Udara RAAF, Butterworth sebagai sebahagian dari Operasi Sabre Ferry dari Disember 1958 hingga Januari 1968 dan pernah terbang di Malaysia, Thailand dan Singapura. Pada bulan Oktober 1969 kerajaan Australia telah menghadiahkan sepuluh buah jet Sabre (dan dua buah 'non-flying unit' untuk alat bantuan latihan kepada krew sokongan) kepada TUDM untuk membentuk nuklues Squadron No. 11. Peranan squadron ini adalah untuk pertahanan udara, serangan ke bumi dan operasi-operasi sokongan udara. TUDM kemudiannya menambah enam buah lagi Sabre tidak lama selepas itu. Penggunaan jet Sabre telah memperkenalkan TUDM kepada sistem latihan menggunakan simulator penerbangan (flight simulator) dan kaedah-kaedah operasi pesawat pejuang satu tempat duduk. Fungsi utama jet-jet Sabre TUDM adalah untuk pertahanan udara dan ia dapat berfungsi dengan baik dalam peranan ini dengan dibantu radar RAFF GCI dan seterusnya apabila TUDM mula menggunakan radar S600 Marconi yang baru.

Squadron No. 11 telah dibubarkan pada tahun 1975 dan telah digantikan dengan pesawat supersonik Northrop F-5A dan F-5B Freedom Fighters (Freedom Fighters ini kemudiannya dijual kepada Tentera Udara Diraja Thailand

Tuesday 16 July 2013

Bangalore Torpedo

Bangalore topedo berbentuk selinder. Ianya mengandungi peledak  serta mata pisau. Pasukan tentera menggunakan alat ini untuk memotong kawat berduri dengan mudah. Ianya telah di perbaharui supaya dapat memotong kawat berduri concrete dengan mudah .

NLOS - LS Peluru Berpandu Pemusnah

Kotak ini kalau di lihat pada luarannya tidak menampakkan bentuk seolah senjata. Tetapi didalamnya mengandungi 12 peluru berpandu yang setiap satunya  boleh memusnahkan sebuah kereta kebal dari jarak 24 km. Sistem ini sangat ringan, boleh di bawa mengguanakan helikopter ataupun dengan lori. Ia di letakkan di tempat strategi,arahan tembakan boleh di buat menggunakan PDA. Bila peluru berpandu tersebut di lancarkan,ia boleh dikawal ke sasaran yang di kehendaki menggunakan GPS ataupun laser.






NLOS -LS  dilancarkan dari atas trak




Keratan rentas NLOS -LAS







Teknik Serangan

NLOS - LS


Saturday 13 July 2013

Serangan di Gubir Part 3

Satu lagi kenangan yg tak dapat dilupakan di zaman Kominis di Gubir Kem ialah mengenai serangan bertubi2 keatas kumpulan kecil terdiri dari saorang pegawai ( IO ) Interligent Officer berbangsa Sikh dan beberapa orang anggota pergi menyiasat di satu lokasi dekat kawasan gubir juga,Serangan tersebut mengakibatkan pegawai tersebut maut tangannya hampir putus dan terkulai oleh sebab Landrover yang dinaikinya tidak berpintu kiri dan kanan serta Tailboard nya di buka bagi tujuan senang melompat utk tindakan menyelamatkan diri jika di serang,dan saorang anggota yang membawa Ferret Scout Car sebagai escort juga telah terputus empat jarinya akibat tindakan nya menutup tingkap pemerhati kecil pemandu dengan kuat akibatnya jari tersangkut terus terkapit serta merta kerana pihak kominis tumpu menembak kaarah tingkap kecil tersebut untuk membunuh pemandunya.Inilah satu sejarah hero2 kita utk menjaga dan mengawal Negara .Tapi ahkirnya pihak kominis gagal merampas dengan senjata ,sekarang mereka dan anak2 cucu mereka cuba merampas Negara kita dengan cara berpolitik ,mereka gangu Raja2,perlembagaan ,agama Islam dan lain2 perkara lagi .itu pun bangsa kita terutama lapis2 muda maseh tak sedarkan diri asyik berfantasi gayal dengan dadah berpelesiran dan sebagainya.

Bersambung cerita kawan saya yg terkoyak kulit kepalanya tu,anggota2 yg dibelakang truck dipandu nya diketahui kemudian banyak yg terkorban semasa mereka terjun pantas keluar rupa2nya pihak kominis telah menunggu mereka terjun keluar saja ditembak saorang demi saorang tampa dapat membalas nya mayat mereka tesusun di bawah truck saperti ikan sardin hanya saorang saja maseh hidup kerana dia tidak terjun keluar sahingga bantuan datang. Pihak anggota2 dari truck yg di belakang nya terus bertindak pantas menyerang arah bukit sebelah kiri dan kanan dengan beraninya ,pihak kominis telah sempat lari terus katrowong jalan tikus ka Sempadan Thailand.Anggota kita jumpa banyak kayu2 bercabang saperti lastik dicacak utk meletak barrel senjata utk tenangan tepat, juga memjumpai kueh Pau yang masih panas2 suam.semua mayat2 anggota telah diterbangkan ka Sungai Patani Kem utk di sempurnakan yang sedih nya air mandian mayat2 tersebut maseh kemerahan saperti air sirap diparit Madrasah kem.Jika Mat Sabu melihat kejadian itu sudah tentu beliau tak berani untuk mengeluarkan kata2 yang menghiris perasaan bekas2 anggota tentera kita, bagi saya sampai mati pun saya tak akan sokong pihak2 pembangkang.

+Kredit kpd Tn Hj Othman Md Saat+

Menceritakan kejadian sebenar semasa beliau berkhidmat di Kem 6 BrigedSungai Petani,Kedah.

Kapten Zainal Abdul Rashid


Pada 16 Apr 1976, semasa Ops Kota Gubir. PK telah mengenal pasti beberapa kem Pengganas Komunis (PGK) di sempadan Malaysia-Thai berhampir Gubir di Kedah dan mengepungnya. Untuk mendapat impak yang lebih besar dalam operasi tersebut, pesawat Tempur (Tebuan CL-41G) dari Skn No 6 dan Pesawat F5E dari 12 Skn TUDM turut dilibatkan dengan membuat serangan dari udara.

- Pada 15 Julai 1976, semasa Operasi Gubir II, Kapt Zainal bin Abd Rashid dari 17 RAMD gugur sebagai syahid selepas berjaya membunuh 3 orang pengganas komunis di dalam satu pertempuran sengit yang menyebabkan 6 orang daripada 15 pengganas komunis terbunuh dan berjaya merampas selaras mortar 60 mm, tujuh pucuk repal, peluru, bom dan peralatan lain. Beliau dikurniakan pingat SP pada 1 Jun 1977 dan dinaikkan ke Pangkat Mejar.

Sejarah Sintok di Kedah

Sejarah Sintok bermula apabila ia diteroka oleh kaum Cina yang memulakan aktiviti melombong bijih timah di kawasan itu pada awal 1900-an. Kawasan yang menjadi tumpuan kegiatan perlombongan ialah di Sintok, Kampung Sungai Badak dan Bukit Kachi. Hanya terdapat sejumlah kecil sahaja pekerja Melayu dan India di kawasan tersebut.

Sintok yang terletak 12 kilometer ke timur Changlun adalah kawasan yang terpencil. Keadaan fizikalnya yang berbukit-bukau dan merupakan satu kawasan hutan rimba yang luas menyebabkan perhubungan agak sukar, keselamatan penduduk sentiasa terancam oleh pengganas komunis. Di kawasan hutan ini juga terdapat rangkaian denai yang menghubungkan selatan Thailand, Sintok, Padang Sanai di Padang Terap hingga ke Nami dalam daerah Sik dan terus ke Baling seterusnya hingga ke kawasan Hulu Perak.

Parti Komunis Malaya yang memulakan kegiatan subversif dan keganasan selepas Perang Dunia Ke-2 menggunakan keistimewaan alam semula jadi untuk bergerak cergas di kawasan Sintok yang cukup strategik sebagai pangkalan aktiviti mereka di kawasan ini yang juga menjadi pintu masuk dari Thailand ke negara ini.

Di Sintok pada masa itu terdapat sebuah balai polis. Anggota polis di balai itu berfungsi hanya sebagai pengawas kepada pelombong dan pekerja balak.

Tugas mereka hanya terhad di kawasan balai sahaja. Bilangan anggota yang kecil dan kelengkapan senjata yang lemah membuatkan mereka tidak berupaya melawan kekuatan PKM.

Dalam sejarahnya, Sintok ditutup dua kali. Kali pertama apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948 bila mana kawasan Sintok dikosongkan daripada sebarang kegiatan perlombongan dan pembalakan selama tiga tahun.

Apabila keadaan kembali aman, lombong bijih timah dibuka semula pada 1952. Penduduk yang dahulunya berpindah keluar dibenarkan pulang. Dalam masa yang singkat kawasan Sintok, Sungai Badak dan Bukit Kachi dihuni oleh hampir 3,000 orang, sebahagian besarnya berketurunan Cina. Pembukaan semula Sintok memberi kesempatan baru kepada anggota PKM. Mereka mula menyusun semula strategi keganasan dan menjadikan penduduk Sintok sebagai penyokong mereka. Balai Polis Sintok pada ketika itu berfungsi sebagai tempat membuat aduan dan mengawasi kegiatan penduduk Sintok untuk kes-kes biasa. Anggota-anggota polis memang sedar bahawa mereka sendiri adalah di bawah ancaman anggota PKM.

Apabila penduduk Sintok bertambah ramai dan PKM berjaya melakukan serangan hendap demi serangan hendap ke atas anggota keselamatan, PKM bertambah yakin bahawa mereka akan berjaya. PKM cuba menghidupkan kembali hubungan mereka dengan penduduk Sintok dengan menyebarkan berbagai-bagai propaganda.

PKM juga mengambil peluang untuk membuat dakyah dan menghasut pekerja supaya membenci kerajaan. Di samping itu mereka juga meminta supaya membekalkan makanan. Para pekerja lombong itu terpaksa melayan anggota PKM dengan baik.

Selepas 1969 PKM menjadikan peristiwa 13 Mei sebagai isu propaganda. Mereka menyatakan bahawa Kerajaan Perikatan melakukan kekejaman dan penindasan ke atas orang Cina. Mereka juga telah menyebarkan risalah komunis seperti Awakening News dan Mao's Quotation.

Setelah diteliti dari segi perkembangan kegiatan komunis dari awal maka pihak kerajaan melalui Jawatankuasa Operasi Sempadan melancarkan Operasi Semai mulai 4 Ogos 1969 dan tamat sepenuhnya pada 16 Mac 1970. Operasi tersebut bertujuan untuk memutuskan rangkaian hubungan komunis dan menghalang propaganda daripada merebak dengan meluas.

Di samping itu ia juga bagi membolehkan pihak anggota keselamatan mengadakan operasi pembersihan di kawasan Sintok. Operasi itu melibatkan pihak tentera, polis dan agensi lain yang berkaitan. Buat kali kedua penduduk Sintok diarah meninggalkan kawasan tersebut. Sebahagian mereka ditempatkan di kampung-kampung baru termasuk di Padang Lembu, Gurun, Kedah. Pekan Sintok dimusnahkan dalam erti kata dibakar dengan tujuan agar anggota komunis tidak dapat bertapak di Sintok.


© Utusan Melayu (M) Bhd-2000

Ranjau

 Pengganas komunis di dalam hutan pernah membina ranjau seperti ini  untuk membunuh anggota pasukan keselamatan.

Helikopter Nuri Di Tembak Jatuh

 Kejadian berlaku pada 26.04.1976
Masa antara jam 10.00 - 10.30 pagi
Helikopter tersebut dalam Operasi Kota untuk memberikan bantuan makanan,peluru,peralatan serta membawa keluar seorang anggota yang tercedera.

Operasi Kota- Pasukan keselamatan membuat operasi,hasilnya terjumpa sebuah kem komunis daan telah di tawan. Sehari sebelum kejadian helikopter di tembak jatuh, seorang anggota tentera telah terkorban dan seorang lagi parah akibat terpijak jerangkap samar. Bantuan dari heli di perlukan utk mengeluarkan mayat dan menghantar anggota yg cedera serta menghantar bekalan makanan,perubatan,bekalan peralatan kpd anggota yg menjalankan operasi. Pada 26 April 1976,helikopter malang tersebut bergerak ke kawasan operasi, dan antara jam 10.00 pagi - 10.30 pagi helikopter tersebut kena ambush, helikopter tersebut cuba mengalih dari kawasan sasaran,tapi terjatuh dan terbakar. Mayat mereka hangus rentung, dan cebisan anggota berserakan di kawasan kejadian. Bantuan di hentikan, dan anggota yg ada di bawah di arah cari jalan keluar dgn serba serbi kekurangan makanan serta peluru. Mereka ( anggota yg di bawah ) di selamatkan seminggu kemudian, iaitu pada 3 Mei 1976.

Helikopter Nuri Di Tembak

Gubir Dalam Kenangan - 2

Bayangkan jika anda bersama 60 rakan tentera bertempur dan berbalas tembakan dengan 400 musuh dalam hutan, tentunya suatu pengalaman yang sukar dilupakan.

Inilah yang dialami oleh Kapten Sudirman Ahmad, 49, ketika bertugas dalam Rejimen Gerak Khas (RGK) atau komando sekitar tahun 1970-an.

Pengalaman menggempur kem pengganas komunis di sebuah perkampungan kecil di sempadan Malaysia-Thailand, 24 tahun lalu, masih segar dalam ingatan Sudirman.

Ketika itu, beliau berusia 23 tahun, dan tidak dapat melupakan detik-detik cemas bersama anggota-anggotanya yang terpaksa bertarung dengan maut untuk menghapuskan musuh negara.

Sudirman yang mengetuai skuadron bersama 60 anggota komando, diarahkan ke Gubir untuk menyerang kem komunis yang terbesar di kawasan sempadan, yang dipercayai dihuni 400 pengganas komunis.

Oleh kerana perkampungan tersebut dikawal ketat oleh pihak pengganas serta dipercayai dipasang dengan 3,600 jerangkap samar, kesemua anggota pasukannya dihantar untuk menyerang kem tersebut menggunakan helikopter pada waktu malam.

Menurut beliau, segala-galanya berjalan lancar sehingga kedatangan mereka disedari pihak pengganas dan bermulalah pertempuran di antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, pertempuran hampir setengah jam antara kedua-dua belah pihak telah mengorbankan 11 anggotanya.

''Bayangkanlah kekuatan anggota kami hanya 60 orang dan pengganas ketika itu menyerang dengan kekuatan 400 anggota.

''Namun kami tetap bertahan walaupun 11 dari kami telah terkorban,'' katanya mengingati detik-detik cemas ketika operasi di Gubir pada tahun 1974.

Bagaimanapun katanya, 22 pengganas berjaya ditewaskan dan ini menyemarakkan lagi semangat mereka untuk terus bertempur sehingga enam hari enam malam bagi melumpuhkan kekuatan pengganas, walaupun tidak mendapat sebarang bantuan pada waktu itu.

Hari seterusnya kata beliau, sebuah helikopter bersama 11 anggota tentera termasuk dua orang anggota komando menyerang dari udara tetapi malangnya kesemua mereka terkorban kerana helikopter tersebut meletup akibat serangan balas dari pengganas.

Selepas peristiwa itu katanya, mereka diarahkan berundur seketika setelah kawasan pertempuran dimusnahkan dengan tembakan meriam daripada pasukan bantuan dari luar kem.

''Kami terpaksa maju ke hadapan walaupun diarah berundur kerana tiada tempat yang selamat dan hampir kesemua kawasan dipasang jerangkap samar,'' katanya.

Beliau sendiri tercedera akibat terkena tembakan dan hampir terkena jerangkap samar tetapi nasib masih menyebelahinya dan beliau terselamat.

Akhirnya kata beliau, mereka sampai ke kawasan bukit dan berlindung di atas kawasan itu sementara menunggu bantuan datang.

Pada sebelah malam katanya, sebuah helikopter datang untuk mengeluarkan mereka dari kem tersebut dengan melakukan 14 penerbangan ulang-alik.

Tetapi katanya, 15 orang anggotanya terpaksa bertahan di atas bukit kerana pihak pengganas telah mengetahui kedatangan bantuan udara itu dan mereka terpaksa menghentikan penerbangan kerana kawasan bukit telah dikepung.

Kesemua 15 anggotanya terpaksa berundur dan melarikan diri menuju hutan dan sesat selama dua hari di situ. ''Sepanjang dua hari itu, mereka telah bertembung dan bertempur dengan pengganas beberapa kali, sebelum diberi bantuan keluar dari hutan berkenaan,'' katanya menamatkan cerita.

Kini, walaupun telah bersara beliau masih aktif dengan menganggotai Kelab Bekas Komando dan menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat di samping mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan seperjuangan.

Sumber -
© Utusan Melayu (M) Bhd -1998

Gubir - Perjuangan Semalam

Satu-satunya jalan perhubungan dengan MARKER K- , Gubir adalah melalui udara disebabkan kedudukannya yang jauh dipendalaman dan berada di kawasan tanah tinggi. Maka semua anggota dan meriam diaturgerak dengan bantuan pesawat nuri TUDM dengan diiringi sebuah pesawat bersenjata alouette sebagai pesawat pengiring. 3 pucuk meriam M102 105mm juga diangkut dengan cara sistem anduh bawah (under slung) oleh pesawat nuri yang ½ jam masa penerbangannya dari Markas Taktikal dari Kem Gubir, Kedah.

Sepanjang tempoh ‘Ops KOTA ECHO’ ,cuma sekali sekala ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3RAD) membuat bantuan tembakan untuk membantu pasukan sahabat yang sedang menjalani operasi di sempadan. Seperti kebiasaanya, setiap 10 hari sekali, sebuah pesawat nuri TUDM serta sebuah pesawat alouette akan terbang ke MARKER K- , Gubir untuk menghantar catuan bekalan basah dan peluru (resup) daripada Markas Taktikal di Kem Gubir, Kedah untuk anggota yang sedang menjalankan operasi.

Pada lebih kurang jam 1200hrs 16 Oktober 1978, semasa pesawat nuri mendarat di LP (Landing Point) MARKER K- , Gubir, seorang anggota ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD) (23532) Sjn Hasan b. Awang The telah memasuki ke dalam pesawat nuri untuk membantu menurunkan bekalan makanan dengan dibantu oleh anggota ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD) di bawahnya. Tidak sempat pun bekalan makanan diturunkan daripada pesawat nuri, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan dari arah bukit yang bersebelahan dengan tapak pendaratan helikopter (LP). Kemudian berlakulah beberapa letupan kuat yang betul-betul di hadapan muncung pesawat nuri dan juga berhampiran dengan kedudukan meriam ‘D’ sub.
+Sumber dari Persatuan Vateran Vat69 Komando.+

Friday 12 July 2013

Tanam Jerangkap Samar

TANAM UBI DAN 14 RAW14 RAW telah diaturgerak ke kawasan operasi di Karangan, Kedah. Kompeni-kompeni yang yang terlibat ialah A, B dan D. Lt M Ishak telah diarahkan mengetuai 12 Platun disebabkan platun tersebut ketiadaan pegawai. Lain-lain Ketua Platun Kompeni D ialah Lt M Zainal (Ketua 10 Platun) dan Lt M Osman Chot (Ketua 11 Platun). Pegawai Pemerintah pula ialah Kapt Kassim PGB. Oleh kerana keadaan di Gubir sungguh mendesak, Kompeni D telah ditugaskan untuk detasmen di kawasan operasi Gubir. Mereka diletakkan di bawah 7 Renjer. Ketika itu, Pegawai Memerintahnya ialah mendiang Lt Kol Tony Loone. Menurut Ishak, misi mereka ialah..."Tanam Ubi" (Jerangkap Samar). Bagi menjayakan misi tersebut, operasi dilaksanakan melalui 3 Fasa...Fasa Pertama - Kompeni D diterbangkan ke LP (landing pad) marker 'YANKEE'.Fasa Kedua - Membina satu LP/FSB (forward support base) di Bukit 543 yang akan dikenali sebagai marker 'INDIA'. Fasa Ketiga - 'Tanam Ubi'.Sebelum Ishak diterbang ke LP marker INDIA, Loone memberitahu beliau tentang masalah LP tersebut. Menurutnya, pilot Nuri memberitahu beliau yang mereka menghadapi masalah untuk mengenal pasti lokasi sebenar INDIA. Justeru, Ishak diarahkan untuk mempastikan kedudukan sebenar LP berkenaan. Selepas 3 hari berada di lokasi, Ishak berjaya mengenal pasti kedudukan INDIA sebenarnya. Kesilapan 'grid reference (GR)' ini adalah punca mengapa pilot Nuri menghadapi masalah. Berlandaskan kepada bacaan peta, apabila Kompeni D bergerak dari LP marker YANKEE ke lokasi baru (INDIA), mereka telah menyeberang 6 anak sungai (streams). Secara zahirnya, memang benar mereka menyeberang anak sungai. Tetapi bukan 6...hanya 3 anak sungai! Yang 3 lagi bukannya sungai, hanya 'lurah-lurah kecil'. Air yang mengalir hanyalah air hujan, kebetulan mereka beroperasi ketika musim tengkujuh; musim panas, 'anak-anak sungai' ini akan kering. Pembetulan GR telah dimaklumkan kepada Kassim untuk tindakan selanjutnya.Lokasi YANKEE hanya lebih kurang 4 'map square (MS)' dari Bukit 543. Mereka (Kompeni D) hanya menyedari trup yang ditugaskan untuk 'Tanam Ubi' sebenarnya menuju ke MS di mana pasukan 7 Renjer dan tim pasukan Jurutera telah pun menanam Ubi. Tanpa berlengah, Kassim sendiri telah menjejak trup beliau dan mengarahkan mereka kembali ke INDIA. Tindakan Kassim mengelakkan terjadinya sebarang kecelakaan. Mulai hari itu, Ishak telah ditugaskan untuk meninjau, mengenalpasti dan memandu trup, termasuk warga Jurutera, ketika melaksanakan Tanam Ubi. Beliau berperanan sebagai seorang 'trekker' orang asli. Anggota Jurutera diketuai oleh Kapt Rahman yang tercedera terkena kapak di kakinya. Pada satu hari, ketika hampir tiba di INDIA, Ishak nyaris terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis...hanya 1 kaki jaraknya dari kaki beliau! Beliau berjaya 'mematikannya' dan membawa balik ke LP. Musuh memang sudah sedia maklum pergerakan Kompeni D ke kawasan operasi ini. Ketika membuat misi tinjauan, Ishak terlihat amaran "AWAS BOM TANAH" yang ditulis dengan cat merah di atas batu di tengah-tengah Sg Langkar. Menurut beliau '...Memang kecut perut di buatnya.' Syukur Alhamdulillah...Kompeni D 14 RAW tidak mengalami sebarang malapetaka sepanjang berada di kawasan operasi Gubir.

**kredit to CarLos Mike Lima