Satu
lagi kenangan yg tak dapat dilupakan di zaman Kominis di Gubir Kem
ialah mengenai serangan bertubi2 keatas kumpulan kecil terdiri dari
saorang pegawai ( IO ) Interligent Officer berbangsa Sikh dan beberapa
orang anggota pergi menyiasat di satu lokasi dekat kawasan gubir
juga,Serangan tersebut mengakibatkan pegawai tersebut maut tangannya
hampir putus dan terkulai oleh sebab Landrover yang dinaikinya tidak
berpintu kiri dan kanan serta Tailboard nya di buka bagi tujuan senang
melompat utk tindakan menyelamatkan diri jika di serang,dan saorang
anggota yang membawa Ferret Scout Car sebagai escort juga telah
terputus empat jarinya akibat tindakan nya menutup tingkap pemerhati
kecil pemandu dengan kuat akibatnya jari tersangkut terus terkapit serta
merta kerana pihak kominis tumpu menembak kaarah tingkap kecil tersebut
untuk membunuh pemandunya.Inilah satu sejarah hero2 kita utk menjaga
dan mengawal Negara .Tapi ahkirnya pihak kominis gagal merampas dengan
senjata ,sekarang mereka dan anak2 cucu mereka cuba merampas Negara kita
dengan cara berpolitik ,mereka gangu Raja2,perlembagaan ,agama Islam
dan lain2 perkara lagi .itu pun bangsa kita terutama lapis2 muda maseh
tak sedarkan diri asyik berfantasi gayal dengan dadah berpelesiran dan
sebagainya.
Bersambung
cerita kawan saya yg terkoyak kulit kepalanya tu,anggota2 yg dibelakang
truck dipandu nya diketahui kemudian banyak yg terkorban semasa mereka
terjun pantas keluar rupa2nya pihak kominis telah menunggu mereka terjun
keluar saja ditembak saorang demi saorang tampa dapat membalas nya
mayat mereka tesusun di bawah truck saperti ikan sardin hanya saorang
saja maseh hidup kerana dia tidak terjun keluar sahingga bantuan datang.
Pihak anggota2 dari truck yg di belakang nya terus bertindak pantas
menyerang arah bukit sebelah kiri dan kanan dengan beraninya ,pihak
kominis telah sempat lari terus katrowong jalan tikus ka Sempadan
Thailand.Anggota kita jumpa banyak kayu2 bercabang saperti lastik
dicacak utk meletak barrel senjata utk tenangan tepat, juga memjumpai
kueh Pau yang masih panas2 suam.semua mayat2 anggota telah diterbangkan
ka Sungai Patani Kem utk di sempurnakan yang sedih nya air mandian
mayat2 tersebut maseh kemerahan saperti air sirap diparit Madrasah
kem.Jika Mat Sabu melihat kejadian itu sudah tentu beliau tak berani
untuk mengeluarkan kata2 yang menghiris perasaan bekas2 anggota tentera
kita, bagi saya sampai mati pun saya tak akan sokong pihak2 pembangkang.
+Kredit kpd Tn Hj Othman Md Saat+
Menceritakan kejadian sebenar semasa beliau berkhidmat di Kem 6 BrigedSungai Petani,Kedah.
1 comment:
Boleh beri # Tuan Haji Othman. Saya nak menghubungi beliau. Terima kasih.
Post a Comment