Selamat Datang

Kami menyediakan sistem pangkalan data perniagaan untuk industri ,perniagaan runcit serta cafe.
Http://Urusstok.blogspot.com

Tuesday 27 November 2012

Paskal Menewaskan Lanun Somalia.

Kejayaan Komando TLDM (PASKAL) mengatasi lanun Somalia

Pasukan elit tentera laut kita, Paskal kini berada dalam rangking pasukan khas yang terbaik di dunia apabila kejayaan pasukan itu menawan kembali kapal MT Bunga Laurel hangat diperkatakan.

RENTETAN OPERASI MENYELAMAT PASKAL

* Pada pukul 11.37 malam (waktu Malaysia), Pusat laporan kecemasan milik Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) menerima siaran radio kecemasan dari kapal dagang miliknya, MT Bunga Laurel. Petugas di dalam bilik pusat itu cuba menghubungi kapal MT Bunga Laurel tetapi gagal kerana tidak ada respons.

* Kapal Bunga Mas 5 (yang ada pasukan Paskal) menghubungi pusat laporan kecemasan MISC pada pukul 11.40 malam dan menyatakan bahawa MT Bunga Laurel sedang ditawan lanun, kapal itu turut melihat sebuah kapal induk lanun berada di kawasan berhampiran.

* Kesemua 23 orang anak kapal bersembunyi dalam bilik enjin, semua lampu dipadam dan engin dimatikan, lanun cuba memasuki bilik enjin tetapi gagal.

* Komando Paskal kemudian disediakan dalam dua pasukan dan mereka menyerbu dalam dua buah bot dari kapal Bunga Mas 5 yang terletak kira-kira 29.5 kilometer dari MT Bunga Laurel, operasi bermula jam 1.20 pagi.

* Pada masa yang sama, sebuah helikopter Fennec dilepaskan untuk mengumpul maklumat dan bantuan tembakan.

* Berlaku tembakan dari lanun yang berada di atas dek kapal MT Bunga Laurel, anggota penembak hendap (sniper) dari helikopter Fennec membalas tembakan.

* Lanun dari kapal induk cuba menghampiri kapal MT Bunga Laurel untuk memberi bantuan tetapi digagalkan oleh pasukan Paskal dalam helikopter Fennec.

* Kapal Bunga Mas 5 yang meningkatkan kelajuan ke arah kapal MT Bunga Laurel turut memberi bantuan tembakan, lanun akhirnya menghubungi kapal Bunga Mas 5 untuk menyerah diri.

Peristiwa2 Lain

* Laksamana tentera laut Thailand iaitu Chaiyot Sundaranaga pernah memberi kenyataan bahawa beliau kesal kerana tentera lautnya gagal membebaskan rakyat Thailand yang ditawan yang berada di atas kapal kargo MV Thor Nexus. Laksamana itu berkata demikian selepas menyambut kepulangan anak kapal perang HTMS Similan and HTMS Pattani. Kegagalan ini disebabkan syarikat pemilik kapal terbabit meminta tentera laut Thailand menarik balik misi menyelamat mereka. Akbat kebodohan syarikat itu, anak-anak kapal Siam yang ditawan ini terus tidak dibebaskan.

* Kapal penyiaran dari United Kingdom, The Spirit of Adventure berjaya menewaskan lanun Somalia dengan senjata Sonic (sistem bunyi yang menyebabkan telinga sakit) dalam insiden pada awal bulan ini.

* Komander tentera laut NATO Michiel Hijmans yang mengetuai Operasi Perisai Lautan (operasi untuk isu lanun Somalia ini) pernah membuat kenyataan demikian, penggunaan kapal induk oleh lanun Somalia menyukarkan lagi misi menyelamat oleh tentera laut ke atas kapal yang ditawan (nampaknya komodor ini terpaksa menarik kenyataan itu semula kerana Paskal sudah pun membuktikan keupayaan mereka.

* YANG MENARIKNYA, PASKAL TIDAK MENERIMA BANTUAN NAT0 BERBANDING OPERASI KOMANDO KOREA SELATAN YANG MENDAPATKAN BANTUAN DARI KAPAL PERANG AMERIKA SYARIKAT DAN HELIKOPTER LYNX DARI PASUKAN ANTI LANUN NATO.

Sunday 18 November 2012

M18 A1 Claymore


 
Firing Device
Antara senjata yg pernah digunakan PPH & Vat 69 ditahun 70an ialah Bom M18A1 Claymore. Ia adalah sejenis bom (dikelaskan sebagai periuk api atau mine) yg digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Bom Claymore ini diletakkan di atas tanah menghadap tempat di mana musuh dijangkakan berada dan apabila diletupkan akan melontarkan 700 biji bebola keluli sehingga jarak 100 meter di dalam satu lengkung seluas 60° di hadapan bom berkenaan. Bom ini digunakan dalam serang hendap dan sebagai pertahanan anti penyusupan. Ia juga boleh digunakan menentang kenderaan ringan tanpa perlindungan armor.

Bom ini menggunakan kesan Misznay-Schardin, yg mana mendapati bahawa apabila bahan letupan meletup dan bertemu kepingan besi waja, kuasa letupan itu akan diarahkan bertentangan arah kepingan besi itu. Selepas Perang Korea, tentera Amerika Syarikat memperbaiki rekaan Schardin menjadi bom Claymore yg melontarkan beratus2 bebola besi dengan sekali letupan. Bahagian belakang bom ini menggunakan besi untuk mengarahkan letupan ke arah hadapan.

Bom jenis M18A1 digunakan semasa Perang Vietnam. Bom M18A1 menggunakan bahan plastik berwarna hijau dengan perkataan "Front Toward Enemy" di atasnya. Bom ini panjangnya 21.5 cm, tinggi 8 cm dan mempunyai ketebalan 3.5 cm dan mempunyai dua kaki yg boleh dilaraskan.

Saturday 17 November 2012

Hukum Membaca Surah Yasin Untuk Kematian


Suatu yang menjadi kelaziman apabila berlaku sesuatu kematian ialah membaca ayat al-Quran di sisi mayat. Ia bermula sebaik saja mayat dibaringkan di rumah sehinggalah ke saat untuk memandikannya. Malah ada waris dan sanak saudara si mati mengkhatam al-Quran melalui bacaan yang dibahagikan mengikut juzuk.

Sesiapa saja yang datang melawat jenazah akan mengambil buku bacaan surah Yasin atau al-Quran untuk dibaca bagi dihadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati. Surah yang dibaca bukan setakat surah Yasin tetapi juga surah lain dengan niat yang satu iaitu untuk dihadiahkan pahala bacaan kepada si mati.
Melihat kepada apa yang diamalkan ini, ia tidaklah dilarang kerana memang terdapat beberapa nas dan dalil bahawa bacaan surah Yasin di sisi mayat adalah dituntut.


Hadis daripada Maqil ibn Yasar ada menyebut bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Bacalah surah Yasin ke atas orang-orang mati dari kalangan kamu (Riwayat Abu Daud dan dianggap sahih oleh Ibn Hibban).

Ramai ulama menyebut di dalam kitab mereka mengenai kewajaran membaca surah Yasin di sisi si mati. Mereka termasuklah al-Imam al-Nawawi, al-Khatib al-Syarbini, Wahbah al-Zuhayli, Sayyid Sabiq dan Daud al-Fatani.

Al-Imam al-Qurtubi ada menyatakan bahawa lafaz orang mati daripada kalangan kamu itu boleh membawa kepada dua tafsiran iaitu membacanya di sisi mayat selepas kematiannya dan membacanya di tanah perkuburan.

Berkaitan dengan saranan Rasulullah SAW agar surah Yasin dibacakan berhampiran dengan orang-orang yang hampir mati ialah supaya rohnya mudah keluar.
Dalam satu hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: Surah Yasin itu ialah hati al-Quran, sesiapa yang membacanya dengan mengharap keredaan Allah dan kebahagiaan hidup di hari akhirat akan diampunkan dosanya dan bacalah surah Yasin ke atas orang mati daripada kalangan kamu.

Terdapat banyak hadis yang menerangkan kelebihan membaca surah Yasin di samping surah lain, antaranya ialah sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa membaca Yasin pada malam hari kerana menuntut keredaan Allah, nescaya akan dihapuskan oleh Allah dosa-dosanya, bacalah ia di hadapan orang yang mati daripada kalangan kamu. (Riwayat at-Tirmizi)

Daripada Anas RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda: Bahawa bagi tiap-tiap sesuatu itu ada hati dan hati al-Quran ialah Yasin, maka barang siapa membaca Yasin, maka Allah akan mencatat seperti bacaan al-Quran 10 kali. (Riwayat at-Tirmzdhi).

Berhubung permasalahan ini juga, Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa manusia yang masih hidup boleh menjadikan perbuatannya sebagai pahala kepada si mati termasuk bacaan al-Quran. Walaupun pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie menyatakan bahawa pahala bacaan tidak sampai tetapi Ashab al-Syafie (pengikut mazhab Syafie) menyatakan bahawa pahala bacaan tersebut sampai. Pendapat ini turut dipegang oleh Imam Hambali.

Menurut seorang ulama besar Universiti al-Azhar Mesir iaitu al-Marhum al-Syeikh Atiyyah Saqar dalam himpunan fatwanya, tiga cara yang sepatutnya dilakukan berkaitan dengan hal sedekah pahala bacaan al-Quran adalah seperti berikut:

Membaca ayat al-Quran dan kemudian berdoa supaya dirahmati dan diampunkan dosa si mati. Si mati hendaklah bertawassul dengan perbuatan salihnya iaitu membaca al-Quran dan kemudian doakan kerahmatan buat si mati;

Membaca ayat al-Quran dan kemudian dihadiahkan kepada si mati seperti bacaan Allahumma awsil thawaba ma qaranahu li fulan (Ya Allah sampaikanlah pahala apa yang telah kami baca kepada roh si polan);

Diniatkan terlebih dulu di permulaan bacaan atau ketika membaca ayat al-Quran bahawa pahala bacaan tersebut adalah untuk si polan bin si polan.

Seorang ulama Nusantara iaitu Syeikh Daud al-Fatani pernah ditanya apakah hukumnya membaca doa khatam al-Quran dengan meniatkan pahala bacaan kepada ruh si mati. Beliau menyatakan bahawa ia adalah dibenarkan, seperti terjemahan doa ini Ya Allah, jadikanlah pahala bacaan kami sebagai tambahan kemuliaan bagi Nabi SAW dan jadikanlah juga pahala yang sama dan gandakan untuk roh si polan atau dalam suratan amalannya.

Jika ada yang tidak mahu atau tidak mampu untuk membacakan ayat-ayat al-Quran kepada si mati, digalakkan juga mendoakan kepada si mati agar diberi keselamatan, kesejahteraan dan pengampunan daripada Allah buat orang yang meninggal dunia itu.
+Sumber Berita Harian +

Paskal Menewaskan Lanun Somalia


Kejayaan Komando TLDM (PASKAL) mengatasi lanun Somalia
Pasukan elit tentera laut kita, Paskal kini berada dalam rangking pasukan khas yang terbaik di dunia apabila kejayaan pasukan itu menawan kembali kapal MT Bunga Laurel hangat diperkatakan.

RENTETAN OPERASI MENYELAMAT PASKAL


* Pada pukul 11.37 malam (waktu Malaysia), Pusat laporan kecemasan milik Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) menerima siaran radio kecemasan dari kapal dagang miliknya, MT Bunga Laurel. Petugas di dalam bilik pusat itu cuba menghubungi kapal MT Bunga Laurel tetapi gagal kerana tidak ada respons.

* Kapal Bunga Mas 5 (yang ada pasukan Paskal) menghubungi pusat laporan kecemasan MISC pada pukul 11.40 malam dan menyatakan bahawa MT Bunga Laurel sedang ditawan lanun, kapal itu turut melihat sebuah kapal induk lanun berada di kawasan berhampiran.

* Kesemua 23 orang anak kapal bersembunyi dalam bilik enjin, semua lampu dipadam dan engin dimatikan, lanun cuba memasuki bilik enjin tetapi gagal.

* Komando Paskal kemudian disediakan dalam dua pasukan dan mereka menyerbu dalam dua buah bot dari kapal Bunga Mas 5 yang terletak kira-kira 29.5 kilometer dari MT Bunga Laurel, operasi bermula jam 1.20 pagi.

* Pada masa yang sama, sebuah helikopter Fennec dilepaskan untuk mengumpul maklumat dan bantuan tembakan.

* Berlaku tembakan dari lanun yang berada di atas dek kapal MT Bunga Laurel, anggota penembak hendap (sniper) dari helikopter Fennec membalas tembakan.

* Lanun dari kapal induk cuba menghampiri kapal MT Bunga Laurel untuk memberi bantuan tetapi digagalkan oleh pasukan Paskal dalam helikopter Fennec.

* Kapal Bunga Mas 5 yang meningkatkan kelajuan ke arah kapal MT Bunga Laurel turut memberi bantuan tembakan, lanun akhirnya menghubungi kapal Bunga Mas 5 untuk menyerah diri.

Peristiwa2 Lain

* Laksamana tentera laut Thailand iaitu Chaiyot Sundaranaga pernah memberi kenyataan bahawa beliau kesal kerana tentera lautnya gagal membebaskan rakyat Thailand yang ditawan yang berada di atas kapal kargo MV Thor Nexus. Laksamana itu berkata demikian selepas menyambut kepulangan anak kapal perang HTMS Similan and HTMS Pattani. Kegagalan ini disebabkan syarikat pemilik kapal terbabit meminta tentera laut Thailand menarik balik misi menyelamat mereka. Akbat kebodohan syarikat itu, anak-anak kapal Siam yang ditawan ini terus tidak dibebaskan.

* Kapal penyiaran dari United Kingdom, The Spirit of Adventure berjaya menewaskan lanun Somalia dengan senjata Sonic (sistem bunyi yang menyebabkan telinga sakit) dalam insiden pada awal bulan ini.

* Komander tentera laut NATO Michiel Hijmans yang mengetuai Operasi Perisai Lautan (operasi untuk isu lanun Somalia ini) pernah membuat kenyataan demikian, penggunaan kapal induk oleh lanun Somalia menyukarkan lagi misi menyelamat oleh tentera laut ke atas kapal yang ditawan (nampaknya komodor ini terpaksa menarik kenyataan itu semula kerana Paskal sudah pun membuktikan keupayaan mereka.

* YANG MENARIKNYA, PASKAL TIDAK MENERIMA BANTUAN NAT0 BERBANDING OPERASI KOMANDO KOREA SELATAN YANG MENDAPATKAN BANTUAN DARI KAPAL PERANG AMERIKA SYARIKAT DAN HELIKOPTER LYNX DARI PASUKAN ANTI LANUN NATO.

Fadzilat Ayat Kursi

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

Wednesday 14 November 2012

Kepewiraan Belian Anak Bali

Lans Koperal Beliang anak Bali adalah seorang anggota Platun Khas Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja dibawah pimpinan 929390 Sarjan Gandat anak Merdan apabila mereka ditugaskan untuk mengesan pergerakan musuh di kawasan Lundu, Sarawak.

Dalam menyempurnakan misi mereka, Sarjan Gandat telah mengarahkan Lans Koperal Beliang membawa bersamanya dua anggota untuk mengesan satu jejak musuh yang baru dijumpai manakala beliau bersama angota-angotanya yang lain mengikuti jejak yang berasingan. Setelah mengikuti sejauh lebih kurang 80 meter, Lans Koperal Beliang telah melihat sekumpulan musuh berpakaian hutan dan bersenjata. Pada mulanya beliau menyangkakan kumpulan tersebut adalah Tentera Nasional Indonesia. Setelah dimatainya, beliau mengesahkan bahawa apa yang dilihatnya adalah anggota-anggota yang bertopi bucu berbintang merah. Beliau pasti yang dilihatnya adalah kumpulan penganas lalu memberi isyarat kepad kedua-dua
rakannya. Dengan penuh keberanian dan kepercayaan kepada dirinya, beliau terus melepaskan tembakan kearah kumpulan tersebut.

Beliau yakin seorang dari musuh telah dan kedengaran rebah ketanah. Namun musuh tidak berdiam diri. Sebaliknya mereka membalas tembakan dan cuba menyerbu kearahnya. Menyedari kumpulan musuh adalah empat kali ganda besarnya dari kumpulan beliau, Lans Koperal Beliang tidak kehilangan akal. Dengan daya muslihat beliau telah memberi arahan-arahan dengan suara yang lantang seolah-olah beliau sedang memimpin satu kumpulan yang lebih besar disambut dengan peluru-peluru dari senjata dua rakannya. Tipu muslihatnya dapat memperdayakan musuh yang menganggap bahawa mereka menghadapi satu kumpulan besar dan mereka bergegas undur dari dari kawasan tersebut.

Sarjan Gantai dan kumpulannya setelah mendengar tembakan terus meluru untuk memberi bantuan kepada Lans Koperal Beliang. Namun apabila mereka sampai musuh telah berundur dan hari pula mulai gelap. Penggelidahan dan penjejakan seterusnya tidak dapat dilakukan. Walaupun dalam keadaan gelap Lans Koperal Beliang masih ingin memastikan tembakanya pada petang tadi samaada membuahkan hasil. Beliau merangkak kearah tembakan dimana beliau mendengar musuh yang ditembaknya jatuh dan mendapati satu mayat terbujur.

Dari dokumen-dokumen yang dijumpai dari musuh yang mati, mereka mendapat tahu bahawa musuh yang dibunuh oleh Lans Koperal Beliang adalah seorang ketua kumpulan pengganas yang bergerak giat di kawasan Lundu.

Lans Koperal Beliang anak Bali PGB telah menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera dengan pangkat Pegawai Waren satu.

Friday 2 November 2012

Abdullad Cd Buka Gari Dgn Tangan kosong


Dalam masa berlangsungnya Undang-Undang Darurat, Abdullah C.D. pernah ditangkap, digari dan digiring oleh 2 pasukan polis yang didatangkan dari Raub dan Kuala Lipis. Akan tetapi, di tengah jalan, beliau secara luar biasa melucutkan gari dari tangan dan secara cerdik melepaskan diri dari tembakan musuh. Peristiwa itu memberikan pengaruh yang amat b
esar di kalangan massa rakyat. Ada yang menganggap beliau memiliki ilmu batin yang tinggi. Ikuti kisahnya yang telahpun dipaparkan dalam Memoir Abdullah C.D (II)- Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10, terbitan SIRD, 2007.

Kena Tangkap



Setelah beberapa minggu saya menyusun bakal tentera di Benta, tiba-tiba seorang utusan Tionghua datang membawa surat dari Chen Nan. Surat itu menjelaskan bahawa Kamarulzaman dan Rashid sudah ditangkap, maka saya harus segera balik ke Temerloh untuk memimpin pasukan di sana. Dijelaskan juga bahawa harus lebih berhati-hati, tidak boleh ikut jalan kampung, tapi harus ikut jalan hutan.




Dari Peruang ke Temerloh, agak jauh perjalanannya. Saya baru saja sampai di Benta, tak tahu selok beloknya. Oleh itu saya berbincang dengan lasykar rakyat bagaimana cara ke Temerloh melalui jalan hutan. Seorang lasykar rakyat adik Sopiah (tak ingat namanya) mahir kawasan hutan di situ. Dia ada senapang kulai miliknya sendiri. Dialah yang menjadi pemandu jalan. Dari Peruang, saya dan lasykar rakyat itu meredah hutan, mendaki bukit dan petangnya tiba di Ulu Dong.




Ulu Dong kawasan organisasi gerakan revolusioner yang kukuh. Di situ ada organisasi PKM bahagian Tionghua dan Melayu dan juga ada gerakan PKMM, PETA, AWAS dan BTM. Di situ terdapat sebuah rumah yang menjadi tumpuan berbagai organisasi revolusioner ini berhubung. Kamarulzaman Teh, Boestamam, Kamaruddin Yusof dan lain-lain pernah sampai ke kawasan ini menjalankan propaganda dan menyusun organisasi massa. Massa di situ pula baik Melayu mahupun Tionghua kebanyakannya anggota organisasi revolusioner dan sesetengah mereka terlibat dalam gerakan revolusioner sejak masa pendudukan Jepun lagi.




Dari pinggir hutan, lasykar rakyat tadi mencari hubungan dengan organisasi bahagian Tionghua di Ulu Dong. Seorang penanggungjawab bahagian Tionghua bernama Ah Tai datang menemui saya di pinggir hutan. Kerana hari sudah petang, Ah Tai menasihatkan saya supaya berehat saja di Ulu Dong. Katanya, mana musuh tahu, baru saja sampai. Kawasan itu adalah kawasan yang selamat. Lagipun, katanya, ramai pemuda ingin bertemu. Walaupun pada mulanya saya agak tegas dengan pesanan surat Chen Nan, tapi akhirnya saya terpedaya juga dengan "fikiran tanpa pengawasan" dari Ah Tai itu, lalu kami sama-sama turun ke rumah tumpuan.




Kami tiba di rumah tumpuan itu hari hampir gelap. Belasan pemuda progresif datang bertemu dengan saya dan meminta hendak melihat bom tangan. Saya buka kep dan beri kepada mereka melihatnya dengan sepuas hati menantikan nasi masak.




Kira-kira pukul 9.00 malam, tiba-tiba kami diserbu polis. Di saat-saat yang genting itu saya teringat akan bom tangan. Akan tetapi saya berfikir pula kalau bom tangan itu dibuang, tentu para pemuda itu yang akan terkena. Untuk mengelakkan kemalangan ke atas para pemuda itu, saya tidak membuangnya. Jadi saya, Ah Tai dan pemuda-pemuda itu ditangkap, 14 orang semuanya (kalau tak salah ingat). Saya dan Ah Tai dibelenggu dengan satu gari, saya tangan kiri manakala Ah Tai tangan kanan. Ketika polis itu mahu memasukkan gari ke tangan kiri, saya menukar jam dari tangan kiri ke tangan kanan. Pemuda-pemuda lain diikat dengan tali. Setiap seorang pemuda di seli dengan seorang polis. Kami terus digiring keluar dari rumah tumpuan tersebut. Sejumlah dokumen dan bom tangan dirampas mereka. Saya masih ingat tarikh peristiwa itu ialah pada 10 Julai 1948.




Di depan saya dan Ah Tai ialah polis Raub dan di belakang OCPD Lipis. Sambil mengacung pistol ke belakang kami, OCPD Lipis memberi amaran: "Jangan lari, nanti saya tembak". Saya buat dengar tak dengar sahaja arahannya sambil mencari akal hendak melepaskan diri.




Pengalaman latihan dari Kem Se-Malaya memberikan saya sedikit pengetahuan mempertahankan diri. Saya siap bergelut dengan polis-polis itu. Sambil berjalan, saya berbisik dengan Ah Tai bertekad mahu melucutkan gari itu walaupun tangan terputus. Saya mengumpulkan seluruh tenaga dan fikiran sekali gus merentap kuat-kuat gari di tangan. Alhamdulillah, gari terlucut. Saya memberitahu Ah Tai. Kami serentak menerkam dan memukul polis di depan kami sehingga dia terjatuh, kemudian kami lari dengan pantas. Polis-polis lain menjadi tergamam tak tahu apa nak dibuat.




Saya dan Ah Tai berpecah mengambil hala masing-masing. Saya masuk ke dalam kebun pisang. Saya teringat baju yang saya pakai ketika itu berwarna putih, tentu mudah dinampak oleh musuh. Saya menanggalkan baju itu dan menyangkutnya di sebatang tunggul, sambil merangkak keluar dari kawasan itu. Beberapa saat kemudian, barulah polis-polis itu melepaskan tembakan. Baju yang saya sangkut ditunggul tadi menjadi sasaran tembakan polis-polis tersebut.




Ah Tai yang lari dengan gari di tangan mahir keadaan di situ. Manakala saya pula meraba dalam kegelapan malam dan tak tahu ke mana hendak di tuju. Sambil mengatur langkah, sambil mencari akal bagaimana caranya mencari orang baik dan berhubung balik dengan pihak organisasi.




Beberapa jam mengharungi kegelapan malam, akhirnya di suatu sudut saya nampak cahaya api berkelip-kelip. Saya memastikan itu adalah rumah massa. Siapakah tuan rumah itu, orang baik atau orang jahat. Bagaimana pula kalau orang jahat?




Saya memberanikan diri menghampiri rumah itu. Di dalamnya terdengar bunyi orang bercakap-cakap. Tidak berapa jelas butir percakapannya, tapi dapat menangkap percakapannya berkisar masalah bunyi tembakan tadi.


Akhirnya saya melafazkan "assalamualaikum". Tuan rumah itu membatu. Saya bercakap lagi dengan meminta maaf kerana mengganggu mereka di malam buta itu. Tapi mereka tetap membatu. Akhirnya saya bertanya apakah mereka mendengar bunyi tembakan tadi? Barulah seorang dari mereka menjawab "ya".




Dia membuka pintu dan melihat saya dengan penuh simpati. Saya menjelaskan bahawa saya lari dari tangkapan polis tadi. Tuan rumah itu memberitahu bahawa mujur saya tiba di rumahnya. Kalau saya pergi ke rumah Tok Penghulu yang tak jauh dari situ entah apalah nasib akan menimpa.




Alhamdulillah, sekali lagi saya terlepas dari bahaya. Tuan rumah itu penyokong PKMM. Dia menyediakan saya makanan dan pada malam itu juga membawa saya bertemu dengan seorang anasir cergas Tionghua di kawasan itu. Esoknya barulah saya bertemu semula dengan Ah Tai.




Selepas penangkapan di atas, kami diberitahu oleh organisasi di Ulu Dong bahawa penangkapan itu dilakukan oleh 2 pasukan polis dari Lipis dan Raub, kira-kira 1 platun (dalam lengkungan 30 orang). Seorang anasir kontra revolusi mengkhianati kami dengan membuat laporan kepada polis. Kemudian, atas desakan massa revolusioner, pasukan lasykar rakyat telah menembak mati pengkhianat yang mengabdi diri kepada penjajah itu.




Mengikut berita yang disampaikan oleh massa, 1 kompeni askar Melayu (kira-kira 100 orang) dikerahkan ke kawasan-kawasan sekitarnya untuk memburu kami. Askar-askar itu takut bukan kepalang kerana katanya "orang komunis itu kebal tak lut dek peluru dan gagah perkasa, dapat memecahkan gari besi". Ada askar yang tak berani berkawal seorang diri waktu malam, apa lagi kalau mereka bertugas di kawasan terpencil atau kawasan pendalaman. Bahkan ada berita yang mengatakan ada askar yang tak berani bergerak dalam jumlah yang kecil.




Selain mengerahkan pasukan untuk mengesan kami, penjajah British menggunakan pasukan udaranya mengebom kawasan-kawasan yang disyakinya seperti Benta, Raub dan Bentong.