Selamat Datang

Kami menyediakan sistem pangkalan data perniagaan untuk industri ,perniagaan runcit serta cafe.
Http://Urusstok.blogspot.com

Saturday, 20 October 2012

Peristiwa Keramat Pulai


Arahan tempur yg dipelajari di Sekolah Latihan Asas Pasukan Polis Hutan (SLPPH) menjadi azimat kepada Sarjan Mejar Mohamad Salim, untuk terus mara ketika pasukannya diserang hendap komunis sehingga meragut nyawa empat rakan sepasukan termasuk jurulatihnya. Walaupun masih dalam latihan namun sebagai anggota polis, setiap yg dipelajari perlu diingati dan paling penting ialah
jangan panik kerana ia mampu menyelamatkan nyawa ketika berhadapan dengan musuh.

Mohamad langsung tidak menyangka, dia yg belum lagi menamatkan latihan perlu mengeluarkan arahan sedemikian bagi memulihkan semangat rakan2 yg semakin pudar selepas mengetahui ketua pasukan, Koperal Ridzuan sudah terkorban.
Namun tragedi berdarah di Hutan Keramat Pulai, Ipoh, Perak pada 3 Jun 1976 itu sememangnya menjadi medan ujian latihan terakhir dan menguji kecekalan dirinya untuk menjadi anggota polis dan terus mencurahkan bakti kepada negara.

Peristiwa berdarah ini berlaku ketika lebih 360 rekrut konstabel menjalani fasa terakhir latihan `Final Ops' yg diadakan selama dua minggu mulai 1 Jun 1976. Lima hari sebelum memulakan latihan, kami diberikan taklimat tentang keadaan dalam hutan oleh Komandan SLPPH Ulu Kinta, Deputi Supritendan Arbis.

Dalam taklimat itu kami dimaklumkan bahawa latihan akan diadakan di Ops Setia 8, Perak. Sebahagian daripada kawasan itu selamat tetapi ada yg masih menjadi kawasan hitam kerana diduduki pengganas komunis,'' katanya menceritakan pengalaman tempur pertama yang bakal dihadapinya.

Menurutnya, beliau bersama 35 orang rakannya dipilih menganggotai Platun 11 atau ketika itu lebih dikenali Sindiket 11 untuk ditempatkan di kawasan Keramat Pulai yg masih diisytiharkan kawasan hitam.

Masuk hari ketiga latihan iaitu 3 Jun 1976, Ketua Platun 11, Sarjan Ramli mengarahkan 20 anggota pasukan itu keluar membuat rondaan manakala yg lain termasuk dia sendiri tinggal di pangkalan bagi menjaga keselamatan barang2. Bagaimanapun katanya, sebelum bertolak Koperal Ridzuan menghampirinya dan mengarahkan supaya dia bersiap menyertai rondaan berkenaan.

Rondaan yg dijalankan mulai pukul 8 pagi itu terlalu jauh meredah hutan dan bukit-bukau. Tiba di bukit pertama pada pukul 12 tengah hari, kami sudah penat dan bersedia berhenti rehat dan makan tengah hari,''

Namun, Koperal Ridzuan berbincang dengan kami untuk mencari tempat makan sesuai dan mencadangkan supaya kami meneruskan perjalanan ke bukit kedua kerana bukit pertama tidak mempunyai anak sungai,'' katanya.

Semasa mendaki bukit kedua yang dikenali Bukit Keramat Pulai, kata Musa, Koperal Ridzuan langsung tidak terfikir bahawa kawasan itu mungkin bahaya kerana ada kesan mencurigakan berdasarkan tulisan Cina yg dijumpai pada pokok2 dan dahan2 kayu yang patah.

Pada pukul 12.45 tengah hari, katanya, mereka tiba di kawasan lapang di tengah bukit berkenaan. Koperal Ridzuan mengarahkan mereka berehat di situ. Bagi memastikan keadaan benar2 selamat, Koperal Ridzuan mengarahkan tiga anggotanya iaitu rekrut konstabel Zainal, Yusof dan Md. Saad membuat pemeriksaan setempat.

Semasa hendak melabuhkan punggung, tiba2 saya terdengar bunyi letupan kuat seperti mercun. Timbul rasa hairan di fikiran saya kerana mustahil orang bermain mercun dalam hutan. Kami tersentak apabila mendengar Zainal, Yusof dan Md. Saad menjerit kuat perkataan `komunis'. Mendengar jeritan itu, Koperal Ridzuan segera bangun untuk melihat apa yg berlaku tetapi malangnya beliau sendiri terkena tembakan pada sebelah matanya,'' kata Mohamad.

Keadaan menjadi kelam-kabut apabila mereka menyedari sudah diserang hendap oleh komunis dari setiap sudut di atas bukit tersebut menyebabkan pasukan mereka berpecah. Menurutnya, dia dan seorang rakannya, Musa Hussain cuba naik ke atas bukit berkenaan bagi melihat keadaan rakan lain, namun apa yg dilihat hanyalah tiga mayat tertiarap kira-kira 15 meter dari pos kawalan komunis. Kelibat Koperal Ridzuan pula katanya, langsung tidak kelihatan dan dia membuat kesimpulan beliau juga sudah maut akibat peluru musuh.

Saya berhenti seketika dan ketika itu, saya terdengar Musa yg berada di hadapan mengerang kesakitan. Bahu kanannya sudah terkena peluru musuh, saya terus menarik dia ke belakang dan memberi rawatan awal.

Ketika itu saya berfikir siapa akan memberi arahan, semangat rakan2 lain sudah semakin pudar,'' kata Mohamad yang kini bertugas sebagai Jurulatih Akademik Batalion 8 Pulapol Kuching.
Katanya, dia mula memberi arahan walaupun tidak pasti berapa lagi anggota pasukannya yg tinggal kerana kebanyakan mereka ketika itu masih berada di kaki bukit.

Arahan demi arahan saya keluarkan bertujuan mengelirukan musuh sehinggalah saya tiba di sebatang pokok sebesar paha yg terletak 10 meter dari pos kawalan komunis dan saya menoleh ke belakang tetapi tidak seorang pun ada di belakang kecuali Musa yg semakin lemah,'' ujarnya.

Menurutnya, ketika itu tembakan peluru musuh seperti hujan sehingga semua pokok2 kecil di sekeliling tumbang. Hujanan peluru itu juga hanya memberi peluang sekali-sekala kepadanya untuk membalas tembakan. Namun, tembakan liar dari rakan2 di bawah bukit masih kedengaran dan ia secara tidak langsung memberi mesej kepada komunis bahawa pasukan polis masih kuat dan ramai.

Jelasnya, hampir satu jam berbalas tembakan, mula kedengaran dari dalam kubu musuh arahan dalam bahasa Cina dikeluarkan oleh komunis. Apabila saya meninjau, saya dapat lihat mereka (komunis) mula bergerak dan saya terus menembak ke arah mereka walaupun tidak tepat ke sasaran,'' katanya.

Sejurus selepas itu katanya, keadaan kembali tenang dan dia mula bangun untuk meninjau keadaan sekeliling. Ketika itu beberapa rakan lain yg bertahan di bawah bukit mula naik dan memberi bantuan kepada Musa yg cedera. Dengan bantuan rakan lain, katanya, mereka mengumpul mayat empat rakan mereka yg gugur sebagai perwira negara.

Selepas memastikan keadaan benar2 selamat, saya membuat keputusan untuk keluar meminta bantuan bersama dua rakan lain dan mengarahkan rekrut Konstabel Mohd. Nor Hashim untuk memimpin anggota yg tinggal,'' ujarnya.

Bagi mencari jalan keluar katanya, sekali lagi dia teringat pesanan Koperal Ridzuan supaya mengikut arah aliran sungai dan petua itu membawanya ke zon pelepasan hari pertama. Dari situ ujarnya, dia telah menahan sebuah lori balak untuk menumpangkan mereka sehingga ke Balai Polis Teluk Pulai bagi meminta bantuan.

Jelasnya, sehingga pukul 8 malam, barulah Batalion 2 PPH tiba untuk menjalankan operasi menyelamat dan dalam perjalanan masuk semula ke hutan mereka menerima arahan supaya berundur bagi mengelak daripada terserempak dengan platun lain yg terlibat dalam operasi sama. Mohamad menjelaskan, ketika itu semua platun terlibat dalam operasi berkenaan sudah mula bergerak ke lokasi serang hendap bagi memintas pergerakan musuh.

Saya akan terus terkenangkan peristiwa Keramat Pulai kerana ia banyak memberi semangat dan tunjuk ajar sehingga saya diberi Pingat Gagah Berani kerana berjaya menawan kubu musuh. Saya juga diberitahu bahawa kubu yg pasukan kami tawan merupakan salah satu kubu kebal musuh dengan kekuatan antara 20 dan 25 pengganas komunis,'' katanya mengakhiri perbualan.

Friday, 19 October 2012

Thursday, 18 October 2012

Wednesday, 17 October 2012

Prebet Adam

Prebet Adam (Antara Penjenayah Terkenal Malaysia)

Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa yang lalu. Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan inderashahbana pada ketika itu.

Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan inderashahbana sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan .... ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Inderashahbana ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian.

Disebabkan pada ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia.

Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket.

Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru.

Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri. Dengan kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu,

Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan inderashahbana  tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

Monday, 15 October 2012

LIA1 SLR (SELF LOADING RIFLE)

TDM telah menggunakan senjata dari jenis L1A1 yang dibuat oleh syarikat syarikat British dimana ia menrupakan pengeluaran berlesen dari syarikat FN di Belgium sekitar tahun 1960-an. Senjata ini juga digunakan
oleh tentera British dan negara Komanwel. Senjata ini menggunakan peluru 7.62mm x 51 mm. Ia hanya menggunakan mod separuh automatik kerana menurut orang-orang lama ia mempunyai tendangan (recoil) yang kuat. Ia juga merupakan senjata yang 'panjang' dengan panjang senjata ialah 1.14 m. Apabila dibuat perbandingan dengan saiz tentera kita yang rata-ratanya berbadan kecil, senjata ini seolah-olah hampir sama tinggi dengan tentera kita. Senjata ini menggunakan isian peluru dari kelopak 20 butir. Senjata ini dikatakan mempunyai reputasi yang baik dikalangan veteran kerana ketepatannya dan kemusnahan yang dapat dilakukan oleh senjata ini. Namun ia merupakan senjata yang berat dengan berat besama kelopak adalah 5.07 kg dan ianya adalah sangat lasak untuk digunakan dalam kawasan hutan di negara kita.

Sunday, 14 October 2012

Santau


Apakah Itu Santau?
Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.
Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.



Bahan-Bahan Yang Digunakan:
  1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
  2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
  3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.
Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai ‘santau angin’ atau ‘santau seru’, santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan bantuan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.
Jenis-Jenis Santau:
Terdapat 2 jenis santau -
1. Santau yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.
2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.
TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:
Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.
Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.
Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.
 Sintom & Kesan Santau:
  1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
  2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
  3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
  4. Kurang daya ingatan.
  5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
  6. Sakit di bahagian tengkuk.
  7. Kesan lelah atau asthma.
Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.
Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.


Doa elak santau


Thursday, 11 October 2012

Mati Putik

Kini ramai wanita semakin bersikap terbuka dan tidak segan meluahkan perasaan terutama kepada pakar perubatan.
- Gambar hiasan
KEGAGALAN fungsi seksual lelaki banyak dikaitkan dengan mati pucuk tetapi bagaimana pula dengan wanita? Sememangnya sejak dahulu dilema seks wanita amat jarang dibincangkan secara terbuka. Adakah wanita juga menghadapi masalah kegagalan fungsi seksual?
Jika dulu persoalan mengenai seks boleh dikatakan 'taboo' dan tidak elok dibincangkan secara terbuka kerana ramai menganggapnya sesuatu yang memalukan.
Tetapi kini ramai wanita semakin bersikap terbuka dan tidak segan meluahkan perasaan terutama kepada pakar perubatan.
Menurut pakar runding Obsetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran, kini semakin ramai wanita yang tampil menceritakan masalah berkaitan seksual.
Beliau yang juga mengendalikan program kesuburan mendapati masalah kurangnya kekerapan melakukan hubungan intim menyebabkan pasangan berkenaan sukar hamil.
"Ketika itu pesakit akan menjalani sesi kaunseling dan amat memeranjatkan apabila mereka mendedahkan mengadakan hubungan intim sekali dalam sebulan," katanya.
Masalah kurangnya keinginan melakukan intim bersama-sama pasangan semakin meningkat di kalangan wanita.
"Terdapat dua kategori besar yang menyumbang kepada masalah berkenaan iaitu fizikal dan psikologi," katanya.
Masalah fizikal biasanya berkaitan dengan kesihatan seperti anemia atau kekurangan darah.
Dr. Dharmini berkata, apabila seorang mengalami anemia, badan mereka mudah menjadi letih dan lemah.
"Secara tidak langsung, ini akan menjejaskan keinginan untuk berhubungan intim dengan pasangan," katanya.
Selain itu, jelas Dr. Dharmini, penyakit kronik seperti diabetes dan jantung juga bukan saja menyebabkan mati pucuk bagi lelaki tetapi juga pada wanita.
Penyakit berkenaan akan menyebabkan gangguan kepada saraf di hujung anggota badan seperti hujung kaki dan juga kemaluan.
"Biasanya hujung anggota akan menjadi kebas dan tidak lagi dapat menerima rangsangan," katanya.
Selain itu trauma sakit selepas bersalin atau post baby coolness menyebabkan wanita kurang berminat untuk mengadakan hubungan intim.
Sementara itu perubahan hormon semasa hamil dan selepas bersalin menyebabkan wanita tiada perasaan untuk hubungan intim dengan pasangan.
Dr. Dharmini berkata, ubat-ubatan yang diambil seperti ubat sawan, ubat anti psikotik juga menyebabkan pesakit seperti tidak mempunyai 'perasaan' yang menjalinkan hubungan intim.
"Kajian menunjukkan kekurangan hormon tertentu dalam badan seorang wanita juga boleh menyebabkan keinginan seksualnya berkurangan.
"Bagaimanapun ia masih lagi dalam kajian," katanya.
Penyalahgunaan dadahSelain itu penggunaan najis dadah dan ketagihan alkohol juga menyumbang kepada gangguan seksual wanita.
"Jangan salah sangka kerana penagih najis dadah dan alkohol masih boleh melakukan hubungan intim tetapi tidak mempunyai sebarang perasaan," katanya.
Dr. Dharmini menambah, adalah tidak benar mengatakan menopaus menyebabkan keinginan seksual wanita semakin menurun.
Wanita yang telah menopaus, mengambil terapi hormon, sentiasa menjaga kesihatan dan melakukan senaman ringan secara berterusan dapat mengembalikan keinginan seksual seperti wanita muda.
Sementara itu penyumbang yang kedua adalah berkaitan dengan psikologi seperti stres, tekanan, penat bekerja, cemas, ketakutan, mempunyai sejarah penderaan seksual atau pasangannya yang mempunyai pasangan lain.
Wanita bekerjaya yang sibuk dengan tugasan pejabat selain terpaksa melayan kerenah anak dan membuat pelbagai kerja rumah akan menolak permintaan pasangan.
"Biasanya pada usia menopaus, pasangan suami isteri telah stabil dari segi kewangan selain kurang tanggungjawab terhadap anak-anak.
"Ini memberikan lebih masa untuk bersama-sama pasangan," katanya.
Dr. Dharmini berkata, wanita yang mempunyai masalah berkenaan perlu keluar daripada kepompong dan berbincang dengan keluarga, komuniti atau pakar perubatan.
Jika masalah berkaitan dengan fizikal, pesakit perlu berbincang dengan doktor bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
"Jika disebabkan pengambilan ubatan akibat penyakit kronik, mungkin doktor boleh menasihatkan agar menukar atau mengurangkan pengambilan ubat.
"Mereka juga boleh melakukan senaman ringan selain pasangan perlu menghadiri kaunseling bagi membincangkan masalah yang dihadapi," katanya.
Dr. Dharmini berkata, terdapat juga wanita mati putik yang mengambil viagra dengan harapan meningkatkan fungsi seksual mereka.
Menurutnya, viagra hanya berfungsi untuk meningkatkan pengaliran darah di alat sulit lelaki dan tidak berkesan kepada wanita.
"Buat masa ini saintis masih menjalankan penyelidikan mencari penawar bagi meningkatkan libido wanita tetapi masih menemui jalan buntu," katanya.
Ditanya sama ada mati putik boleh diubati, Dr. Dharmini berkata, masalah berkenaan boleh diubati apabila puncanya dapat dikenalpasti.
Apabila punca telah dikenalpasti, jelasnya, maka penyelesaian akan menjadi lebih mudah.
"Apa yang penting pesakit perlu datang jumpa doktor mendapat rawatan," pesan Dr. Dharmini.
Menurut beliau, mati putik boleh berlaku pada wanita tidak kira usia tetapi lebih kepada hubungan dengan pasangan.
Biasanya hubungan akan menjadi hambar selepas usia perkahwinan lima tahun dan mungkin akan meningkat semula jika pasangan melakukan aktiviti bersama-sama seperti bercuti.


Serangan Strok

Strok akibat pendarahan otak atau aliran darah tersekat boleh menyebabkan kelumpuhan sebelah bahagian badan. 
 
PANIK dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Begitulah reaksi jika ada antara ahli keluarga anda tiba-tiba diserang angin ahmar atau strok. Insan yang tersayang kini tidak mampu bergerak mahupun menguruskan diri.
Oleh itu, sokongan dan bantuan emosi daripada keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu proses pemulihan pesakit strok .
Selain itu, kemahiran yang betul dapat membantu pesakit strok pulih dan berasa lebih selesa.
Namun, tidak semua orang menyedari dan mengetahui caranya kerana ramai menganggap pesakit strok tidak dapat dipulihkan. 

Menurut Pegawai Perubatan Hospital Penjagaan Jangka Masa Panjang Columbia Asia, Dr. Zaireen Ahmad Zamri, strok dapat dipulihkan mengikut tahap keseriusan penyakit itu.
"Jika anda menghidap strok, tidak bermakna berakhirnya hidup seseorang itu. Strok boleh disembuhkan walaupun separuh daripada otak mengalami kerosakan," katanya.
Memanglah, katanya, serangan strok boleh mengubah kehidupan seseorang untuk sepanjang hayat.
"Jika sebelum ini mereka boleh berdikari tetapi apabila diserang strok , mereka mungkin mengalami kelumpuhan yang menyebabkan terpaksa bergantung kepada mereka yang sihat," ujarnya.
Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak memandang ringan terhadap penyakit ini.
Apa itu strok?Dr. Zaireen memberitahu, strok dikenali sebagai 'serangan otak' kerana ia berlaku apabila aliran darah ke otak terganggu. 

" Ia berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran sehinggalah seseorang itu mengalami lumpuh sebelah badan sama ada di sebelah kanan atau kiri. Namun, bukan semua jenis strok menyebabkan lumpuh kerana gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan," katanya.
Tambah beliau lagi, terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia (salur darah tersumbat) dan strok berdarah (salur darah pecah).
Menerangkan mengenai strok iskemia, ia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. 

Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya.
Strok jenis tersebut mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak lalu menghalang bekalan darah.

Embolisme serebrum pula berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

Sementara itu, strok berdarah terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. 

Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.

Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.

"Dalam hal ini, kebanyakan strok iskemia boleh dicegah dan dirawat secara berkesan untuk mengurangkan kerosakan kepada otak. 

"Masalah yang timbul dalam hal pencegahan adalah pesakit sering terkeliru tanda-tanda awal strok dengan penyakit lain seperti jantung," katanya.
Sebagai contoh, orang yang merasa sakit dada akan segera mendapatkan rawatan perubatan kerana mereka bimbang mereka mungkin mengalami serangan jantung. Namun, ramai yang menghidap gejala strok, seperti kelemahan di sebelah bahagian badan atau pertuturan yang kurang jelas, cuma mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dan tidak mendapatkan rawatan perubatan dengan serta-merta.

"Lebih teruk lagi, ada kalangan ahli keluarga yang beranggapan ia bukan serangan strok tetapi terjadi akibat perbuatan aniaya atau sihir," jelasnya.
Tanda-tanda strok Justeru Dr. Zaireen mengingatkan orang ramai perlu mengetahui tanda amaran awal strok tanpa mengira usia kerana strok boleh menyerang golongan muda.

Antara tanda awal kelemahan atau kebas secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan.

"Paling ketara kita dapat melihat kesukaran pesakit bercakap atau memahami pertuturan, atau pertuturan tidak jelas," katanya.
Apabila tindakan lambat diambil, ramai orang kehilangan banyak masa mendapatkan rawatan kecemasan yang boleh membawa perbezaan ketara dari segi pemulihan strok .
Bagaimana strok didiagnosis dan dirawat?Dr. Zaireen menjelaskan, doktor akan melakukan diagnosis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.
Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.

"Setiap pesakit mungkin mengalami kesan strok yang berbeza. Ini disebabkan hilang upaya akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku," jelasnya.

Menurut Dr. Zaireen, orang ramai perlu mengawal faktor utama yang boleh menyumbang kepada strok iaitu diabetes, darah tinggi, paras kolesterol dan tabiat merokok.

Selain rawatan ubat-ubatan, pesakit juga boleh menjalani rawatan pemulihan seperti yang dilakukan oleh Hospital Columbia.
"Kami menerima pesakit yang disahkan menghidap strok dan diminta melakukan rawatan susulan di sini. Pesakit boleh sembuh dengan adanya rawatan fisioterapi dan penjagaan khas dalam jangka masa panjang dari segi pemakanan dan gaya hidup mereka," katanya.
Ditanya sejauh mana kepentingan melakukan pemulihan segera terhadap mangsa strok , beliau menegaskan ia adalah amat penting kerana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin.
Ini kerana semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.

"Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling. Di sini kami turut meminta kerjasama keluarga pesakit bagaimana membantu pesakit mengamalkan gaya hidup sihat. 

"Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah," jelasnya.
Tambah beliau, strok mungkin boleh menyerang buat kali kedua. Oleh itu, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.

Penyakit Tiroid

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Bagaimanapun penyakit ini selamat serta mudah dirawat jika diagnosis dan rawatan pada peringkat awal dilakukan.
Kelenjar tiroidSecara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.
Dengan metabolisme tinggi, anda mungkin berasa panas dan sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berjalan pada kadar selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila aras hormon tiroid tinggi, akan timbul penyakit hipertiroidisme dan jika aras hormon terlalu rendah, penyakit hipotiroidisme pula berlaku. Penyakit lain seperti diabetes mellitus juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.
Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga simptom tertentu yang boleh digunakan untuk mendiagnosis penyakit tiroid. Anda juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.
Ada dua jenis penyakit tiroid iaitu hipertiroidisme dan hipotiroidisme yang biasa menyerang wanita berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini.
Penyakit hipotiroidismePenyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehingga hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisme.
Lazimnya, penyakit hipotiroidisme disebabkan keradangan pada kelenjar tersebut, yang dipanggil tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto iaitu sejenis penyakit autoimun yang merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja lebih kuat. Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil goiter. Akhirnya, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.
Simptom hipotiroidisme adalah bengkak kaki, ingatan terganggu, lembap, malas, kuat tidur, badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung jika tidak segera dirawat. Pesakit yang mengalami penyakit ini mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.
HipertiroidismePenyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar. Selain itu, ubat yang diambil untuk hipotiroidisme mungkin menyebabkan hipertiroidisme, jadi pengawasan doktor amat penting. Simptom hipertiroidisme adalah hilang berat badan, kerap buang air besar, berpeluh, berdebar-debar, menggeletar, penglihatan terjejas dan bertambah selera makan. 

Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan debaran jantung mungkin perlu diberikan. Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.
Penyakit tiroid semasa hamil Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.

Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubat secara berkala di samping ujian darah dan ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan.

Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit hamil. Ada sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin. Ini dipanggil postpartum tiroiditis. Lazimnya aras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke normal dengan pantas. Namun, ada segelintir ibu mungkin mengalami hipotiroidisme pada masa hadapan. Perlu ditegaskan ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Sebenarnya, tiroid boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan yang menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental. Kes ini biasanya di bawah pengawasan doktor pakar yang biasanya akan dipantau di 'combine clinic' iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor pakar endokrin. Usah gusar, ia selamat dan mudah dirawat. Sama-sama juga saya doakan agar kakak ipar anda dan bayi yang dikandung selamat dilahirkan.

Friday, 29 June 2012

INDONESIA TERTEMBAK PESAWAT SENDIRI

Jet Javelin Tentera British



1. Tentu ramai yang tidak tahu kisah ini, ia berlangsung sewaktu negara kita berada di dalam konfrantasi dengan Indonesia yang ketika itu melancarkan “Ganyang Malaysia” atas dosa yang sehingga hari ini kami tidak tahu.

2. Alasan mahu membebaskan Malaysia dari Inggeris tetapi yang diserang dan disembelih hidup-hidup termasuk ketika sedang beribadat ialah anak-anak bangsa Melayu dan dua insiden telah terjadi, satu melalui Peristiwa Kalabakan dan dua, pembunuh beramai-ramai Rejimen Infantari 1 Singapura (SIR 1) yang terjadi di Kota Tinggi, Johor.

3. Pada 16 September 1965, negara kita iaitu Malaysia dirasmikan dengan kehadiran Singapura, Sarawak dan Sabah dan pada tarikh yang sama, pasukan komando Indonesia ketika itu sedang bersiap untuk mencerobohi ruang udara Sarawak/Sabah melalui sempadan Long Pasia/Long Bawan.

4. Sebuah pesawat Hercules C130B dengan nombor lambung T-1306 sedang disiapkan dan terbang dari lapangan terbang Pontianak, kapal terbang ini dengan seramai 36 komando para akan menceroboh Sabah pada hari itu.

5. Pesawat tidak ditandai dengan jelas, ia merupakan satu operasi sulit atau clandestine, tidak ada iringan dari jet pejuang MIG-17 milik ABRI-AU pada hari itu, petugas-petugas meriam anti pesawat yang berkedudukan di kawasan lembah Long Bawang (di bawah kawalan kompeni meriam anti pesawat ABRI) juga tidak dimaklumkan.


6. Apa yang tidak diketahui oleh pihak perisikan Indonesia, pasukan Malaysia sudah melengkapkan kawasan sempadan dengan “firebase-firebase” yang kecil, sesetengah dilengkapi dengan pasukan Askar Melayu Di Raja dan setengahnya dikemudikan oleh tentera British yang pada masa itu terlibat dalam Operasi Claret.

7. Pencerobohan dari pesawat Hercules dimulakan pada waktu malam, pihak ABRI tidak menyangka bahawa tentera Malaysia dengan dibantu oleh askar-askar komanwel sudah bersiap sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

8. Team patrol SAS yang meronda di sempadan melaporkan kepada kem di belakang bahawa mereka terdengar deruman enjin pesawat yang terbang rendah bagi mengelak dari dikesan oleh pihak keselamatan Inggeris dan Malaysia.

9. Sebaik sahaja pesawat menghampiri garison Malaysia/SAS di sempadan Sarawak, Hercules dua enjin milik ABRI itu ditembak bertalu-talu dengan sistem mesingan dan meriam anti pesawat.

10.Kapten pesawat ketika itu amat yakin, jika mereka sudah dikesan maknanya British sudah pasti telah menghubungi Kucing dengan radio untuk meminta bantuan jet-jet pemintas dari jenis Javelin.

11.Tembakan dari pasukan Malaysia/SAS sudah cukup gempar untuk menyebabkan juruterbang Hercules ABRI berpatah balik walaupun sebenarnya tidak ada yang mengenakan tubuh pesawat.

12.Bagaimanapun petugas ABRI yang mengawal landasan Long Bawang tidak mengetahui wujudnya operasi sulit pada malam itu.

13.Dari jauh anggota ABRI yang mengawal meriam anti pesawat (AA) sudah mengesan kedatangan Hercules.

14.Oleh kerana tidak dimaklumkan, pasukan AA ABRI menembak bertalu-talu ke arah pesawat malang itu yang mereka sangka milik tentera Komanwel kerana datang dari arah sempadan Malaysia.

15.Pesawat robek dan terbakar apabila ditembusi peluru, juruterbang berusaha mengekalkan haluan pesawat kerana sudah terlalu hampir ke bumi, jika beliau panik dan mendongakkan pesawat untuk mencapai altitude yang lebih tinggi, lebih murah peluru-peluan meriam AA menghancurkan kesemua anggota komando ABRI yang berada dalam perut pesawat itu.

16.Kapten pesawat Hercules akhirnya berjaya membuat pendaratan kecemasan, pesawat meletup selepas terbakar tetapi kesemua anggota dan anak kapal berjaya keluar untuk menyelamatkan diri.

17.Komander AA ABRI yang mengetuai kompeninya pada malam itu berasa tidak percaya dengan apa yang sudah dilihat, beliau sudah melakukan pengkhianatan tanpa disedari.

18.Akibat ketakutan selepas memikirkan tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya, komander AA ABRI di garison Long Bawan menyeberang ke sempadan untuk menyerah diri ke Malaysia.

19.Setahun sebelum kejadian yang memalukan di Long Bawan, Indonesia telah kehilangan pesawat Hercules C130B dengan nombor lambung T-1307.

20.Kisahnya bermula pada 1 Sept 1964, apabila ABRI cuba menyeludup komando mereka dengan terbang dalam kegelapan di atas Selat Melaka dalam penerbangan untuk satu operasi rahsia di Labis, Johor.

21.Sebuah pesawat jet pejuang Inggeris dari jenis Javalin kemudian dihantar dari pengkalan udara British di Singapura untuk memintas pesawat Hercules tersebut.

22.Sebaik sahaja melihat pesawat Hercules itu terbang memasuki ruang udara tanahair, melurulah jet pejuang Javelin itu memintas dan mempermainkan pesawat malang yang berisi 48 askar payung terjun Indonesia dan seperti biasa jet-jet pejuang ABRI tidak diguna untuk mengiringi penerbangan pencerobohan ini.

23.Juruterbang Javelin tahu Hercules tersebut berada dalam ehsannya, mana mungkin ia mempertahankan diri dari tujahan meriam jet pejuang yang tercanggih di Asia Tenggara ketika itu.

24.Juruterbang berbangsa Indonesia semakin panik apabila melihat keadaan demikian dan cuba terbang rendah, beliau berharap kelajuan rendah pesawat empat enjin itu membantunya untuk melakukan manuver-manuver pada aras yang lebih rendah.

25.Penerbangan rendah seperti itu sudah pasti membantu pesawat seperti Hercules kerana pada masa itu jet pejuang belum ada teknologi radar Look Up Look Down Capability dan sebuah jet pemintas seperti Javelin sudah pasti berada di dalam keadaan yang merbahaya jika terbang di bawah paras selamat yang dibenarkan.

26.Percaturan juruterbang Hercules ketika itu bagaimanapun tersilap, cuaca agak buruk, bulan tidak membantu dengan sinarnya, permukaan laut yang bergelora.

27.Oleh kerana panik dan disamping berhadapan dengan apa yang dipanggil Spartial Disorientation, pesawat akhirnya menjunam ke permukaan laut tanpa sebutir peluru pun dilepaskan oleh jet pejuang yang mengejar tadi.

28.Habis kesemua nyawa kru dan perwira ABRI di dalamnya remuk dengan berkecainya pesawat pengangkut yang tercanggih pada zamannya ketika itu.

Tuesday, 28 February 2012

Harapkan Pagar - Pagar Makan Padi

Inilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’.

Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi.

Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Kesilapan ini berpunca daripada terjemahan daripada ejaan jawi kepada rumi. Kesilapan ini tidak dibetulkan berpuluh tahun lamanya sehingga membawa maksud lain.

Melepas Batok Di Tangga


Sebenarnya ramai yang menyalahgunakan peribahasa ini. Sebenarnya bukan melepaskan batuk tetapi batok. Disebabkan perubahan ejaan batok ini kepada batok menjadikan ramai golongan muda tidak tahu apa sebenarnya batok yang dimaksudkan dalam peribahasa ini.

Batok yang dimaksudkan bukanlah batuk “uhuk..uhuk” seperti yang kita sakit itu. Batok ini ialah penyedok air yang diperbuat daripada tempurung yang digunakan pada zaman dulu-dulu di rumah atok nenek kita untuk menyedok air didalam tempayang untuk basuh kaki.

Selepas kita gunakan sepatutnya diletak semula didalam tempayan atau di atas penutup tempayang bukannya di atas tangga macam tu je.

Sunday, 22 February 2009

Had Umur Pesalah Juvana

Menyentuh tentang soal ini, saya harap pihak kerajaan dapat mengkaji semula had umur pesalah juvana. Sepatutnya had umur pesalah juvana mesti diturunkan ke 15 tahun sahaja memandangkan ramai remaja yang seusia ini sudah terjebak ke kancah jenayah berat seperti membunuh,merompak,rogol,samun,pecah rumah , kenderaan,pengedaran dadah,mendatangkan kecederaan dan macam- macam lagi. Had umur yang ada sekarang sudah tidak relevan. Bayangkan jika ada nyawa lain yang melayang seperti yang berlaku baru - baru ini, iaitu kes seorang pelajar berumur 16 tahun yang dipukul sehingga koma dan meninggal dunia akibat cemburu. Keluarga pelajar tersebut telah kehilangan seorang anak, tetapi pelajar yang membunuh hanya setakat di tahan dan tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati kerana masih dibawah umur.
Harap Pak - pak Menteri janganlah terlalu berpolitik sangat. Jagala hak dan kepentingan rakyat. Jangan hanya sekadar bercakap di parlimen dan tidak ada tindakan selepas itu.