USS THRESHER - Kapal selam berkuasa nuklear
kepunyaan Amerika Syarikat yang di tauliahkan pada tahun 1958 telah
musnah pada tahun 1963 mengorbankan 129 anak kapal di Lautan Atlantik.
Berpunca daripada keretakan injap yang
tidak tahan tekanan air laut. Kapal selam ini mampu bertahan pada
kedalaman 1000 kaki, bila ia mengalami kerosakan, enjin gagal berfungsi,
ia terus tenggelam pada 1600 kaki, seterusnya tekanan air laut yang
membuat badan kapal selam ini merekah dan pecah.
Selamat Datang
Kami menyediakan sistem pangkalan data perniagaan untuk industri ,perniagaan runcit serta cafe.
Http://Urusstok.blogspot.com
Http://Urusstok.blogspot.com
Sunday, 1 September 2013
Sunday, 21 July 2013
Kenderaan Berperisai Cougar
Kenderaan berperisai keluaran US ini beratnya 14 tan. Kelebihan Cougar ialah ia dibina untuk tahan daripada serangan IED ( Periuk api ).
Tayarnya juga tidak mudah untuk mengalami kerosakan akibat daripada serangan.
Untuk keselamatan jurutekmbak,ia menggunakan Sistem Crows.
Sistem Pertahanan Crows
Jurutembak akan berada di bahagian dalam kenderaan, tidak seperti kenderaan lain yang mana jurutembak akan berada di bahagian atas kenderaan dan terdedah kepada serangan.
Boleh di operasi bersama mesingun 50mm.
Jurumeriam hanya perlu melihat kepada skrin, sasaran boleh di zoom, boleh beroperasi pada waktu malam menggunakan night vision camera.
Friday, 19 July 2013
PASKAU
Pasukan
Khas Udara atau PASKAU merupakan sebuah pasukan elit yang diletakkan di
bawah tanggungjawab Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang biasanya
menjalankan tugas-tugas mengekang sebarang bentuk serangan dan keganasan
dari pihak musuh dan anasir-anasir luar yang melibatkan senario
rampasan pesawat-pesawat TUDM dan awam serta tawanan ke atas pengkalan
tentera udara dan lapangan terbang awam.
Pasukan ini
ditubuhkan dalam tahun 1980 selepas satu serangan oleh anasir pengganas
komunis dari Parti Komunis Malaya ke atas pangkalan TUDM Kuala Lumpur
menyebabkan kemusnahan sebuah pesawat DHC-4 Caribou pada bulan Mei 1975.
Serangan itu dilakukan oleh ejen-ejen Parti Komunis Malaya dengan
menggunakan sepucuk mortar yang dipasangkan di atas sebuah lori kecil
atas tujuan melambatkan bantuan pasukan sahabat yang sedang berada di
medan tempur. Semuanya bermula apabila sebuah lori yang tidak dikenali
melalui diluar pangkalan udara Sungai Besi, Selangor
dan berhenti di situ. Beberapa orang lelaki Cina yang disyaki ejen
komunis turun dari kenderaan dan melepaskan beberapa das tembakan mortar
ke pangkalan menyebabkan sebuah pesawat DHC-4 Caribou musnah dan
beberapa buah kemudahan TUDM rosak teruk serta mencederakan beberapa
orang petugas dipangkalan tersebut.
Atas insiden inilah, TUDM
memperkenalkan satu doktrin khusus untuk menubuhkan sebuah pasukan elit
bagi mengawal keselamatan pangkalan udara TUDM yang sebelum ini
diletakkan dibawah tanggungjawab Kor Polis Tentera Diraja. Maka dengan
secara rasminya, pada 1 April 1980, sebuah pasukan elit yang dikenali
sebagai Pasukan Pertahanan Darat dan Udara atau singkatannya HANDAU
ditubuhkan. Rejimen ini bukan sahaja mendapat latihan kerahan tenaga
daripada pasukan elit anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas (yang terdiri
daripada Komando 69 dan Unit Tindakan Khas PGK) PDRM, malahan turut
mendapat latihan khas daripada Special Air Service British dan pasukan
elit Amerika Syarikat.
Skuadron 102 HANDAU yang ditubuhkan
merupakan skuadron pertama yang mengambil alih tugas-tugas keselamatan
Pangkalan TUDM Kuala Lumpur dari Kor Polis Tentera Diraja, diikuti
dengan Penubuhan Markas Rejimen Keselamatan TUDM (MAREJ) pada 1 April
1981 sehingga tertubuhnya 10 lagi skuadron Rejimen HANDAU TUDM pada 1
Mac 1993.
CL-41G Tebuan 6 Skuadron TUDM Dan Kempen Insurgensi
Pada 16 April 1976 Skuadron Keenam telah terlibat dengan operasi iaitu OPS KOTA GUBIR untuk membuat serangan udara ke atas sasaran pengganas komunis yang telah dikenalpasti oleh pasukan Tentera Darat di sekitar sempadan Malaysia-Thailand dan ia merupakan operasi terbesar yang melibatkan pesawat Tebuan.
Semua pesawat telah dilengkapkan dengan mini-gun dan roket manakala sebahagian daripada fleet dilengkapkan dengan bom 500 Ib untuk digugurkan di kawasan musuh dan dalam misi berkenaan helikopter Alouette di terbangkan ke kawasan musuh yang bertindak sebagai Forward Air Controller (FAC) untuk memberi panduan kepada pesawat pejuang untuk membuat serangan.
Serangan bersepadu itu melibatkan pesawat pejuang F5-E, helikopter Nuri untuk mengangkut pasukan Tentera Darat ke barisan hadapan dan semua pergerakan dibuat begitu rapi mengikut jadual dan dengan cuaca yang baik sepanjang masa operasi pesawat Tebuan yang kecil dapat menyelinap dengan pantas ke kawasan musuh dan memulakan serangan dan pengeboman.
Serangan pertama pesawat Tebuan didapati tidak memberi banyak kesan untuk memberi tamparan kepada musuh kerana keadaan hutan yang tebal memberi masalah untuk memuntahkan semua senjata yang dibawa oleh pesawat pejuang Tebuan dan serangan tersebut merupakan pengalaman operasi terbesar pesawat Tebuan.
Serangan bertubi-tubi terus dilakukan dengan pertolongan helikopter Alouette yang terbang rendah memberi panduan arah serangan yang patut dilaksanakan dan laporan yang diterima pada keesokan harinya menunjukkan terdapat kesan darah tetapi pengganas komunis telah lari meninggalkan Malaysia.
Operasi pengeboman ke atas kawasan yang disyaki menjadi persembunyian pengganas komunis diteruskan oleh pesawat Tebuan pada 17 April 1976 dan hasil daripada serangan daripada udara telah memberi semangat kepada pasukan Tentera Darat untuk bergerak ke lokasi musuh dan menawan kawasan perkhemahan yang telah ditinggalkan.
Banyak lagi operasi yang dilaksanakan oleh skuadron Tebuan semasa era insurgensi komunis kali kedua iaitu setelah darurat pertama 1948-1960 berakhir itu dengan penglibatan dalam OPS INDRA, OPS CABUT, OPS NESAN, OPS BANTU SEGERA, OPS DOAYAI MUSNAH, OPS CAHAYA BENA dan OSP SELAMAT SAWADEE.

+Sumber TUDM+
SEDIKIT SEJARAH MENGENAI JET TEBUAN
Pesawat
F-86 Sabre Jet milik TUDM adalah sebahagian dari 112 buah variasi F-86
Mk.32 yang telah dibina oleh Commonwealth Aircraft Corporation (CAC)
Avon di Fishermen's Bend, Victoria, Australia di bawah lesen yang
diberikan oleh NAAC pada tahun 1954-1957. Sabre Mk. 32 menggunakan enjin
turbojet Rolls Royce/CAC Avon RA7 Mk26 yang dibina oleh CAC yang lebih
berkuasa menghasilkan 7,500 lb daya tujahan. perbezaan fizikal yang
ketara Mk. 32 dengan Sabre yang yang adalah rongga persenjataannya.
Sabre Mk. 32 menggunakan sepasang meriam Aden 30mm berbanding dengan 6 x
mesingan .50 caliber. Daya tembakan dan 'recoil' yang lebih kuat
memerlukan bahagian muncung Sabre Mk. 32 diperkukuhkan.

Sebahagian dari pesawat-pesawat ini pernah berkhidmat di Asia Tenggara
dan berpengkalan di Pengkalan Udara RAAF, Butterworth sebagai sebahagian
dari Operasi Sabre Ferry dari Disember 1958 hingga Januari 1968 dan
pernah terbang di Malaysia, Thailand dan
Singapura. Pada bulan Oktober 1969 kerajaan Australia telah
menghadiahkan sepuluh buah jet Sabre (dan dua buah 'non-flying unit'
untuk alat bantuan latihan kepada krew sokongan) kepada TUDM untuk
membentuk nuklues Squadron No. 11. Peranan squadron ini adalah untuk
pertahanan udara, serangan ke bumi dan operasi-operasi sokongan udara.
TUDM kemudiannya menambah enam buah lagi Sabre tidak lama selepas itu.
Penggunaan jet Sabre telah memperkenalkan TUDM kepada sistem latihan
menggunakan simulator penerbangan (flight simulator) dan kaedah-kaedah
operasi pesawat pejuang satu tempat duduk. Fungsi utama jet-jet Sabre
TUDM adalah untuk pertahanan udara dan ia dapat berfungsi dengan baik
dalam peranan ini dengan dibantu radar RAFF GCI dan seterusnya apabila
TUDM mula menggunakan radar S600 Marconi yang baru.
Squadron
No. 11 telah dibubarkan pada tahun 1975 dan telah digantikan dengan
pesawat supersonik Northrop F-5A dan F-5B Freedom Fighters (Freedom
Fighters ini kemudiannya dijual kepada Tentera Udara Diraja Thailand
Tuesday, 16 July 2013
Bangalore Torpedo
Bangalore topedo berbentuk selinder. Ianya mengandungi peledak serta mata pisau. Pasukan tentera menggunakan alat ini untuk memotong kawat berduri dengan mudah. Ianya telah di perbaharui supaya dapat memotong kawat berduri concrete dengan mudah .
NLOS - LS Peluru Berpandu Pemusnah
Kotak ini kalau di lihat pada luarannya tidak menampakkan bentuk seolah senjata. Tetapi didalamnya mengandungi 12 peluru berpandu yang setiap satunya boleh memusnahkan sebuah kereta kebal dari jarak 24 km. Sistem ini sangat ringan, boleh di bawa mengguanakan helikopter ataupun dengan lori. Ia di letakkan di tempat strategi,arahan tembakan boleh di buat menggunakan PDA. Bila peluru berpandu tersebut di lancarkan,ia boleh dikawal ke sasaran yang di kehendaki menggunakan GPS ataupun laser.
NLOS -LS dilancarkan dari atas trak
Keratan rentas NLOS -LAS
Teknik Serangan |
NLOS - LS |
Saturday, 13 July 2013
Serangan di Gubir Part 3
Satu
lagi kenangan yg tak dapat dilupakan di zaman Kominis di Gubir Kem
ialah mengenai serangan bertubi2 keatas kumpulan kecil terdiri dari
saorang pegawai ( IO ) Interligent Officer berbangsa Sikh dan beberapa
orang anggota pergi menyiasat di satu lokasi dekat kawasan gubir
juga,Serangan tersebut mengakibatkan pegawai tersebut maut tangannya
hampir putus dan terkulai oleh sebab Landrover yang dinaikinya tidak
berpintu kiri dan kanan serta Tailboard nya di buka bagi tujuan senang
melompat utk tindakan menyelamatkan diri jika di serang,dan saorang
anggota yang membawa Ferret Scout Car sebagai escort juga telah
terputus empat jarinya akibat tindakan nya menutup tingkap pemerhati
kecil pemandu dengan kuat akibatnya jari tersangkut terus terkapit serta
merta kerana pihak kominis tumpu menembak kaarah tingkap kecil tersebut
untuk membunuh pemandunya.Inilah satu sejarah hero2 kita utk menjaga
dan mengawal Negara .Tapi ahkirnya pihak kominis gagal merampas dengan
senjata ,sekarang mereka dan anak2 cucu mereka cuba merampas Negara kita
dengan cara berpolitik ,mereka gangu Raja2,perlembagaan ,agama Islam
dan lain2 perkara lagi .itu pun bangsa kita terutama lapis2 muda maseh
tak sedarkan diri asyik berfantasi gayal dengan dadah berpelesiran dan
sebagainya.
Bersambung cerita kawan saya yg terkoyak kulit kepalanya tu,anggota2 yg dibelakang truck dipandu nya diketahui kemudian banyak yg terkorban semasa mereka terjun pantas keluar rupa2nya pihak kominis telah menunggu mereka terjun keluar saja ditembak saorang demi saorang tampa dapat membalas nya mayat mereka tesusun di bawah truck saperti ikan sardin hanya saorang saja maseh hidup kerana dia tidak terjun keluar sahingga bantuan datang. Pihak anggota2 dari truck yg di belakang nya terus bertindak pantas menyerang arah bukit sebelah kiri dan kanan dengan beraninya ,pihak kominis telah sempat lari terus katrowong jalan tikus ka Sempadan Thailand.Anggota kita jumpa banyak kayu2 bercabang saperti lastik dicacak utk meletak barrel senjata utk tenangan tepat, juga memjumpai kueh Pau yang masih panas2 suam.semua mayat2 anggota telah diterbangkan ka Sungai Patani Kem utk di sempurnakan yang sedih nya air mandian mayat2 tersebut maseh kemerahan saperti air sirap diparit Madrasah kem.Jika Mat Sabu melihat kejadian itu sudah tentu beliau tak berani untuk mengeluarkan kata2 yang menghiris perasaan bekas2 anggota tentera kita, bagi saya sampai mati pun saya tak akan sokong pihak2 pembangkang.
+Kredit kpd Tn Hj Othman Md Saat+
Menceritakan kejadian sebenar semasa beliau berkhidmat di Kem 6 BrigedSungai Petani,Kedah.

Kapten Zainal Abdul Rashid
Pada 16 Apr 1976, semasa Ops Kota Gubir. PK telah mengenal pasti beberapa kem Pengganas Komunis (PGK) di sempadan Malaysia-Thai berhampir Gubir di Kedah dan mengepungnya. Untuk mendapat impak yang lebih besar dalam operasi tersebut, pesawat Tempur (Tebuan CL-41G) dari Skn No 6 dan Pesawat F5E dari 12 Skn TUDM turut dilibatkan dengan membuat serangan dari udara.
- Pada 15 Julai 1976, semasa Operasi Gubir II, Kapt Zainal bin Abd Rashid dari 17 RAMD gugur sebagai syahid selepas berjaya membunuh 3 orang pengganas komunis di dalam satu pertempuran sengit yang menyebabkan 6 orang daripada 15 pengganas komunis terbunuh dan berjaya merampas selaras mortar 60 mm, tujuh pucuk repal, peluru, bom dan peralatan lain. Beliau dikurniakan pingat SP pada 1 Jun 1977 dan dinaikkan ke Pangkat Mejar.
Sejarah Sintok di Kedah
Sejarah
Sintok bermula apabila ia diteroka oleh kaum Cina yang memulakan
aktiviti melombong bijih timah di kawasan itu pada awal 1900-an. Kawasan
yang menjadi tumpuan kegiatan perlombongan ialah di Sintok, Kampung
Sungai Badak dan Bukit Kachi. Hanya terdapat sejumlah kecil sahaja
pekerja Melayu dan India di kawasan tersebut.
Sintok yang terletak 12 kilometer ke timur Changlun adalah kawasan yang terpencil. Keadaan fizikalnya yang berbukit-bukau dan merupakan satu kawasan hutan rimba yang luas menyebabkan perhubungan agak sukar, keselamatan penduduk sentiasa terancam oleh pengganas komunis. Di kawasan hutan ini juga terdapat rangkaian denai yang menghubungkan selatan Thailand, Sintok, Padang Sanai di Padang Terap hingga ke Nami dalam daerah Sik dan terus ke Baling seterusnya hingga ke kawasan Hulu Perak.
Parti Komunis Malaya yang memulakan kegiatan subversif dan keganasan selepas Perang Dunia Ke-2 menggunakan keistimewaan alam semula jadi untuk bergerak cergas di kawasan Sintok yang cukup strategik sebagai pangkalan aktiviti mereka di kawasan ini yang juga menjadi pintu masuk dari Thailand ke negara ini.
Di Sintok pada masa itu terdapat sebuah balai polis. Anggota polis di balai itu berfungsi hanya sebagai pengawas kepada pelombong dan pekerja balak.
Tugas mereka hanya terhad di kawasan balai sahaja. Bilangan anggota yang kecil dan kelengkapan senjata yang lemah membuatkan mereka tidak berupaya melawan kekuatan PKM.
Dalam sejarahnya, Sintok ditutup dua kali. Kali pertama apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948 bila mana kawasan Sintok dikosongkan daripada sebarang kegiatan perlombongan dan pembalakan selama tiga tahun.
Apabila keadaan kembali aman, lombong bijih timah dibuka semula pada 1952. Penduduk yang dahulunya berpindah keluar dibenarkan pulang. Dalam masa yang singkat kawasan Sintok, Sungai Badak dan Bukit Kachi dihuni oleh hampir 3,000 orang, sebahagian besarnya berketurunan Cina. Pembukaan semula Sintok memberi kesempatan baru kepada anggota PKM. Mereka mula menyusun semula strategi keganasan dan menjadikan penduduk Sintok sebagai penyokong mereka. Balai Polis Sintok pada ketika itu berfungsi sebagai tempat membuat aduan dan mengawasi kegiatan penduduk Sintok untuk kes-kes biasa. Anggota-anggota polis memang sedar bahawa mereka sendiri adalah di bawah ancaman anggota PKM.
Apabila penduduk Sintok bertambah ramai dan PKM berjaya melakukan serangan hendap demi serangan hendap ke atas anggota keselamatan, PKM bertambah yakin bahawa mereka akan berjaya. PKM cuba menghidupkan kembali hubungan mereka dengan penduduk Sintok dengan menyebarkan berbagai-bagai propaganda.
PKM juga mengambil peluang untuk membuat dakyah dan menghasut pekerja supaya membenci kerajaan. Di samping itu mereka juga meminta supaya membekalkan makanan. Para pekerja lombong itu terpaksa melayan anggota PKM dengan baik.
Selepas 1969 PKM menjadikan peristiwa 13 Mei sebagai isu propaganda. Mereka menyatakan bahawa Kerajaan Perikatan melakukan kekejaman dan penindasan ke atas orang Cina. Mereka juga telah menyebarkan risalah komunis seperti Awakening News dan Mao's Quotation.
Setelah diteliti dari segi perkembangan kegiatan komunis dari awal maka pihak kerajaan melalui Jawatankuasa Operasi Sempadan melancarkan Operasi Semai mulai 4 Ogos 1969 dan tamat sepenuhnya pada 16 Mac 1970. Operasi tersebut bertujuan untuk memutuskan rangkaian hubungan komunis dan menghalang propaganda daripada merebak dengan meluas.
Di samping itu ia juga bagi membolehkan pihak anggota keselamatan mengadakan operasi pembersihan di kawasan Sintok. Operasi itu melibatkan pihak tentera, polis dan agensi lain yang berkaitan. Buat kali kedua penduduk Sintok diarah meninggalkan kawasan tersebut. Sebahagian mereka ditempatkan di kampung-kampung baru termasuk di Padang Lembu, Gurun, Kedah. Pekan Sintok dimusnahkan dalam erti kata dibakar dengan tujuan agar anggota komunis tidak dapat bertapak di Sintok.
© Utusan Melayu (M) Bhd-2000

Ranjau
Pengganas komunis di dalam hutan pernah membina ranjau seperti ini untuk membunuh anggota pasukan keselamatan.
Helikopter Nuri Di Tembak Jatuh
Kejadian berlaku pada 26.04.1976
Masa antara jam 10.00 - 10.30 pagi
Helikopter tersebut dalam Operasi Kota untuk memberikan bantuan makanan,peluru,peralatan serta membawa keluar seorang anggota yang tercedera.
Operasi Kota- Pasukan keselamatan membuat operasi,hasilnya terjumpa sebuah kem komunis daan telah di tawan. Sehari sebelum kejadian helikopter di tembak jatuh, seorang anggota tentera telah terkorban dan seorang lagi parah akibat terpijak jerangkap samar. Bantuan dari heli di perlukan utk mengeluarkan mayat dan menghantar anggota yg cedera serta menghantar bekalan makanan,perubatan,bekalan peralatan kpd anggota yg menjalankan operasi. Pada 26 April 1976,helikopter malang tersebut bergerak ke kawasan operasi, dan antara jam 10.00 pagi - 10.30 pagi helikopter tersebut kena ambush, helikopter tersebut cuba mengalih dari kawasan sasaran,tapi terjatuh dan terbakar. Mayat mereka hangus rentung, dan cebisan anggota berserakan di kawasan kejadian. Bantuan di hentikan, dan anggota yg ada di bawah di arah cari jalan keluar dgn serba serbi kekurangan makanan serta peluru. Mereka ( anggota yg di bawah ) di selamatkan seminggu kemudian, iaitu pada 3 Mei 1976.
Helikopter Nuri Di Tembak
Gubir Dalam Kenangan - 2
Bayangkan
jika anda bersama 60 rakan tentera bertempur dan berbalas tembakan
dengan 400 musuh dalam hutan, tentunya suatu pengalaman yang sukar
dilupakan.
Inilah yang dialami oleh Kapten Sudirman Ahmad, 49, ketika bertugas dalam Rejimen Gerak Khas (RGK) atau komando sekitar tahun 1970-an.
Pengalaman menggempur kem pengganas komunis di sebuah perkampungan kecil di sempadan Malaysia-Thailand, 24 tahun lalu, masih segar dalam ingatan Sudirman.
Ketika itu, beliau berusia 23 tahun, dan tidak dapat melupakan detik-detik cemas bersama anggota-anggotanya yang terpaksa bertarung dengan maut untuk menghapuskan musuh negara.
Sudirman yang mengetuai skuadron bersama 60 anggota komando, diarahkan ke Gubir untuk menyerang kem komunis yang terbesar di kawasan sempadan, yang dipercayai dihuni 400 pengganas komunis.
Oleh kerana perkampungan tersebut dikawal ketat oleh pihak pengganas serta dipercayai dipasang dengan 3,600 jerangkap samar, kesemua anggota pasukannya dihantar untuk menyerang kem tersebut menggunakan helikopter pada waktu malam.
Menurut beliau, segala-galanya berjalan lancar sehingga kedatangan mereka disedari pihak pengganas dan bermulalah pertempuran di antara kedua-dua pihak.
Menurutnya, pertempuran hampir setengah jam antara kedua-dua belah pihak telah mengorbankan 11 anggotanya.
''Bayangkanlah kekuatan anggota kami hanya 60 orang dan pengganas ketika itu menyerang dengan kekuatan 400 anggota.
''Namun kami tetap bertahan walaupun 11 dari kami telah terkorban,'' katanya mengingati detik-detik cemas ketika operasi di Gubir pada tahun 1974.
Bagaimanapun katanya, 22 pengganas berjaya ditewaskan dan ini menyemarakkan lagi semangat mereka untuk terus bertempur sehingga enam hari enam malam bagi melumpuhkan kekuatan pengganas, walaupun tidak mendapat sebarang bantuan pada waktu itu.
Hari seterusnya kata beliau, sebuah helikopter bersama 11 anggota tentera termasuk dua orang anggota komando menyerang dari udara tetapi malangnya kesemua mereka terkorban kerana helikopter tersebut meletup akibat serangan balas dari pengganas.
Selepas peristiwa itu katanya, mereka diarahkan berundur seketika setelah kawasan pertempuran dimusnahkan dengan tembakan meriam daripada pasukan bantuan dari luar kem.
''Kami terpaksa maju ke hadapan walaupun diarah berundur kerana tiada tempat yang selamat dan hampir kesemua kawasan dipasang jerangkap samar,'' katanya.
Beliau sendiri tercedera akibat terkena tembakan dan hampir terkena jerangkap samar tetapi nasib masih menyebelahinya dan beliau terselamat.
Akhirnya kata beliau, mereka sampai ke kawasan bukit dan berlindung di atas kawasan itu sementara menunggu bantuan datang.
Pada sebelah malam katanya, sebuah helikopter datang untuk mengeluarkan mereka dari kem tersebut dengan melakukan 14 penerbangan ulang-alik.
Tetapi katanya, 15 orang anggotanya terpaksa bertahan di atas bukit kerana pihak pengganas telah mengetahui kedatangan bantuan udara itu dan mereka terpaksa menghentikan penerbangan kerana kawasan bukit telah dikepung.
Kesemua 15 anggotanya terpaksa berundur dan melarikan diri menuju hutan dan sesat selama dua hari di situ. ''Sepanjang dua hari itu, mereka telah bertembung dan bertempur dengan pengganas beberapa kali, sebelum diberi bantuan keluar dari hutan berkenaan,'' katanya menamatkan cerita.
Kini, walaupun telah bersara beliau masih aktif dengan menganggotai Kelab Bekas Komando dan menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat di samping mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan seperjuangan.
Sumber -
© Utusan Melayu (M) Bhd -1998

Gubir - Perjuangan Semalam
Satu-satunya
jalan perhubungan dengan MARKER K- , Gubir adalah melalui udara
disebabkan kedudukannya yang jauh dipendalaman dan berada di kawasan
tanah tinggi. Maka semua anggota dan meriam diaturgerak dengan bantuan
pesawat nuri TUDM dengan diiringi sebuah pesawat bersenjata alouette
sebagai pesawat pengiring. 3 pucuk meriam M102 105mm juga diangkut
dengan cara sistem anduh bawah (under slung) oleh pesawat nuri yang ½
jam masa penerbangannya dari Markas Taktikal dari Kem Gubir, Kedah.
Sepanjang tempoh ‘Ops KOTA ECHO’ ,cuma sekali sekala ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3RAD) membuat bantuan tembakan untuk membantu pasukan sahabat yang sedang menjalani operasi di sempadan. Seperti kebiasaanya, setiap 10 hari sekali, sebuah pesawat nuri TUDM serta sebuah pesawat alouette akan terbang ke MARKER K- , Gubir untuk menghantar catuan bekalan basah dan peluru (resup) daripada Markas Taktikal di Kem Gubir, Kedah untuk anggota yang sedang menjalankan operasi.
Pada lebih kurang jam 1200hrs 16 Oktober 1978, semasa pesawat nuri mendarat di LP (Landing Point) MARKER K- , Gubir, seorang anggota ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD) (23532) Sjn Hasan b. Awang The telah memasuki ke dalam pesawat nuri untuk membantu menurunkan bekalan makanan dengan dibantu oleh anggota ‘B’ Troop, ‘C’ Bateri, Rejimen Ke-3 Meriam (3 RAD) di bawahnya. Tidak sempat pun bekalan makanan diturunkan daripada pesawat nuri, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan dari arah bukit yang bersebelahan dengan tapak pendaratan helikopter (LP). Kemudian berlakulah beberapa letupan kuat yang betul-betul di hadapan muncung pesawat nuri dan juga berhampiran dengan kedudukan meriam ‘D’ sub.
+Sumber dari Persatuan Vateran Vat69 Komando.+

Friday, 12 July 2013
Tanam Jerangkap Samar
TANAM
UBI DAN 14 RAW14 RAW telah diaturgerak ke kawasan operasi di Karangan,
Kedah. Kompeni-kompeni yang yang terlibat ialah A, B dan D. Lt M Ishak
telah diarahkan mengetuai 12 Platun disebabkan platun tersebut ketiadaan
pegawai. Lain-lain Ketua Platun Kompeni D ialah Lt M Zainal (Ketua 10
Platun) dan Lt M Osman Chot (Ketua 11 Platun). Pegawai Pemerintah pula
ialah Kapt Kassim PGB. Oleh kerana keadaan
di Gubir sungguh mendesak, Kompeni D telah ditugaskan untuk detasmen di
kawasan operasi Gubir. Mereka diletakkan di bawah 7 Renjer. Ketika itu,
Pegawai Memerintahnya ialah mendiang Lt Kol Tony Loone. Menurut Ishak,
misi mereka ialah..."Tanam Ubi" (Jerangkap Samar). Bagi menjayakan misi
tersebut, operasi dilaksanakan melalui 3 Fasa...Fasa Pertama - Kompeni D
diterbangkan ke LP (landing pad) marker 'YANKEE'.Fasa Kedua - Membina
satu LP/FSB (forward support base) di Bukit 543 yang akan dikenali
sebagai marker 'INDIA'. Fasa Ketiga - 'Tanam Ubi'.Sebelum Ishak
diterbang ke LP marker INDIA, Loone memberitahu beliau tentang masalah
LP tersebut. Menurutnya, pilot Nuri memberitahu beliau yang mereka
menghadapi masalah untuk mengenal pasti lokasi sebenar INDIA. Justeru,
Ishak diarahkan untuk mempastikan kedudukan sebenar LP berkenaan.
Selepas 3 hari berada di lokasi, Ishak berjaya mengenal pasti kedudukan
INDIA sebenarnya. Kesilapan 'grid reference (GR)' ini adalah punca
mengapa pilot Nuri menghadapi masalah. Berlandaskan kepada bacaan peta,
apabila Kompeni D bergerak dari LP marker YANKEE ke lokasi baru (INDIA),
mereka telah menyeberang 6 anak sungai (streams). Secara zahirnya,
memang benar mereka menyeberang anak sungai. Tetapi bukan 6...hanya 3
anak sungai! Yang 3 lagi bukannya sungai, hanya 'lurah-lurah kecil'. Air
yang mengalir hanyalah air hujan, kebetulan mereka beroperasi ketika
musim tengkujuh; musim panas, 'anak-anak sungai' ini akan kering.
Pembetulan GR telah dimaklumkan kepada Kassim untuk tindakan
selanjutnya.Lokasi YANKEE hanya lebih kurang 4 'map square (MS)' dari
Bukit 543. Mereka (Kompeni D) hanya menyedari trup yang ditugaskan untuk
'Tanam Ubi' sebenarnya menuju ke MS di mana pasukan 7 Renjer dan tim
pasukan Jurutera telah pun menanam Ubi. Tanpa berlengah, Kassim sendiri
telah menjejak trup beliau dan mengarahkan mereka kembali ke INDIA.
Tindakan Kassim mengelakkan terjadinya sebarang kecelakaan. Mulai hari
itu, Ishak telah ditugaskan untuk meninjau, mengenalpasti dan memandu
trup, termasuk warga Jurutera, ketika melaksanakan Tanam Ubi. Beliau
berperanan sebagai seorang 'trekker' orang asli. Anggota Jurutera
diketuai oleh Kapt Rahman yang tercedera terkena kapak di kakinya. Pada
satu hari, ketika hampir tiba di INDIA, Ishak nyaris terpijak jerangkap
samar yang dipasang oleh pengganas komunis...hanya 1 kaki jaraknya dari
kaki beliau! Beliau berjaya 'mematikannya' dan membawa balik ke LP.
Musuh memang sudah sedia maklum pergerakan Kompeni D ke kawasan operasi
ini. Ketika membuat misi tinjauan, Ishak terlihat amaran "AWAS BOM
TANAH" yang ditulis dengan cat merah di atas batu di tengah-tengah Sg
Langkar. Menurut beliau '...Memang kecut perut di buatnya.' Syukur
Alhamdulillah...Kompeni D 14 RAW tidak mengalami sebarang malapetaka
sepanjang berada di kawasan operasi Gubir.
**kredit to CarLos Mike Lima
**kredit to CarLos Mike Lima
Tuesday, 12 February 2013
Bersabung Nyawa Menentang Komunis
Kemerdekaan membawa seribu satu makna kepada setiap insan. Ada yang menyifatkan ia sebagai berakhirnya episod penjajahan dan penghinaan kepada bangsa.
Ada juga yang menyifatkan sebagai saat pembebasan kepada apa yang telah membelenggu kehidupan mereka sebelum ini.
Bagi mereka yang cetek semangat dan pengetahuan, kemerdekaan hanyalah satu hari bercuti dan berehat, sama seperti hari cuti lain.
Itu antara makna yang diketahui umum tentang kemerdekaan.
Namun bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam memastikan saat yang diraikan itu menjadi kenyataan, kemerdekaan bukan sekadar kebebasan semata-mata.
Makna yang tersirat di sebalik kemerdekaan itu terlalu besar dan bermakna.
Kemerdekaan bagi mereka adalah satu pengorbanan dan maruah bangsa. Kerana merdeka, nyawa sanggup dipertaruhkan. Kerana merdeka keluarga dan harta sanggup ditinggalkan.
Oleh itu, tidak menghairankan bagi mereka yang menyaksikan keperitan memperjuangkan kemerdekaan, makna hari keramat itu cukup besar dan bermakna buat mereka.
Bagi bekas anggota tentera, Lans Koperal Mohd. Isman Jumingan, 55, Hari Kemerdekaan akan mengingatkan beliau kepada satu peristiwa yang hampir meragut nyawanya.
Peristiwa yang berlaku pada 27 Julai 1969 di sebuah kawasan berhampiran Sungai Badak dalam wilayah Sintok, meninggalkan kesan mendalam kepadanya.
Peristiwa
"Selagi parut di perut ini masih kelihatan, selagi itulah keperitan dalam memerdekakan tanah air daripada ancaman pengganas komunis tidak akan luput dari ingatan," tegasnya ketika ditemui di kediamannya di Padang Balang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau mempunyai alasan tersendiri untuk berasa marah dan geram terhadap insiden itu.
Selain dirinya cedera, beliau juga kehilangan enam rakan sepasukan yang gugur ketika dalam serang hendap itu.
Menyorot kembali peristiwa itu, Mohd. Isman berkata, kejadian berlaku semasa beliau berkhidmat dengan Batalion Ke-4, Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD).
Beliau bersama tujuh anggota yang diketuai oleh Koperal Ahmad Hussain (Allahyarham) dari Kompeni A ditugaskan membuat rondaan menjejaki pengganas komunis di kawasan lombong bijih Sungai Badak, Sintok, Kedah.
"Kami yang bertugas di Bukit Kayu Hitam ketika itu telah diarah menyusuri gerak pengganas pada kira-kira pukul 7 pagi di hutan Sintok selepas mendapat laporan seorang wanita Cina mati dibunuh," kata Mohd. Isman.
Kira-kira pukul 2 petang, pasukan itu bergerak kembali ke markas sementara yang terletak tidak jauh dari perkampungan Sungai Badak.
Merasai ada sesuatu yang tidak kena, ketua platun, Ahmad Husin mengarahkan mereka bergerak dalam posisi berjaga-jaga dan menjarakkan kedudukan di antara satu sama lain.
Setibanya di jambatan yang merintangi Sungai Badak, suasana menjadi senyap secara tiba-tiba.
Sebaik dua anggota (Allahyarham Prebet Khalid dan Mohd. Isman) melintasi jambatan itu, satu das tembakan kedengaran memecah kedamaian petang itu.
Ia kemudiannya disusuli tembakan bertalu-talu dari arah depan dan belakang tebing bukit termasuk di seberang sungai.
Menurut Mohd. Isman, tembakan pertama mengena Khalid.
"Saya melihat Khalid jatuh sambil cuba membalas tembakan. Pada masa sama kami juga cuba membalas tembakan itu. Tetapi tembakan dari atas bukit itu terlalu banyak dan semuanya berlaku dengan pantas," ceritanya.
Menurut Mohd. Isman, tidak lama selepas melihat Khalid jatuh, satu das tembakan terasa menembusi perut sebelah kirinya.
Terbujur
"Terasa pedih yang amat sekali. Tembakan itu juga menyebabkan saya terpelanting ke belakang. Oleh kerana saya berada di tepi tebing sungai maka saya terus terjatuh dalam sungai.
"Selepas itu saya tidak nampak apa yang berlaku di atas jambatan. Saya berselindung di tebing sungai sepanjang malam sebelum keluar pada keesokan paginya.
"Apabila saya keluar dan merangkak naik semula ke atas tebing saya melihat empat mayat terbujur atas jalan.
"Dua rakan lain yang masih hidup cuba untuk mengalihkan mayat tersebut namun sebaik sahaja mayat itu diangkat satu letupan kuat berlaku sehingga mengorbankan kedua-duanya," cerita Mohd. Isman lagi.
Pasukan bantuan sampai pada pukul 12 tengah hari dan Mohd. Isman kemudiannya dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Beliau kembali ke Kem Majidee, Johor Bahru apabila unit 4 RAMD yang ditugaskan di utara Semenanjung diarah kembali ke markas pusat batalion berkenaan di Johor.
Perasaan Mohd. Isman bertambah terharu apabila beliau berkesempatan melawat semula ke Sungai Badak baru-baru ini, tempat beliau dan rakannya diserang hendap oleh pengganas komunis.
Lawatan itu dianjurkan sempena sambutan Hari Patriotik Universiti Utara Malaysia.
Sementara itu seorang lagi bekas anggota tentera, Pegawai Waran II, S. Rajagopal mempunyai pengalaman tersendiri dalam menyahut seruan menentang ancaman pengganas komunis.
Beliau tidak dapat menyembunyikan kesedihannya apabila kehilangan beberapa rakan dalam pasukan Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja 8.
Ini termasuklah dua sahabat karib yang bertindak sebagai 'buddy' beliau dalam operasi itu.
"Kematian berpuluh-puluh pengganas komunis hanya perkara 'kecil' jika dibandingkan dengan kehilangan walaupun seorang anggota tentera," ujarnya.
Mejar (B) Kamaruddin Mohd. Jamal pula pernah menyaksikan seorang anggota menghembus nafas terakhir ketika dalam pangkuannya.
Kejadian di hutan Pradin, Pontian, Johor itu berlaku selepas platun yang diketuai Kamaruddin diserang hendap Tentera Nasional Indonesia (TNI) ketika konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1964-1966.
Monday, 11 February 2013
Keganasan Komunis Di Johor
Kisah
keganasan dan kekejaman komunis di Tanah Melayu banyak tercatat dalam
nota dan buku sejarah. Sebahagiannya sudah lama diketahui umum semetara
sebahagian lagi mungkin belum diketahui, terutama mengenai kisah-kisah
kecil yang tidak melibatkan mangsa yang ramai.
Walauapapun, cerita-cerita ini perlu diketengahkan kerana daripadanya kita boleh melihat dan menilai siapa sebenarnya kumpulan manusia yang digelar komunis ini. Bukan sedikit kemusnahan yang mereka lakukan samada terhadap nyawa atau harta benda. Dan bukan sedikit mangsa yang terpaksa menderita akibat perbuatan mereka.
Di Johor, dalam tempoh sebelum, semasa dan selepas darurat, pengganas komunis banyak melakukan keganasan terhadap orang awam yang sebahagian besarnya adalah orang Melayu.
BATU PAHAT : MUKIM 6 & 7
Cikgu Jumain dari Kampung Seri Mendapat ditangkap di pasar kampung berdekatan dengan sekolah kebangsaan yang ada sekarang. Orang kampung yang ada di pasar ketika itu nampak Jumain dimasukkan ke dalam guni dan dibawa dari situ. Sehingga hari ini mayatnya tidak ditemui dan tiada siapa tahu di mana kuburnya.
Selain Jumain, beberapa orang lagi antaranya Idau, Sidik, Haji Ahmad dan Raden Berewok menerima nasib yang sama. Selepas itu, seorang demi seorang penduduk kampung hilang tanpa dikesan.
Apabila ketua komunis Melayu yang dikenali sebagai Sahran dari Kampung Parit Tabur belot, rumah-rumah orang Melayu serta kepuk padi di kampung itu dibakar oleh komunis bagi membalas dendam. Dalam kejadian itu, ada penduduk yang sempat menyelamatkan diri dan ada yang terdampar menjadi mayat.
Yang dapat melarikan diri bersembunyi di parit di kebun-kebun getah dengan tidak makan minum selama beberapa hari. Antara yang terselamat ialah Haji Kadri, tetapi anak dan isterinya tidak ditemui.
Pada 11 Mei 1945, apabila Haji Darmo mendengar bunyi tembakan berkali-kali dari arah laut, dia terus mengetuk kentung surau didepan rumahnya. Mendengar bunyi ketukan kentung itu, orang kampung keluar beramai-ramai dan berkumpul di surau.
Pada waktu itu, penduduk hanya berfikir kalau maju mati. Kalau undur pun mati. Jadi penduduk ambil keputusan untuk maju. Tetapi apabila mendapati kumpulan komunis terlalu ramai, orang kampung yang berkumpul di surau lari menyembunyikan diri di kebun-kebun di sekitar suaru.
Kumpulan komunis cukup ramai, lebih seratus orang termasuk kanak-kanak.. Mereka bersorak-sorak sambil membawa lembing dan senapang. Sambil berjalan, mereka membakar rumah-rumah orang kampung. Apabila kumpulan komunis sudah meninggalkan kampung, orang-orang kampung keluar untuk melihat rumah-rumah yang dibakar.
Sampai sahaja di rumah Haji Kadir, Haji Darmo nampak mayat yang sudah hangus. Lebih kurang tujuh mayat semuanya, termasuk mayat dua wanita yang tersorok di bawah katil besi. Di rumah sebelah pula, mayat seorang orang tua terselit di celah pokok pisang. Di belakang badannya ada kesan tikaman lembing. Di rumah-rumah lain juga terdapat mayat-mayat yang sudah hangus.
Mayat Haji Anuar dijumpai dalam keadaan tertiarap dan agak jauh dari rumahnya. Kemungkinan besar, arwah mati ditembak ketika melarikan diri. Mayat Wak MOr dan Miti Arab mungkin dibunuh ketika sedang menumbuk tepung atau padi.
Tidak jauh dari situ, kelihatan ayat Naib Parit Yaani iaitu Hasan Yaani. Di seberang parit, mayat Wak Dollah Sajat dengan kakinya termasuk ke dalam mesing pengisar getah.
KOTA TINGGI
Balai Polis Kambau terletak di sebuah mukim terpencil di sebelah utara Sedili dan terdiri daripada tujuh orang anggota Polis.
Pada kira-kira jam 4 pagi 23 Mac 1953, segerombolan pengganas komuis memutuskan talian telefon yang menghubungkan Balai Polis Kambau dengan Ibu Pejabat Polis JOhor Bahru. Apabila ia disedari oleh anggota Polis di balai itu, mereka tahu ia adalah perbuatan khianat yang bertujuan jahat ke atas balai polis berkenaan. salah seorang anggota, dengan dikawal oleh enam anggota lain, memberanikan diri memanjat tiang telefon dan berjaya menyambungnya semula. Sebaik talian disambung mereka menghubungi Ibu Pejabat Polis Johor Bahru untuk mendapatkan bantuan.
Kira-kira 30 minit kemudian, sebuah helikopter yang membawa lapan anggota tentera tiba dan mendarat di hadapan Balai Polis Kambau. Polis dan tentera berjaya mengusir gerombolan pengganas komunis itu dan tiada anggota pasukan keselamatan yang terbunuh dan tercedera.
Pada tahun 1954, pengganas komunis di Kota Tinggi melakukan serangan di estet Guntung Tiga. Mereka meletakkan buluh-buluh runcing sebagai ranjau di sebuah tempat berhampiran kawasan paya dan menjadikan bukit berhampiran sebagai tempat bersembunyi. Dalam serangan selama tiga jam itu, lima annggota polis yang berkawal disitu terkorban dan tujuh luka parah.
Salah seorang anggota polis yang terkorban ialah Sarjan Tahir Zaini yang dibunuh dengan dipukul tengkuknya dengan senapang. Sebelum serangan itu, di estet yang sama pengganas komunis menembak mati seorang pengururs estet berbangsa Jerman. Tindakan mereka adalah untuk melumpuhkan kegiatan ekonomi dalam bidang pertanian dan perlombongan dan seterusnya memaksa warga Eropah meninggalkan Tanah Melayu.
Selain kejadian yang berlaku di estet berkenaan, pengganas komunis juga membakar beberapa ladang getah di Kota Tinggi dan menakik-nakik ratusan pokok getah dengan tujuan melumpuhkan kegiatan ekonomi dan menakut-nakutkan pekerja ladang.
Pada 13 Mac 1955, pengganas komunis menembak mati pengurus Estet Pengerang K.D. Paul ketika beliau melawat Estet Santi, Kota Tinggi. Sama seperti yang berlaku di tempat-tempat lain, pembunuhan K.D.Paul juga bertujuan mensabotaj ekonomi Tanah Melayu dan mengambil peluang daripada ketidakstabilan itu.
Pada bulan September 1951, pengganas komunis menyerang Kampung Baru Mawai dan membunuh empat penduduk kampung. Mereka turut merosakkan alat-alat keselamatan di kawasan berkenaan. Dalam serangan itu, harta benda di kampung berkenaan rosak termasuk pagar berduri sepanjang 50 rantai.
Seorang inspektor polis, Ibrahim Duhadi ditembak mati oleh pengganas komunis di Jalan Mawai ketika beliau dalam perjalanan ke Mawai Baru. Tempat kejadian dikelilingi oleh hutan.
Kejadian pengganas komunis menyerang hendap kerap berlaku pada waktu itu. Di Kota Tinggi, salah seorang yang pernah diserang hendap ialah Mustaffa Abu Bakar. Ketika itu dia dalam perjalanan menaiki teksi ke Mersing. Di pertengahan jalan dia ditahan oleh segerombolan komunis yang mengacukan pistol kepadanya untuk meminta makanan. Bagaimanapun, Mustaffa terselamat apabila pengganas komunis mendapati dia memang tidak membawa makanan.
Pada tahun 1954, seorang anggota Polis bernama Koperal Mat ditembak oleh pengganas komunis ketika dalam perjalanan mengiringi polis untuk mengambil makanan di Linggiu. Bagaimanapun, Koperal Mat hanya mengalami cedera ringan.
Dalam tempoh peralihan kuasa iaitu antara pengunduran tentera Jepun dan kedatangan Inggeris, berlaku kekosongan pemerintahan selama seminggu. Di Kota Tinggi, ketua komunis di situ iaitu Lok Heng dikatakan mengambil alih pemerintahan daerah itu dalam tempoh berkenaan.
Ketika itu, komunis banyak melakukan kekejaman khususnya terhadap orang Melayu termasuk merendam mangsa dalam kolam najis.

Sunday, 10 February 2013
Gerila 1948
Semasa
darurat terdapat seorang Ketua Gerila Melayu yang berjuang menentang
Inggeris melalui parti komunis yang diharamkan. Beliau dikenali sabagai
Wan Ali berjuang disekitar kawasan Jerantut dan Kuala Lipis. Pasukan
Askar Melayu berkhidmat di negeri Pahang pada masa itu sangat mengenali
gerila komunis tersebut.
Apa yang menarik Wan Ali mempunyai ilmu batin yang sangat tinggi ia boleh menurunkan hujan panas atau hujan lebat apabila beliau menjangka akan berlaku pertempuran atau pasukannya sedang dikepung oleh Askar Melayu. Dalam satu kejadian serang hendap yang dilakukan oleh sepuluh anggota Askar Melayu dari Batalion Kedua Kompeni Charlie yang dipimpin oleh Kpl Andan Ibrahim di Ulu Cheka, Jerantut Pada bulan Sep 1948, tiga penganas gerila melayu berjaya ditangkap dalam pertempuran itu, seramai 14 orang telah terbunuh dan Wan Ali sendiri tercedera.
Pada asalnya kedatangan satu seksyen Askar Melayu pimpinan Kpl Adnan ke kampung Ulu Cheka untuk mengiring jurugambar bagi membuat kad pengenalan. Apabila Kpl Adnan mengetahui Wan Ali merancang menyerang kampung Hulu Cheka pada waktu subuh beliau bersama penduduk kampung melakukan serang hendap dijalan masuk. Penduduk kampong bersenjatakan parang dan keris berjaya menyelamatkan kampung dari serangan Wan Ali. Selepas itu Wan Ali telah menganas di sekitar kampong pendalaman di Jerantut pihak tentera Inggeris dan Askar Gurkha cuba menangkap hidup atau pun mati tetapi tidak berjaya.
Wan Ali merasa dirinya kuat beliau mula berlagak sombong dan bongkak memberitahu penduduk kampong bahawa tidak ada biji mata yang berani menentangnya. Kemuncak keganasan beliau apabila dengan kejam membunuh ketua kampong Pulau Tawar yang merupakan bapa saudaranya sendiri, dihadapan isterinya serta penduduk kampong.
Selepas pembunuhan itu satu platun askar melayu yang diketuai Lt M Syed Muhamad Al-Sagoff telah datang dari Jerantut untuk memburu kumpulan gerila komunis Melayu. Sebelum memula operasi beliau didatangi oleh seorang penduduk kampong yang juga seorang pengawal kampung yang meminta supaya Lt M Syed Muhamad Al-Sagoff tidak melakukan sebarang operasi di hutan sekitar Pulau Tawar kerana takut Wan Ali dan kumpulan gerila komunis melayu bertambah ganas ke atas orang kampung. Pengawal kampung tersebut merupakan seorang anggota polis pencen meminta tempoh seminggu untuk membunuh Wan Ali. Selepas seminggu Lt M Syed didatangi oleh penduduk kampung yang memberitahu Wan Ali sudah mati dibunuh.
Kematian Wan Ali mengembirakan Inggeris dan mayatnya telah diarak mengeliling Bandar Jerantut sebelum dibawa ke Kuala Lipis. Walaupun Wan Ali takbur dan kejam kebanyakan penduduk Jerantut tidak menyukai perbuatan Inggeris yang dianggap tidak menghormati mayat orang Islam.
Sejarah telah mencatatkan gerila komunis itu dibunuh oleh Askar Melayu tetapi hakikatnya ianya dibunuh oleh pengawal kampung yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Sejarah tanah air banyak membuktikan bahawa ramai pejuang melayu termasuk pemimpin gerila komunis yang dianggap kebal ataupun mempunyai ilmu batin yang tinggi telah dapat ditumpaskan atau dibunuh bukan dengan peluru atau senjata yang dibekalkan oleh Inggeris tetapi sebaliknya oleh ilmu kebatinan yang dimiliki oleh orang melayu juga.
Rujuk: BTDM siri 139 Jun 2005

Sunday, 20 January 2013
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
- hadiah istimewa saya untuk orang melayu muslim...
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Subscribe to:
Posts (Atom)