Selamat Datang

Kami menyediakan sistem pangkalan data perniagaan untuk industri ,perniagaan runcit serta cafe.
Http://Urusstok.blogspot.com

Wednesday, 31 October 2012

Penembak Tepat ataupun Sniper


Untuk bergelar sniper atau penembak tempat, seseorang anggota 69 Komando itu perlu mahir menggunakan senjata terutama PM Accuracy International. Bila berlaku situasi genting seperti penculikan dan penahanan tebusan, ia pasti memerlukan kepakaran dan kemahiran bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Bagi PDRM apa pun jua bentuk penyelesaian, ia mestilah dilakukan dengan cepat dan panta
s dan lebih penting nyawa tebusan perlulah selamat. Sehubungan itu, pasukan 69 Komando telah diberi tanggungjawab berat terutama dalam melahirkan anggota sniper.

Melalui anggota sniper inilah, situasi seperti penahanan tebusan dalam diatasi dengan berkesan. Dalam hal ini, peranan sniper sebagai penembak tepat amat penting bagi menyelesaikan sesuatu situasi. Ketika keadaan genting inilah, seseorang sniper perlu memperlihatkan kebolehan sebenarnya kerana kesilapan yg kecil bakal mengundang padah pada nyawa tebusan.

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa seseorang sniper itu sebenarnya bukan sahaja perlu mahir menembak secara tepat pada sasaran, malah setiap keputusan dan pergerakannya juga harus mengambil kira banyak faktor lain seperti keadaan sekeliling.
Ini kerana, tiupan angin yg kuat juga boleh menyebabkan tembakan yg dilepaskan tersasar.

Begitu juga halnya dengan pergerakan angin, sama ada ia datang dari arah hadapan atau belakang, mahupun dari kiri atau kanan.
Semua ini bakal menentukan arah peluru yg mungkin tersasar dari sasaran sebenar. Bila berlaku situasi sedemikian, seseorang sniper itu perlu menjadikan keadaan sekeliling seperti baju yg disidai pada ampaian dan sebagainya sebagai penunjuk keadaan serta arah angin.

Di samping itu, seseorang sniper juga perlu berada dalam keadaan tenang dan sabar sebelum sesuatu tembakan itu dilepaskan. Apa pun jua keadaannya, kejayaan seseorang sniper itu bergantung kepada kerjasama berpasukan dengan rakan2 setugas lain.

Bagi memantapkan kemahiran sebagai sniper, pasukan 69 Komando sering mengadakan latihan untuk para jurulatihnya di dengan menggunakan senjata jenis PM Accuracy International dan M16. Latihan itu bertujuan memahirkan setiap jurulatih dan ia diadakan dalam pelbagai situasi supaya setiap anggota dan pegawai benar2 bersedia terutama apabila berhadapan dengan situasi sebenar. Latihan tersebut diadakan berterusan bagi memahirkan setiap anggota dan pegawai. PM Accuracy International senjata buatan Britain itu mempunyai ketepatan walaupun pada jarak 1,000 ela.

Setiap anggota 60 Komando perlu mempamerkan disiplin yg tinggi dengan mematuhi arahan jurulatih sniper bagi menguasai kebolehan sebagai penembak tepat. Untuk bergelar seorang anggota sniper, disiplin yg tinggi amat penting. Kita tidak boleh silap langkah. Setiap arahan dan pergerakan harus dipatuhi dan diamati. Ini kerana operasi yg dijalankan melibatkan nyawa tebusan. Kita perlu mengutamakan nyawa tebusan dan orang awam.

Antara latihan diterapkan pada anggota sniper 69 Komando ialah jangan sekali2 bongkak dengan kebolehan yg dimiliki. Malah, mereka turut digalak supaya sentiasa merendah diri dan terus belajar bagi memahirkan diri.

Empat faktor utama perlu ada pada setiap anggota jika mahu menjadi bergelar sniper. Pertama, seseorang itu perlu cergas dan sihat dari segi mental dan fizikal. Ini kerana, keadaan tersebut memerlukan anggota berkenaan sentiasa bersedia pada bila2 masa termasuk dalam membuat sesuatu keputusan genting.

Faktor kedua ialah seseorang sniper itu pada asal atau semula jadinya adalah seorang penembak yg baik. Ini diikuti seseorang sniper itu hendaklah seorang penyabar dan tenang walaupun berada dalam situasi tertekan atau terdesak.

Faktor seterusnya, seseorang sniper juga adalah seorang yg pintar. Ini termasuk dalam membuat keputusan kerana situasi yg dihadapi sentiasa berubah. Kesilapan membuat keputusan, bukan sahaja bakal menggagalkan operasi menyelamat, malah boleh menyebabkan nyawa tebusan melayang.

Selain mahir menembak secara tepat, seseorang sniper turut dilatih membuka dan memasang senjata. Seseorang sniper perlu tahu mengenai senjata yg diguna. Buka hanya tahu menembak. Dia perlu tahu kelebihan dan kekurangan yg ada pada senjata itu apabila berada dalam situasi tertentu. Semua pengetahuan ini termasuk kemahiran ilmu yg berada di sekeliling seperti keadaan angin dan sebagainya perlu ada pada diri anggota sniper.

Selain itu, para jurulatih 69 Komando itu turut dilatih cara2 `stalking’ iaitu menghendap dan menyusup. Latihan stalking amat penting kerana ia melibatkan pergerakan anggota dari satu tempat ke tempat lain. Ketika stalking, seseorang sniper perlu memastikan dia tidak dilihat oleh musuh sama ada secara mata kasar atau ketika musuh menggunakan teropong.

Latihan stalking ini penting bagi membolehkan seseorang sniper menghampiri kawasan musuh sebelum tembakan boleh dilepaskan. Dalam hal ini, anggota 69 perlu memastikan pergerakan yg dibuat harus secara senyap dan tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun.

No comments: