Selamat Datang

Kami menyediakan sistem pangkalan data perniagaan untuk industri ,perniagaan runcit serta cafe.
Http://Urusstok.blogspot.com

Thursday, 25 October 2012

Kisah Mat Indera



Nama Mat Indera, salah seorang pemimpin kanan Parti Komunis Malaysia tiba-tiba menjadi hangat selepas Timbalan Presiden PAS, Ahmad Sabu menongkah sejarah dengan mengatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan wira yang harus dikenang.
“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung”. – Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011.
Kenyataan Ahmad Sabu ini dibantah oleh Barisan Nasional dan Karpal Singh sendiri dan banyak laporan polis dibuat kepada kenyataan ini.
Ini kerana Mat Indera adalah ketua operasi komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Saya terlupa samada watak Mat Indera ini ada dalam filem Bukit kepong Arahan Tan Sri Jins Shamsudin. Siapa sebenarnya Mat Indera? Artikel ini dikutip dari forum detikdaily yang diambil dari arkib artikel Berita Harian pada 13/12/2010.


Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak.
Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.


Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu
Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmydan Ishak Haji Mohammad; Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga.

Maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.


Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.
Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.
Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

 Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.
Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.
Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semasa ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri.
Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa ditangkap, apabila beliau menyentuh rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari

Jenis Sihir Dan Perawatannya



Jenis-Jenis Sihir Dalam Masyarakat Melayu

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan. Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
  1. Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
  2. Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
  3. Polong : Bagi menghisap darah mangsa
  4. Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain. Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini, syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.


Cara Mengatasi Gejala Sihir

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembuh sihir. Malah Nabi Muhammad S.A.W. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-

1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286


Saka ( Keturunan )

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah S.W.T. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah, Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah S.W.T. Insya Allah....
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pijar (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah S.W.T. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujaraban


Muat turun Rukyah Syar - Format MP3 - Sesuai dipasang dirumah ataupun di dalam kenderaan.

KLIK MUAT TURUN 

Wednesday, 24 October 2012

Botak Chin Penjenayah Terkenal

Pada 22 November 1975 ketika malam mula berlabuh sekumpulan lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah kereta Datsun hijau. Sebaik enjin dihidupkan, mereka memandu menyusuri jalan penuh liku di ibu kota Kuala Lumpur. Perjalanan mereka pada malam itu hanya untuk satu tujuan ‘gila’. Daripada situlah bermulanya satu kisah besar dalam sejarah negara dicatatkan.
Sasaran
mereka adalah sebuah kereta dinaiki pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam. Sebaik menjumpai kereta dinaiki pegawai polis itu, mereka mengekori rapat sambil mengintip peluang yg sesuai untuk melaksanakan tindakan mereka. Warga kota sekitar Jalan Davis-Jalan Pekeliling, masih meneruskan kegiatan masing2 tanpa mengesyaki satu kejadian menggemparkan pada malam itu.

Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun ber kenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yg mereka ekori. Sebaik merapati kenderaan dinaiki pegawai kanan polis itu dan melihat peluang yg dinanti terbuka luas, 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ Kulasingam.

Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam.

Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu. Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, yg mengepalai rancangan itu naik angin apabila mengetahui musuh ketatnya hanya cedera.

Amarahnya memuncak mengingatkan kehadiran polis kerap mendatangkan masalah kepada aktiviti haramnya. Kegiatan mengutip wang perlindungan daripada tempat perjudian haram sekitar Kuala Lumpur yang dikuasainya cuba dilumpuhkan pasukan itu.

Kegiatan rompakan bersenjata dan pembunuhan yg dilakukan menyebabkan dia dan ahli kumpulan menjadi buruan. Banglo di Bukit Kenny yang disewa dengan bayaran RM1,200 sebagai tempat persembunyian hanya bertahan selama tiga hari sebelum polis berjaya menghidu markas baru mereka itu.

Malah, dia sendiri nyaris ditahan polis pada September tahun itu apabila kereta curi yg dinaikinya bersama beberapa anggota dikesan pihak berkuasa itu. Selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti di Segambut Dalam dan Botak Chin segera menyelinap ke kawasan setinggan. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk revolver .38.

Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yg cedera ditembak berjaya meloloskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank. Pada bulan sama juga, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi kematian tidak menakutkannya, dia terus melakukan rompakan.

Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Lelaki itu berbahaya terhadap negara. Usianya baru pada awal 20-an tetapi dalam usia muda itu, namanya sudah tercatat dalam sejarah jenayah negara sebagai penjenayah ganas paling dikehendaki. Tindak-tanduknya sentiasa mendatangkan bahaya yg besar kepada ke amanan negara.

Lalu satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yg pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin, tempat yg sering dikunjungi dan sarang persembunyian.

16 Februari 1976. Selepas beberapa bulan menjejak penjenayah kejam dan paling dikehendaki itu, akhirnya episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Operasi besar diatur dan pelan dirangka sebaik mungkin. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan dalam kegelapan malam, mereka menunggu kemunculan Botak Chin. Detik demi detik berlalu dengan penuh debaran.

Akhirnya, sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan.

Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Botak Chin tidak menyedari bahawa kawasan itu sudah dikepung.

Beberapa pengikut penjenayah itu yg ditugaskan mengawal kawasan kilang berkenaan masih leka dan selesa dengan aktiviti masing2 seolah2 ketenangan malam itu akan terus dinikmati dengan aman.

Ketika itulah polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang menyebabkan pengawal leka yg diharap menjadi mata dan telinga Botak Chin lari lintang pukang meninggalkan ketua mereka dan tempat persembunyian itu.

Daripada dalam pejabatnya, Botak Chin dan dua orang kanannya iaitu Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Hiew Foo Khen (Ah Keong) yg berasa ‘sesuatu yg tidak kena’ berlaku di luar mula menyedari mereka sudah dikepung polis.

Beberapa ketika kemudian, berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis dengan masing2 melepaskan tembakan. Polis melepaskan kira-kira 500 das tembakan selain gas pemedih mata dalam drama tembak menembak itu.

Pangkor Chai dan Ah Keong membalas tembakan selain melemparkan sebutir bom tangan ke arah polis. Pertempuran begitu sengit dan meruncing.

Dalam kelam-kabut itu, Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Dalam kesakitan, dia merangkak mencari dua pengikut kanannya itu tetapi mendapati kedua2 mereka sudah kaku tidak bernyawa.

Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yg berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu. Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yg membawa kepada hukuman mati mandatori.

Disebabkan peguamnya membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Privy Council, Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 tetapi dia tetap didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan ditolak.

Ketika menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali.

11 Jun 1981, kepalanya disarung dengan kain hitam. Dalam kegelapan, dia dibawa menuju ke satu lokasi dalam Penjara Pudu itu. Botak Chin diminta berdiri di atas platform dan beberapa ketika kemudian kedengaran gear ditarik.

Platform di bawah kakinya terbuka, tubuhnya terjatuh ke bawah, tali gantung menjerut lehernya sehingga patah dan riwayatnya selaku penjenayah muda yg ganas dan paling dikehendaki polis akhirnya tamat.

Kejadian Amuk di Parit Stan


Tragedi 12 Oktober 1981, pastinya sentiasa diingati sebagai pengajaran, teladan kepada generasi sedia ada selepas berlakunya peristiwa amuk oleh seorang lelaki yang mengakibatkan enam nyawa terkorban dan 30 lagi cedera.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika kebanyakan penduduk Kampung Parit Stan, kira-kira 11 kilometer dari pekan Benut, keluar bekerja dan bersekolah manakala sebahagian penduduk yang bekerja sendiri turut memulakan tanggungjawab masing-masing.


Tanpa diketahui punca dan sebabnya, seorang penoreh getah dikenali sebagai Jaafar Patola, 35, mengamuk menghayunkan parang panjang dan menyerang dari rumah ke rumah.


Akibatnya, enam orang termasuk dua kanak-kanak tidak berdosa terbunuh sebelum lelaki terbabit turut menemui ajalnya pada hari yang sama selepas ditembak anggota Unit Kawalan Kawasan (UKK) yang mengejarnya ketika dalam perjalanan ke rumah mangsa seterusnya.
 Ahli keluarga kepada seorang mangsa kanak-kanak memangku jenazah untuk dikebumikan.

Empat daripada mangsa mati di tempat kejadian manakala dua lagi ketika dalam perjalanan ke hospital.


Jaafar menyerang mangsa pertama dikenali sebagai Bechek dan selepas itu memasuki 10 rumah lain berdekatan yang kebanyakan terdiri daripada Orang Bugis dan Banjar.


Dia kemudian berlari ke Kampung Parit Rahman dan mengamuk di sana. Unit UKK yang dipanggil ke tempat kejadian bertembung dengan suspek dalam semak di Parit Hassan, dekat Tampok kira-kira sebatu dari Parit Stan.


Ketika terserempak dengan polis selepas hampir tiga jam mengamuk, Jaafar dikatakan masih cuba melawan polis dengan menghayunkan parang panjang di tangannya. Akibatnya, seorang anggota UKK Koperal Shamsuddin Mohyen, 37, cedera parah.
Mangsa dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke hospital.

Anggota unit UKK lain terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi menghentikan tindakan ganas lelaki terbabit dan akhirnya Jaafar mati di tempat kejadian.

Sepanjang tempoh mengamuk, lelaki itu menghayunkan parang tanpa simpati termasuk mangsa yang mempunyai pertalian keluarga dengannya. Kebanyakan mangsa cedera di muka, bahu dan kepala akibat ditetak.

Seorang penduduk, Mohamad Nor Daing Mapunah, 40, yang turut menyertai pasukan 'memburu' Jaafar tidak menyedari rumahnya sendiri diserang hinggalah terdengar jeritan keluarganya dan mendapati bapa dan ibu mentua, isteri dan anaknya cedera ditetak.

Seorang bayi berusia tujuh hari, Noorliza Mohd Noor, terselamat ketika tidur dalam buaian dan ibunya, Becek Ambok Tang, 26, yang masih berpantang cedera parah di leher akibat ditetak.

Empat sekeluarga dalam rumah itu turut diserang termasuk ayah Becek, Ambok Tang Daeng Pengelak, 55, isterinya, Induk Memek, 45, Rabiah Ambok Tang, 24, Hayati Mohd Noor, 4, manakala tiga lagi sempat melarikan diri.

Jaafar dikatakan menggunakan parang untuk membuka pintu rumah mangsa yang tertutup dan selepas menyerang rumah itu, dia tidak menyedari ulu parangnya tercabut.

Selepas itu, dia lari menggunakan jalan rentas kebun kelapa dan ketika baru bergerak sejauh 250 meter, dia bertembung dengan pasukan UKK dan ditembak mati.

Kejadian itu turut menarik simpati banyak pihak termasuk Sultan Johor, Sultan Iskandar Alhaj, yang melawat kampung berkenaan bersama puteranya, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail; Tunku Majid dan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ngah Abdul Rahman serta pegawai kerajaan negeri.

Baginda menziarahi penduduk dan bertanya khabar setiap mangsa dan pernah satu ketika mengarahkan doktor peribadinya merawat seorang kanak-kanak perempuan yang baru keluar hospital Johor Bharu.


INFO: Kampung Parit Stan 


Kira-kira 750 penduduk Kampung Parit Stan, kebanyakannya berkebun, bertani dan menoreh getah, menanam koko, pisang, pinang, kelapa.

Selepas tragedi, beberapa peruntukkan dicurahkan iaitu memasang pagar Sekolah Kebangsaan Semangat, membina pusat menyalai pisang serta beberapa peruntukkan kecil bernilai RM10,000 daripada Ahli Parlimen Pontian ketika itu, Ikhwan Nasir. Ia bertujuan meringankan beban penduduk serta menyokong usaha pemulihan segera.

Mangsa yang maut: 

1) Abdul Aziz Alwi, 1 1/2 tahun

2) Mohamed Karim Mohamed Yatim, 2 1/2 tahun

3) Lalak Seman, 28.

4) Mengmohtan Intang, 55,

5) Bechek Bacok, 16,

6) Ambok Tang Daeng Pengelek, 55.

Monday, 22 October 2012

Petua Mencari Pasangan

Muat turun Petua Mencari Pasangan dari Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzillah Kamsah.

Mengenali Madu Lebah Asli


Sabda Nabi Muhammad S.A.W, “Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api).” (Sahih Bukhari)
Seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya tidak juga sembuh, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ok semua…ini adalah tip-tips membezakan madu asli dan madu tiruan.

1. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.
2. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus kerana ianya pekat. Manakala madu biasa akan terputus-putus.
3. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.
4. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.
5. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan
6. Madu asli tidak disukai semut kerana tiada kandungan gula, sedangkan madu tiruan sebaliknya.
7. Madu asli tidak mudah tembus pada kertas.
8. Akan terdapat mendapan pada dasar botol madu (gula) jika di biarkan untuk tempoh yang lama.
9. Celup kepala mancis pada madu dan cuba nyalakan. Jika menyala mancis itu maka madu tersebut adalah madu asli.

Merancang Kehamilan Secara Semula Jadi


PERANCANGAN keluarga semula jadi adalah berdasarkan pada ketentuan masa hubungan kelamin dalam kitaran haid seseorang wanita. Kaedah perancangan keluarga ini membantu sekiranya pasangan tersebut mengikuti tatacara jadual haid dengan tegas setiap masa.
Kejayaan kaedah ini bergantung kepada keupayaan mengenali bila telur (ovum) akan dikeluarkan dan juga jika menggunakan kaedah lain, seperti kondom pada hari kesuburan, ataupun tidak mengadakan hubungan kelamin langsung.
Untuk memastikan keberkesanan kaedah ini, Puan harus tahu fungsi dan perubahan yang terjadi pada badan. Suami pula, berserta dengan isteri mesti mengikuti pola-pola perubahan dengan tepat dan betul.
Harus diingatkan, seperti juga penggunaan kondom, masih ada kebarangkalian untuk mengandung melalui kaedah ini, jadi suami isteri perlu tetap berjaga-jaga. Perlu ditegaskan keberkesanan kaedah semula jadi ini tidak seperti kaedah-kaedah yang lain. Satu perempat dari mereka yang mengamalkannya mungkin mengandung dengan tidak sengaja. Kaedah semula jadi ini tidak sesuai untuk mereka yang:
n Tidak sepatutnya mengandung disebabkan oleh masalah perubatan.
n Kitaran haid yang tidak teratur serta tidak ketentuan, menyebabkan ramalan masa subur tidak dapat dilakukan
n Masalah dengan pendarahan abnormal dari faraj, radang faraj dan juga pangkal rahim, menyebabkan penentuan kesuburan melalui lelehan mukus serviks tidak tepat.
n Penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti antibiotik, anti-tiroid dan juga anti-histamin mungkin mengubah sifat tabii rembesan faraj mengakibatkan kesukaran tafsiran mukus.
n Keadaan yang tidak berkaitan dengan kemandulan seperti demam, yang dapat mengubah suhu badan asas.
l Memahami kitaran
Wanita mempunyai dua ovari, setiap satu berada di sisi rahim. Setiap bulan, ovari akan mengeluarkan telur yang kemudiannya akan memasuki tiub fallopian. Ini dipanggil ovulasi dan ia berlaku pada hari ke-12 hingga ke-14 sebelum bermulanya pendarahan haid. Puan boleh mengandung sekiranya hubungan kelamin berlaku sekitar masa ovulasi akibat persenyawaan di antara telur dan sperma yang diejakulasi ke dalam faraj.
Hasil persenyawaan ini akan bergerak melalui tiub fallopian untuk implantasi di dinding rahim yang kemudiannya membesar sebagai janin. Kaedah perancangan secara semula jadi merujuk kepada kitaran haid, iaitu mengenalpasti hari kesuburan yang perlu dielakkan hubungan kelamin. Untuk kebanyakan wanita, telur dikeluarkan dari ovari sekitar minggu sebelum kehadiran haid yang berikutnya. Telur ini berupaya untuk disenyawakan dalam tempoh 24 jam selepas dikeluarkan, manakala sperma pula dapat bertahan untuk tiga hari.
l Jenis kaedah perancangan semula jadi
Terdapat lima kaedah perancangan secara semulajadi. Perlu diingatkan, Puan harus ditunjuk ajar oleh seorang yang professional di bidang perubatan ataupun kaunselor perubatan bertauliah untuk mengamalkan kaedah-kaedah berkenaan, serta harus tekal pada penghayatan kaedah yang dipilih.
l Mengesan suhu badan asas
Sejurus selepas ovulasi, suhu badan Puan akan meningkat sedikit. Satu jangka suhu khas digunakan untuk menyukat suhu badan Puan sejurus selepas bangun dari tidur dan bacaannya diplotkan sebagai satu graf. Suhu diambil setiap hari. Harus diingatkan suhu badan Puan turut dipengaruhi oleh demam, tidur yang terganggu dan juga jadual pekerjaan bercorak anjakan. Pasangan yang menggunakan kaedah suhu ini tidak boleh mengadakan hubungan kelamin sehingga tiga hari selepas meningkatnya suhu badan.
l Mengenalpasti ovulasi secara penelitian mukus pangkal rahim
Melibatkan kepada perubahan jumlah mukus yang terhasil serta penelitian pada ketekalannya. Lazimnya, Puan akan merasa kelainan pada lelehan mukus yang keluar melalui faraj semasa ovulasi, perubahan ini yang harus ditelitikan. Untuk kebanyakan wanita, faraj dirasai kekeringan sejurus selepas haid bulanan. Kemudiannya, lelehan mukus menjadi lebih bergetah. Sebelum ovulasi, mukus ini bertukar menjadi lebih basah dan melicin.
Hari-hari terakhir lelehan mukus ini selari dengan hari kemuncak ovulasi, kemudiannya mukus akan menjadi lebih kental, mungkin juga langsung hilang dan kekeringan dirasai kembali. Masa selamat bermula pada 10 atau 11 hari dari penghujung haid dan juga semasa faraj dirasai kekeringan. Masa kesuburan (masa Puan tidak boleh melangsungkan hubungan kelamin) bermula dengan petanda pertama mukus dan berlangsung sehingga 4 hari selepas hari kemuncak ovulasi.
Walaupun semasa pendarahan haid dianggap selamat, hubungan kelamin ketika haid mungkin juga menyebabkan Puan mengandung. Ini disebabkan oleh penghasilan mukus yang mungkin bertindih dengan masa haid, lantas memberikan perlindungan dan juga tempat untuk sperma berlabuh dengan selamat. Puan harus berwaspada. Kaedah mukus tidak menggunakan alat penyukat suhu badan, ini memberikan satu kelebihan untuk mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak ketentuan. Walaubagaimanapun, lelehan mukus ini mungkin terkeliru dan tercelaru jika berlakunya jangkitan faraj, keghairahan seksual, penggunaan bahan pelicin serta ubat-ubatan yang dimakan.
l Kaedah symptothermal
Kaedah ini menggabungkan kedua-dua kaedah suhu dan juga penelitian mukus. Tambahan kepada pengambilan suhu serta penelitian mukus, Puan juga harus berwaspada pada tanda-tanda lain ovulasi seperti:
n Kesakitan di bahagian abdomen mungkin juga disertai oleh kekejangan.
n Penitikan darah melalui faraj
n Perubahan dengan kedudukan serta keteguhan pangkal rahim
Kaedah ini memerlukan Puan menahan diri dari hubungan kelamin bermula dari kehadiran mukus atau rasa basah sehinggalah hari ketiga selepas peningkatan suhu badan atau pun empat hari selepas kemuncak penghasilan mukus. Disebabkan oleh banyak faktor-faktor yang dimasukkan ke dalam kaedah ini, jadi kaedah ini lebih berkesan dari kaedah-kaedah sebelumnya. Namun begitu, batasan yang mempengaruhi keberkesanannya juga adalah sama.
l Kaedah kalendar
Juga dikenali sebagai kaedah beritma, Puan harus merekodkan dengan pasti kitaran haid untuk selama enam bulan. Kemudiannya satu pengiraan sifir mudah digunakan. Kitaran haid dikira dari 'hari pertama pendarahan' hinggalah ke 'hari pertama haid yang berikutnya'. Kitaran haid biasanya selama 28 hari, tapi julatnya boleh di antara 23 hingga 35 hari, dan masih dikira sebagai normal. Cara kiraannya:
n Untuk kitaran haid yang 'terpendek', tolak harinya sebanyak 18 hari. Ini memberikan hari pertama kesuburan.
n Untuk kitaran haid yang 'terpanjang', tolak 11 hari, ini memberikan hari terakhir kesuburan.
Sebagai contoh, sekiranya sepanjang enam bulan penelitian kitaran haid Puan, didapati kitaran terpendek adalah 25 hari manakala yang terpanjang pula adalah 35 hari, untuk pengiraan hari kesuburan Puan:
n Kitaran terpendek - 18 > 25-18 > 7 hari
n Kitaran Terpanjang - 11 > 35 - 11 > 24 hari
Bermakna, hari kesuburan Puan (hari di mana hubungan kelamin perlu dielakkan) bermula pada hari ketujuh dan berakhir pada hari ke dua puluh empat pada bulan terbabit!
l Laktasi amenorrhoea
Bermaksud yang Puan tidak akan datang haid disebabkan oleh perubahan hormon badan akibat daripada penyusuan badan. Hormon prolaktin meningkat, jadi kitaran haid dan juga ovulasi tidak berlaku, maka kehamilan dapat dielakkan. Untuk kaedah ini berjaya, penyusuan harus dilakukan secara eksklusif tanpa gangguan dari cara pemakanan bayi secara formula. Selang di antara penyusuan tidak melebihi 4 jam pada sebelah siangnya dan tidak pula melebihi 6 jam pada malam hari.
Lagi khusus penyusuan susu badan sahaja dan lagi lama anak menyusu badan, lebih berkesanlah kaedah ini. Sekiranya penyusuan diselangselikan dengan susu formula, lagi cepatlah kitaran haid Puan akan bermula. Ini mempercepatkan kebarangkalian untuk mengandung. Kaedah laktasi amenorrhoea lebih berkesan untuk mereka yang agak berumur disebabkan oleh pertambahan faktor fisiologi kesuburan yang menurun dengan peningkatan umur.
Secara umumnya, kaedah ini mempunyai dua peratus kebarangkalian untuk mengandung pada enam bulan pertama selepas kelahiran, tetapi apabila sahaja pendarahan haid kembali, risiko mengandung memuncak.
Suami sebagai ketua keluarga, harus memberi kerjasama sekiranya bilangan unit keluarga mahu ditetapkan dan tidak sepatutnya menyalahkan isteri sekiranya kegagalan berlaku.
Suami juga tidak sepatutnya memaksa isteri untuk mempraktikkan mana-mana kaedah perancangan. Jadilah seorang suami yang bertanggungjawab.
Prof. Madya Dr. Shah Reza Johan Noor
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan
Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan.

Sumber - Utusan Malaysia

Sakit Ketika Seks


SAKIT? Hubungan seks tidak sepatutnya menyakitkan. Seks sepatutnya menjadi hubungan batin suami isteri yang menyeronokkan, bukan sebaliknya.
Jika anda mengalami kesakitan ketika bersama suami, berhentilah kerana ia mungkin memberikan isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Dispareunia (dis-pa-run-ya) merupakan terma yang digunakan oleh para doktor secara eksklusif untuk wanita bagi menggambarkan masalah kesakitan ketika melakukan persetubuhan.
Bagaimanapun, lelaki jangan terlalu gembira kerana ia juga boleh berlaku kepada mereka.
Walaupun anda mungkin merasakan bahawa anda sahaja yang mengalaminya, jangan terkejut! Berdasarkan kajian, lebih dua pertiga wanita mengalaminya pada satu ketika dalam hidup mereka.
Namun demikian, seperti biasa, tidak ramai wanita yang berjumpa doktor mengenai perkara ini meskipun banyak yang boleh dilakukan untuk merawatnya, sekali gus mengembalikan semula keintiman pasangan yang sebelum ini mungkin dilema.
Rasa takut dan malu menghalang wanita daripada mendapatkan bantuan perubatan.
“Aku tak normal, tiada apa yang boleh dilakukan,’’ mungkin itu yang wanita fikirkan sekalipun hakikatnya, ia sama sekali tidak benar.
Harus ditekankan di sini bahawa sakit semasa melakukan hubungan seks bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal. Anda juga tidak perlu hidup dengannya.
Usah bimbang. Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor cuba mempermudahkan kesakitan anda.
Pertama sekali, kita perlu memahami organ reproduksi kaum Hawa. Faraj merupakan satu laluan dari pangkal rahim ke permukaan luaran badan. Pangkal rahim adalah satu bahagian anatomi rahim yang sempit yang berhubungan dengan faraj.
Kawasan luaran jantina perempuan dinamakan vulva. Dua pasang lipatan berdaging dinamakan bibir luar (labium major) dan bibir dalam (labium minor) mengelilingi bukaan faraj dan uretra dan menjulur ke depan hingga ke klitoris.
Klitoris adalah bahagian atas bibir-bibir ini yang hampir sama dengan zakar lelaki, mengandungi tisu erektil yang menjadi tegak apabila menerima rangsangan seksual – memberikan keseronokan dan kenikmatan semasa hubungan kelamin.

Mengapa Kesakitan Berlaku?

Kesakitan boleh dikaitkan sama ada secara fizikal mahupun emosi. Wanita akan mengalami empat fasa semasa hubungan kelamin yang secara ringkasnya dinyatakan seperti di bawah:
  1. Fasa keinginan nafsu berahi: Perasaan yang berkehendakkan kepada aktiviti hubungan kelamin.
  2. Fasa kebangkitan nafsu berahi: Perubahan fizikal terjadi di mana faraj dan vulva menjadi lembap, otot-otot faraj menjadi bertambah longgar, klitoris mengembang serta membengkak, rahim meninggi dan faraj menjadi bertambah dalam serta panjang dan melebar. “Fasa kebangkitan ini penting untuk persediaan faraj semasa menerima alat sulit lelaki (penis),’’ kata Dr. Shah Reza.
  3. Fasa puncak syahwat: Satu rangsangan kemuncak aktiviti. Otot-otot faraj dan vulva mengembang mengecut – menimbulkan keseronokan tidak terkira. Klitoris juga boleh menimbulkan rasa kemuncak
  4. Fasa resolusi/ketetapan: Faraj, rahim serta klitoris kembali ke struktur asal.
Tambahnya, jika fasa-fasa di atas tidak berlaku, hubungan kelamin menjadi satu aktiviti yang menyakitkan, tidak memberangsangkan serta mendatangkan ketidakselesaan.

