Selamat Datang

Kami menyediakan sistem pangkalan data perniagaan untuk industri ,perniagaan runcit serta cafe.
Http://Urusstok.blogspot.com

Friday 19 July 2013


CL-41G Tebuan 6 Skuadron TUDM Dan Kempen Insurgensi

Pada 16 April 1976 Skuadron Keenam telah terlibat dengan operasi iaitu OPS KOTA GUBIR untuk membuat serangan udara ke atas sasaran pengganas komunis yang telah dikenalpasti oleh pasukan Tentera Darat di sekitar sempadan Malaysia-Thailand dan ia merupakan operasi terbesar yang melibatkan pesawat Tebuan.

Semua pesawat telah dilengkapkan dengan mini-gun dan roket manakala sebahagian daripada fleet dilengkapkan dengan bom 500 Ib untuk digugurkan di kawasan musuh dan dalam misi berkenaan helikopter Alouette di terbangkan ke kawasan musuh yang bertindak sebagai Forward Air Controller (FAC) untuk memberi panduan kepada pesawat pejuang untuk membuat serangan.

Serangan bersepadu itu melibatkan pesawat pejuang F5-E, helikopter Nuri untuk mengangkut pasukan Tentera Darat ke barisan hadapan dan semua pergerakan dibuat begitu rapi mengikut jadual dan dengan cuaca yang baik sepanjang masa operasi pesawat Tebuan yang kecil dapat menyelinap dengan pantas ke kawasan musuh dan memulakan serangan dan pengeboman.

Serangan pertama pesawat Tebuan didapati tidak memberi banyak kesan untuk memberi tamparan kepada musuh kerana keadaan hutan yang tebal memberi masalah untuk memuntahkan semua senjata yang dibawa oleh pesawat pejuang Tebuan dan serangan tersebut merupakan pengalaman operasi terbesar pesawat Tebuan.

Serangan bertubi-tubi terus dilakukan dengan pertolongan helikopter Alouette yang terbang rendah memberi panduan arah serangan yang patut dilaksanakan dan laporan yang diterima pada keesokan harinya menunjukkan terdapat kesan darah tetapi pengganas komunis telah lari meninggalkan Malaysia.

Operasi pengeboman ke atas kawasan yang disyaki menjadi persembunyian pengganas komunis diteruskan oleh pesawat Tebuan pada 17 April 1976 dan hasil daripada serangan daripada udara telah memberi semangat kepada pasukan Tentera Darat untuk bergerak ke lokasi musuh dan menawan kawasan perkhemahan yang telah ditinggalkan.

Banyak lagi operasi yang dilaksanakan oleh skuadron Tebuan semasa era insurgensi komunis kali kedua iaitu setelah darurat pertama 1948-1960 berakhir itu dengan penglibatan dalam OPS INDRA, OPS CABUT, OPS NESAN, OPS BANTU SEGERA, OPS DOAYAI MUSNAH, OPS CAHAYA BENA dan OSP SELAMAT SAWADEE.
+Sumber TUDM+

SEDIKIT SEJARAH MENGENAI JET TEBUAN

Pesawat F-86 Sabre Jet milik TUDM adalah sebahagian dari 112 buah variasi F-86 Mk.32 yang telah dibina oleh Commonwealth Aircraft Corporation (CAC) Avon di Fishermen's Bend, Victoria, Australia di bawah lesen yang diberikan oleh NAAC pada tahun 1954-1957. Sabre Mk. 32 menggunakan enjin turbojet Rolls Royce/CAC Avon RA7 Mk26 yang dibina oleh CAC yang lebih berkuasa menghasilkan 7,500 lb daya tujahan. perbezaan fizikal yang ketara Mk. 32 dengan Sabre yang yang adalah rongga persenjataannya. Sabre Mk. 32 menggunakan sepasang meriam Aden 30mm berbanding dengan 6 x mesingan .50 caliber. Daya tembakan dan 'recoil' yang lebih kuat memerlukan bahagian muncung Sabre Mk. 32 diperkukuhkan.

Sebahagian dari pesawat-pesawat ini pernah berkhidmat di Asia Tenggara dan berpengkalan di Pengkalan Udara RAAF, Butterworth sebagai sebahagian dari Operasi Sabre Ferry dari Disember 1958 hingga Januari 1968 dan pernah terbang di Malaysia, Thailand dan Singapura. Pada bulan Oktober 1969 kerajaan Australia telah menghadiahkan sepuluh buah jet Sabre (dan dua buah 'non-flying unit' untuk alat bantuan latihan kepada krew sokongan) kepada TUDM untuk membentuk nuklues Squadron No. 11. Peranan squadron ini adalah untuk pertahanan udara, serangan ke bumi dan operasi-operasi sokongan udara. TUDM kemudiannya menambah enam buah lagi Sabre tidak lama selepas itu. Penggunaan jet Sabre telah memperkenalkan TUDM kepada sistem latihan menggunakan simulator penerbangan (flight simulator) dan kaedah-kaedah operasi pesawat pejuang satu tempat duduk. Fungsi utama jet-jet Sabre TUDM adalah untuk pertahanan udara dan ia dapat berfungsi dengan baik dalam peranan ini dengan dibantu radar RAFF GCI dan seterusnya apabila TUDM mula menggunakan radar S600 Marconi yang baru.

Squadron No. 11 telah dibubarkan pada tahun 1975 dan telah digantikan dengan pesawat supersonik Northrop F-5A dan F-5B Freedom Fighters (Freedom Fighters ini kemudiannya dijual kepada Tentera Udara Diraja Thailand

No comments: