Prebet Adam (Antara Penjenayah Terkenal Malaysia)
Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa yang lalu.
Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca
daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang
‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab
mengangkat segala batang golf) kepada Sultan inderashahbana pada ketika itu.
Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan inderashahbana sedang bermain golf,
adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan ....
ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat
panas baran beliau, Sultan Inderashahbana ini lantas bertindak balas dengan
menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam
tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat
kejadian.
Disebabkan pada
ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka
pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang
tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka
mengamuklah dia.
Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah
mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya.
Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana
berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh
negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang
cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road
Supermarket.
Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi
dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit
kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan
di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet
adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang
penduduk Kampung Baru.
Tuan punya reban ayam tersebut yang
menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis.
Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan
diri. Dengan kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau
jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri.
Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu,
Prebet
Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia
di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan inderashahbana tersebut pula
terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak
anaknya.
Disebabkan pada ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia.
Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket.
Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru.
Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri. Dengan kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu,
Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan inderashahbana tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.
No comments:
Post a Comment