Jenis-Jenis Kesakitan & Langkah-Langkah yang Perlu Diambil

Menurutnya, kesakitan semasa hubungan kelamin boleh dirasai sama ada di bahagian vulva, pembukaan faraj, di dalam faraj dan juga jauh ke dalam faraj.
Kesakitan vulva dirasai semasa tusukan penis, di permukaan luaran faraj. Kesakitan faraj pula dirasai di bahagian dalam manakala kesakitan yang jauh ke dalam boleh dirasai di belakang, pinggul, rahim dan juga pundi kencing.
Kesakitan vulva
Kesakitan dirasai apabila bahagian luar vulva disentuh yang mungkin berpunca daripada sabun, pencuci faraj, bedak ataupun penyembur sanitasi faraj yang digunakan.
Parut dan infeksi/jangkitan mungkin turut berperanan dalam menimbulkan kesakitan ini di mana vulva luka, deria rasa pula menjadi berlebihan.

Kesakitan Faraj

Kekeringan faraj: Kata Dr. Shah Reza, ini berlaku apabila faraj kering, mungkin dari kesan sampingan ubat-ubatan yang dimakan, mungkin juga kerana isteri tidak bersedia, maka fasa keinginan tersebut tidak berlaku.
Kehamilan, penyusuan badan dan awal menopaus turut mempengaruhi kelembapan semula jadi di dalam faraj.
“Pada permulaan menopaus, hormon wanita – estrogen mengurang. Akibatnya, tisu faraj menipis dan relatifnya menjadi lebih kering, menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin,’’ ujar beliau.
Hormon gantian boleh diambil bagi mengurangkan penyeksaan itu.
Wanita harus berbincang dengan suami. Suami penyayang, boleh bertolak ansur serta memahami harus juga memainkan peranannya kerana hubungan sepatutnya dua hala.
Kekeringan ini boleh diatasi dengan penggunaan pelincir berasaskan air. Lubrikasi yang berasaskan minyak boleh merosakkan kondom yang mungkin dipakai sebagai kaedah mencegah kehamilan kerana lapisannya boleh melarut dan akhirnya pecah.’
Keradangan faraj seperti kegatalan, pedih, keluarnya rembesan dari faraj serta rasa panas membakar yang lazimnya disebabkan oleh kulat seperti kandidiasis, mungkin juga kerana infeksi oleh bakteria
Vaginismus: “Vaginismus diakibatkan oleh kekejangan otot-otot pada bahagian luar faraj. Kesakitan yang amat sangat berlaku pada masa permulaan tusukan yang bakal menambahkan lagi kekejangan otot-otot tersebut.
“Bagi sesetengah wanita, vaginismus biasanya berlaku pada pengalaman pertama atau malam pertama pengantin baru,’’ Dr. Shah Reza.
Antara penyebab-penyebab vaginismus:
  • Luka serta parut lama di faraj akibat kecederaan, proses kelahiran, pembedahan.
  • Kerengsaan serta keradangan dari penggunaan bahan-bahan pencuci faraj, spermisid dan alahan getah kondom.
  • Jangkitan vulva dan faraj.
Kesakitan serius di bahagian dalam faraj merupakan masalah dalaman yang serius, berlaku apabila keseluruhan organ reproduktif suami berada di dalam faraj.
  • Penyakit keradangan pelvis.
  • Masalah dengan rahim.
  • Endometriosis.
  • Ketumbuhan di kawasan pelvis.
  • Penyakit yang melibatkan pundi kecing dan juga usus.
  • Organ-organ di bahagian pelvis yang melekat-lekat sesama sendiri, mungkin angkara jangkitan atau pembedahan lampau.
  • Ketumbuhan telur reproduksi.
Pemeriksaan lanjutan fizikal perlu dijalankan manakala pemeriksaan lain seperti ultrasound melalui faraj dan juga laparoskopi, mungkin disarankan.
Berikut antara soalan-soalan yang mungkin diajukan oleh doktor semasa pemeriksaan:
  • Ciri-ciri kesakitan contohnya, darjah kesakitan, berapa lama dan di bahagian tubuh mana ia berlaku?
  • Bilakah anda berasa sakit?
  • Lain-lain simptom yang mungkin ada seperti sakit kepala, loya atau lemah, tidak bermaya?
  • Sejarah perubatan?
  • Sejarah keluarga.

Pilihan Rawatan

  • Bagi kes-kes jangkitan, rawatan dengan ubat-ubatan selalunya tidak mengecewakan.
  • Penggunaan krim atau jel membantu dalam kes-kes di mana pelincir semula jadi tidak mencukupi.
  • Latihan relaksasi berupaya mengembalikan semula kawalan otot-otot faraj.
  • Sekiranya ujian diagnostik mengesahkan kewujudan masalah fizikal seperti endometriosis, pembedahan mungkin dicadangkan oleh doktor anda.

Peranan Emosi

Ketakutan untuk mengandung boleh menghasilkan vaginismus atau mungkin timbul perasaan bersalah kerana melakukan hubungan jenis.
Ada yang takut pada penyakit tularan seks, trauma akibat kecederaan atau pengalaman berorientasikan seks sama ada rela atau paksa seperti penderaan seks kanak-kanak, diperkosa dan sumbang mahram.
Kesemua ini mengurangkan kelembapan serta lubrikasi faraj termasuklah daya keinginan,’’ Dr. Shah Reza menarik perhatian.
Nasihat beliau: “Wanita tidak harus berseorangan terseksa dengan pengalaman ini. Berbincanglah dengan para doktor, jururawat serta kaunselor bertauliah.
“Suami pula, sebagai teman hidup wanita, sepatutnyalah menunjukkan sikap memahami akan masalah yang dihadapi oleh si isteri, peka pada kesakitan tersebut dan bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya.’’
Misal, tunggu sekurang-kurangnya enam minggu sebelum melakukan hubungan kelamin dengan isteri yang baru lepas bersalin. Kelembutan dan cumbuan yang memadai dapat memastikan kelinciran semula jadi faraj

Kebuk Nyah Mampatan


DART - Kebuk Nyah Pemampatan Tingkatkan Tahap Keselamatan Komando 69

Sebagai satu unit pasukan khas dalam organisasi Polis DiRaja Malaysia, pasukan 69 Komando mempunyai keupayaan tinggi untuk melaksanakan operasi dalam tiga dimensi, iaitu di darat, permukaan air dan juga di bawah permukaan air. Antara salah satu kemahiran yanng dimiliki oleh sesetengah anggota 69 Komando ialah penyelam tempur a
tau ‘Combat Diver’.
Penyelam tempur bertanggungjawab terhadap tugas-tugas khas yang memerlukan penghantaran anggota ke kawasan operasi dengan cara bawah permukaan air agar tidak dapat dikesan oleh musuh atau apabila kawasan operasi mereka di mana sasaran berada adalah di kawasan berhampiran sungai, tasik atau pesisir pantai mahupun di laut. Dengan Malaysia sebagai sebuah negara litoral sememangnya ancaman yang bakal menyaksikan anggota-anggota penyelam tempur terpaksa dipanggil untuk melaksanakan operasi adalah tinggi. Malah dalam kegiatan-kegiatan seperti perlanunan, aktiviti pengganas, penyeludupan senjata api, manusia dan dadah, jalan laut adalah antara jalan utama yang digunakan kerana ia meliputi kawasan yang luas dan mungkin sukar untuk dikawal sebilang masa oleh pihak berkuasa.

Disinilah letaknya kepentingan untuk mempunyai unit penyelam tempur berkemampuan tinggi yang mampu memasuki kawasan operasi secara senyap dan tidak dapat dikesan. Dalam melaksanakan tugas ini kadang-kala penyelam tempur bakal terpaksa menghadapi pelbagai risiko. Antaranya ialah jika beliau terpaksa menyelam dalam kedalaman yang lebih agar tidak dapat dikesan, dibawa arus bawah permukaan yang deras, atau menghadapi bahawa dari hidupan laut yang merbahaya.

Apabila seorang penyelam berenang pada kedalaman tertentu, terdapat beberapa perkara yang akan memberikan kesan terhadap kesihatan beliau secara fizikal. Ia berpunca dari tekanan bawah permukaan air yang mempunyai nisbah tertentu dengan kedalaman penyelam tersebut. Secara ringkasnya lebih dalam penyelam berada di bawah permukaan air, maka lebih hebatlah tekanan atmosfera terhadap anggota badan beliau. Perubahan tekanan atmosfera ini pula mempunyai kaitan langsung dengan jumlah gas, umpamanya nitrogen yang akan diserap oleh badan berbanding oksigen. Lebih dalam sesaorang itu berada di dawah air maka lebih banyaklah noitrogen diserap ke dalam badan. Pengumpulan gas nitrogen yang terlalu banyak di dalam badan untuk satu tempoh atau jangkamasa waktu akan menyebabkan perubahan yang ketara kepada kemampuan fizikal dan mental dan keadaan akan menjadi bertambah teruk sekiranya penyelam meneruskan renangannya ke kawasan yang lebih dalam.

Contohnya pada tahap kedalaman 30 ke 50 meter penyelam akan mendapati sukar untuk melaksanakan tugas-tugas yang sepatutnya mudah, disamping kelewatan tindak balas terhadap sesuatu kejadian namun merasakan keyakinan diri yang tinggi, pada kedalaman 50 ke 70 meter penyelam akan merasa mengantuk, mudah ketawa tanpa dapat dikawal dan bagi sesetengan individu melihat sesuatu yang tidak wujud atau merasa takut manakala tindak balas fizikal terhadap sesuatu adalah amat lambat. Dari 70 ke 90 meter penyelam tidak lagi mampu menumpukan perhatian dan keadaan mentalnya mula terganggu, ingatan mula hilang. Pada kedalaman 90 meter ke bawah penyelam akan mengalami halusinasi atau merayan, deria pandang dan dengarnya akan bertambah peka, terasa pening, tidak dapat mengagak masa, fikiran akan berasa dalam keadaan tertekan dan mula pitam yang akan membawa kepada maut.

Untuk mengelakkan dari perkara tersebut mendatangkan kemuderatan kepada seorang penyelam, beliau disarankan untuk berenang ke permukaan air secara perlahan-lahan atau berhenti pada sesuatu kedalaman untuk melihat sama ada simptom-simptom yang dirasakan beransur-ansur hilang. Ini penting untuk mempastikan bahawa badan penyelam akan dapat mengubuahsuai penerimaan perubahan penyerapan gas dalam badan, terutamanya apabila terlalu banyak nitrogen telah diserap di dalam badan. Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila renangan ke permukaan air tidak dapat dilaksanakan secara beransur-ansur atas beberapa sebab tertentu. Contohnya apabila berada di kawasan yang mempunyai arus serta ombak yang kuat dalam operasi mencari dan menyelamat yang membahayakan penyelam sekiranya terus berada dikawasan tersebut, kawasan di mana terdapat haiwan pemangsa seperti jerung yang sangat aktif atau penyelam telah tercedera dan kehilangan banyak darah yang tidak memungkinkan beliau digerakkan secara perlahan-lahan ke permukaan untuk menstabilkan komposisi gas di dalam badannya.

Apabila timbul kepermukaan air dalam keadaan ketidakimbangan gas yang keterlaluan atau yang diklasifikasikan sebagai ‘narkosis nitrogen’, penyelam mungkin tidak akan sedarkan diri lagi atau berada dalam keadaan tidak menentu. Selain itu beberapa bahaya lain seperti keracunan oksigen juga mungkin berlaku. Penggunaan sistem kebuk nyah pemampatan atau ‘Decompression Chamber’ adalah satu-satunya cara untuk menstabilkan semula penyelam tersebut agar nisbah gas nitrogen di dalam badan beliau kembali pulih seperti sediakala dan mengelakkan diri dari terus mengalami simptom kelebihan nitrogen di dalam badan. Dengan meletakkan mangsa di dalam kebuk, tekanan akan distabilkan secara perlahan-lahan oleh pengendali yang terlatih dan pemeriksaan terhadap ciri-ciri gangguan kesihatan yang dikaitkan dengan tekanan di bawah permukaan air akan dapat di pastikan. Ini termasuklah juga tahap kemampuan paru-paru dan tekanan di dalam telinga yang mungkin terjejas kerana berada terlalu dalam di bawah air dan proses renangan ke permukaan adalah terlalu pantas.

Sebagai sebuah organisasi yang kerap memberikan latihan dan mempunyai unit selam tempur, semamangnya kepimpinan 69 Komando memberikan perhatian serius terhadap aspek keselamatan anggota-anggotanya. Untuk memberikan kemudahan yang terbaik kepada anggotanya, ia telah memperolehi dua kebuk nyah pemampatan yang bersifat modular dan mudah diatur gerak ke kawasan operasi mahupun lokasi latihan. Sistem yang diklasifikasikan sebagai D.A.R.T dan A.T.E.L ini sebenarnya adalah dua kompartmen nyah mampatan yang boleh disambungkan menjadi satu kebuk melalui sambungan khusus. D.A.R.T membawa maksud sebagai ‘Diver Attendant Recompression Transportable’ dan merupakan kebuk utama dalam tindakan kecemasan untuk menyelamatkan penyelam yang mengalami simptom narkosis nitrogen. Setiap kebuk mempunyai katil dan tempat duduk mampu menerima seorang mangsa dan pengendali yang boleh memberikan bantuan kecemasan sekiranya diperlukan. A.T.E.L pula adalah bermaksud ‘Attachable Transportable Entrance Lock’ adalah merupakan satu kebuk tambahan yang boleh digunakan bersama-sama sistem A.T.E.L. kebuk ini boleh menempatkan sehingga dua penyelam yang mempunyai simptom sama tetapi dalam keadaan yang tidak begitu tenat. Kedua-dua kebuk ini boleh disambungkan jika perlu dan memandangkan ianya bersifat modular, ia boleh diasingkan dan dihantar ke pusat rawatan yang lebih komprehensif, tanpa perlu mangsa meninggalkan kebuk tersebut jika keadaan beliau dianggap masih tidak stabil.

Setiap unit D.A.R.T dilengkapkan dengan sitem katil untuk mangsa dan kerusi lipat bagi pembantu perubatan, ia mempunyai sistem pencahayaan dalaman dan sistem komunikasi dua hala disamping kelengkapan kawalan tekanan, sistem penganalisaan gas dan sebagainya. Terdapat roda modular serta pautan anduh bagi setiap unit yang membolehkan kebuk ini dibawa secara manual ke lokasi pusat rawatan susulan seperti di hospital-hospital utama yang menyediakan rawatan lanjut kepada pesakit yang berhadapan dengan masalah tersebut agar sembuh sepenuhnya.. Unit A.T.E.L mempunyai kelengkapan sama melainkan sistem katil untuk mangsa. Pada 15 Ogos lalu majlis penutup kursus pertama dalam pengendalian sistem kebuk tersebut dilangsungkan di Ulu Kinta, Perak. Kursus ini dilaksanakan dibawah bantuan dan pengawasan Institut PerubatanBbawah Air dan Hyperbaric, dari 96 HAT (Hosptal Angkatan Tentera) Lumut. Bagi pengendalian kursus tersebut 69 Komando telahpun mempunyai seorang anggota khusus yang telah diiktiraf sebagai bekemampuan untuk mengendalikan sistem yang amat penting ini. Beliau yang juga dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sistem tersebut menyatakan bahawa cadangan kini adalah untuk memperolehi sistem kenderaan atau treler yang akan dapat membawa kebuk tersebut bersama sistem sokongan yang lengkap untuk digunakan sebagai sistem kebuk nyah pemampatan yang boleh dibawa ke lokasi latihan apabila diperlukan.
 
(Sumber -VAT 69 Perjuangan Semalam )