Selamat Datang

Kami menyediakan sistem pangkalan data perniagaan untuk industri ,perniagaan runcit serta cafe.
Http://Urusstok.blogspot.com

Sunday 14 September 2008

Peribahasa

Beberapa peribahasa lama Melayu yang boleh difikir - fikir semula
1. Tiada angin masakan pohon bergoyang
- Pohon boleh bergoyang tanpa angin sebab mungkin ada kera, monyet,berok, musang ataupun orang di atas pokok. Boleh jadi juga ada kipas angin besar yang bertiup.
2. Tepuk sebelah tangan tidak berbunyi
- Tepuk sebelah tangan sebenarnya boleh berbunyi. Contohnya tepuk kompang. Mana ada orang tepuk kompang dengan kedua belah tangan. Tepuk punggung pun boleh berbunyi dengan sebelah tangan.
3. Air dicincang tiada putus.
- Air dicincang boleh putus. Masukan air dalam peti sejuk. Keluarkan selepas ia jadi air batu dan cincangla selepas ia keras.
4. Kuah tumpah ke mana kalau tak ke nasi
- Kuah tidak hanya tertumpah ke nasi sahaja, kuah boleh tumpah ke roti canai, mee rebus, mee hailam, laksa dan sebagainya.

Fikir - fikirkan