Selamat Datang

Kami menyediakan sistem pangkalan data perniagaan untuk industri ,perniagaan runcit serta cafe.
Http://Urusstok.blogspot.com

Tuesday 27 November 2012

Paskal Menewaskan Lanun Somalia.

Kejayaan Komando TLDM (PASKAL) mengatasi lanun Somalia

Pasukan elit tentera laut kita, Paskal kini berada dalam rangking pasukan khas yang terbaik di dunia apabila kejayaan pasukan itu menawan kembali kapal MT Bunga Laurel hangat diperkatakan.

RENTETAN OPERASI MENYELAMAT PASKAL

* Pada pukul 11.37 malam (waktu Malaysia), Pusat laporan kecemasan milik Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) menerima siaran radio kecemasan dari kapal dagang miliknya, MT Bunga Laurel. Petugas di dalam bilik pusat itu cuba menghubungi kapal MT Bunga Laurel tetapi gagal kerana tidak ada respons.

* Kapal Bunga Mas 5 (yang ada pasukan Paskal) menghubungi pusat laporan kecemasan MISC pada pukul 11.40 malam dan menyatakan bahawa MT Bunga Laurel sedang ditawan lanun, kapal itu turut melihat sebuah kapal induk lanun berada di kawasan berhampiran.

* Kesemua 23 orang anak kapal bersembunyi dalam bilik enjin, semua lampu dipadam dan engin dimatikan, lanun cuba memasuki bilik enjin tetapi gagal.

* Komando Paskal kemudian disediakan dalam dua pasukan dan mereka menyerbu dalam dua buah bot dari kapal Bunga Mas 5 yang terletak kira-kira 29.5 kilometer dari MT Bunga Laurel, operasi bermula jam 1.20 pagi.

* Pada masa yang sama, sebuah helikopter Fennec dilepaskan untuk mengumpul maklumat dan bantuan tembakan.

* Berlaku tembakan dari lanun yang berada di atas dek kapal MT Bunga Laurel, anggota penembak hendap (sniper) dari helikopter Fennec membalas tembakan.

* Lanun dari kapal induk cuba menghampiri kapal MT Bunga Laurel untuk memberi bantuan tetapi digagalkan oleh pasukan Paskal dalam helikopter Fennec.

* Kapal Bunga Mas 5 yang meningkatkan kelajuan ke arah kapal MT Bunga Laurel turut memberi bantuan tembakan, lanun akhirnya menghubungi kapal Bunga Mas 5 untuk menyerah diri.

Peristiwa2 Lain

* Laksamana tentera laut Thailand iaitu Chaiyot Sundaranaga pernah memberi kenyataan bahawa beliau kesal kerana tentera lautnya gagal membebaskan rakyat Thailand yang ditawan yang berada di atas kapal kargo MV Thor Nexus. Laksamana itu berkata demikian selepas menyambut kepulangan anak kapal perang HTMS Similan and HTMS Pattani. Kegagalan ini disebabkan syarikat pemilik kapal terbabit meminta tentera laut Thailand menarik balik misi menyelamat mereka. Akbat kebodohan syarikat itu, anak-anak kapal Siam yang ditawan ini terus tidak dibebaskan.

* Kapal penyiaran dari United Kingdom, The Spirit of Adventure berjaya menewaskan lanun Somalia dengan senjata Sonic (sistem bunyi yang menyebabkan telinga sakit) dalam insiden pada awal bulan ini.

* Komander tentera laut NATO Michiel Hijmans yang mengetuai Operasi Perisai Lautan (operasi untuk isu lanun Somalia ini) pernah membuat kenyataan demikian, penggunaan kapal induk oleh lanun Somalia menyukarkan lagi misi menyelamat oleh tentera laut ke atas kapal yang ditawan (nampaknya komodor ini terpaksa menarik kenyataan itu semula kerana Paskal sudah pun membuktikan keupayaan mereka.

* YANG MENARIKNYA, PASKAL TIDAK MENERIMA BANTUAN NAT0 BERBANDING OPERASI KOMANDO KOREA SELATAN YANG MENDAPATKAN BANTUAN DARI KAPAL PERANG AMERIKA SYARIKAT DAN HELIKOPTER LYNX DARI PASUKAN ANTI LANUN NATO.

No comments: