Nama Mat
Indera, salah seorang pemimpin kanan Parti Komunis Malaysia tiba-tiba menjadi
hangat selepas Timbalan Presiden PAS, Ahmad Sabu menongkah sejarah dengan
mengatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan wira yang harus dikenang.
“Dekat nak merdeka
nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati
itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan
yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia
Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins
Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit
Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan
balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum
gantung”. – Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011.
Kenyataan
Ahmad Sabu ini dibantah oleh Barisan Nasional dan Karpal Singh sendiri dan
banyak laporan polis dibuat kepada kenyataan ini.
Ini kerana
Mat Indera adalah ketua operasi komunis yang menyerang Balai Polis Bukit
Kepong. Saya terlupa samada watak Mat Indera ini ada dalam filem Bukit kepong
Arahan Tan Sri Jins Shamsudin. Siapa sebenarnya Mat Indera? Artikel ini dikutip
dari forum detikdaily yang diambil dari arkib artikel Berita Harian pada
13/12/2010.
Nama penuh:
Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela
Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di
Siak.
Memiliki
sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak,
tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang
hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai
Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan
Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat.
menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937,
dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.
Foto Mat
Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu
Melibatkan
diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan
Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmydan Ishak Haji Mohammad; Mat Indera
juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf
(API).
Mat Indera
telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada
bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia
menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga,
Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah
sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali
sebagai Bintang Tiga.
Maka Mat
Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka
sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar
inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak
beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu
Pahat dan Melaka.
Mat Indera
menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan
dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi,
seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan,
Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah
sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong
Bukit Kepong.
Mat Indera
memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah
untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam
Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah
membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh
polis.
Tragedi
Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan
dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah
tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa
kali terlepas daripada tangkapan.
Namun salah
seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk
untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang
kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju
untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi
ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam
14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan
dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang
boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah
diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka
pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.
Di katakan
tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis
Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan
semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan
Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda
Inggeris.
Mat Indera
dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang,
Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera
menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di
Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.
Antara
cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota
polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit
Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika
itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga.
Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan
Balai Polis bukit Kepong.
Manakala
menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang
dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semasa ambil air
sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri.
Peristiwa
kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa ditangkap,
apabila beliau menyentuh rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat
meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah
terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari
No comments:
Post a Comment