Sabda Nabi Muhammad S.A.W, “Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga
hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya
aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api).” (Sahih
Bukhari)
Seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang
saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah
diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan
penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh
saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki
itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya tidak juga sembuh,
akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu
berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut
dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ok semua…ini adalah tip-tips membezakan madu asli dan madu tiruan.
1. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.

2. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus kerana ianya pekat. Manakala madu biasa akan terputus-putus.
3. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara
semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper
walau sekecil mana sekalipun titisan itu.
4. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam
peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai
ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di
dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.
5. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu
asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan
6. Madu asli tidak disukai semut kerana tiada kandungan gula, sedangkan madu tiruan sebaliknya.
7. Madu asli tidak mudah tembus pada kertas.
8. Akan terdapat mendapan pada dasar botol madu (gula) jika di biarkan untuk tempoh yang lama.
9. Celup kepala mancis pada madu dan cuba nyalakan. Jika menyala mancis itu maka madu tersebut adalah madu asli.
No comments:
Post a Comment